Tanggal 14 Mac lalu menjadi detik manis buat pasangan selebriti, Shakilla Khoriri dan suaminya Fizi Ali yang menerima kehadiran cahaya mata pertama mereka yang menambah seri keluarga.

Diberi nama Ameena Sofia, bayi comel yang kini berusia lima bulan itu telah pun dilakukan majlis aqiqah oleh kedua orang tuanya.

Malah, momen indah sepanjang majlis itu turut dikongsikan Shakilla menerusi Instagram miliknya.

Ads

View this post on Instagram

#💋• . Orang kata nak buat Majlis ni bukan lah mudah kalau takde benda penting macam tempat, makanan, baju dan yang lain2. . . Syukur. Walaupun dalam keadaan I yang agak busy sikit sekarang ni tetap nak juga buat Majlis Aqiqah Ameena. Entah kenapa kalau tak buat tu rasa tak senang tidur malam. Kalau Majlis hari jadi tu tak buat rasa okay lagi lah. Tapi untuk Majlis Aqiqah ni entah kenapa. . . Apa pun i nak ucap terima kasih tak terhingga pada orang2 penting yang bantu i untuk jayakan Majlis Aqiqah Ameena. . . Terima kasih @grandsariratuprima untuk Tempat yang selesa untuk semua tetamu i yang datang . . Baju sedondon i dengan @ameenasofia_ dan juga Mini pelamin yang indah dari @afeer_kualalumpur , Terima Kasih. . . Gambar2 cantik yang bercerita hasil dari @husni_ariff00 yang nanti akan nanti jadi kenangan untuk @ameenasofia_ tengok dan ingat betapa aku dengan bapak dia sayangkan dia dan akan buat apa je untuk dia. . . #AmeenaSofiaAqiqah

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on

Bertemakan warna-warna lembut, majlis yang disambut secara sederhana itu diadakan di Shah Alam dan kelihatan, mereka sekeluarga turut sepakat mengenakan persalinan rona jingga lembut pada majlis berkenaan.

Ads

Ameena yang lahir seberat 3.7 kilogram secara pembedahan itu sentiasa tersenyum saat majlis dijalankan.

Ads

Terdahulu, Shakila dan Fizi diijabkabulkan pada 18 Februari tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata, Ameena Sofia, 5 bulan.

Foto : Instagram Shakilla, Fizi, Ameena

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI