Uncategorized

[GAMBAR] Sekitar Majlis Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-10, Akikah Putera  Sulung Adam Corrie, Fateh Lee

Share

Semalam, pelakon Adam Corrie dan isterinya, Fazema Mohd Fuad telah pun melangsungkan majlis akikah puteranya, Fateh Lee.

Pada masa sama, majlis doa kesyukuran bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10 tahun turut diadakan.

Majlis yang berlangsung meriah itu turut dihadiri ahli keluarga, sahabat handai serta rakan-rakan media. Fateh Lee telah pun dilahir pada 11 Julai 2018 lalu.

Tampil sedondon menerusi persalinan serba putih, ini antara gambar-gambar  yang sempat dirakam sekitar majils tersebut berlangsung.

Corrie menerusi Instagram, merakamkan ucapan terima kasih kepada para tetamu yang hadir bagi memeriahkan hari bahagia mereka itu.

“Jutaan Terima kasih di ucapkan kepada Ahli Keluarga , Rakan Media , Sahabat dan semua yang hadir . Moga Allah memberkati Majlis dan mendoakan kesejahteraan kepada kami sekeluarga . Aamin Allahumma aamin,” tulisnya.

Setelah 10 tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya pasangan ini dikurniakan cayaha mata lelaki selepas tiga kali  Fazema megalami keguguran sebelum ini.

Dikesempatan ini, MH ingin mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-10 buat Corrie serta pasangan dan semoga putera mereka ,Fateh Lee akan membesar menjadi seorang anak yang soleh.

Foto: Instagram Adam Corrie

Published by
Aizam Manaf