Kebiasaannya naskhah yang melibatkan perjalanan hidup seseorang itu dibuat garapannya sama ada dalam bentuk filem, novel atau rancangan dokumentari.
Namun lain halnya buat pelawak dan pengacara popular Nabil Ahmad yang kisah hidupnya sejak dari kecil kini diabadikan dalam rancangan animasi ‘Lu Pikir La Nabil Tuudeh..!
Mengambil latar kehidupan Nabil di Kampung Kayu Ara, Mambau, Negeri Sembilan, Nabil merasa cukup teruja dapat berkongsikan kisahnya yang mungkin tidak diketahui ramai sebelum ini.
“Saya memilih untuk menghasilkan animasi ini kerana ingin mencari kelainan. Bagi saya, filem pendek dan rancangan realiti itu sudah agak biasa.
“Saya sangat teruja dan bersyukur diberi peluang oleh Astro sendiri untuk menjadi selebriti pertama yang menghasilkan animasi sendiri.
“Tujuan utamanya adalah untuk menjadi selebriti pertama yang mempunyai animasi tersendiri. Jika kita mahu mengikut dunia digital pada zaman sekarang ini, sudah terlalu banyak animasi dan kartun-kartun yang dikeluarkan dari segi penceritaan yang moden tetapi tidak ramai selebriti yang mendapat peluang untuk buat animasi berdasarkan kehidupan mereka sendiri,” kata Nabil.
Hos Gegar Vaganza ini turut bertindak sebagai pelakon alih suara dalam siri animasinya.
‘Lu Pikir La Nabil, TuuDeh..! yang diterbitkan Astro dan Ed Online Technologies Sdn. Bhd. itu diarahkan oleh Syukur Majid.
Setelah rancangan animasinya berjaya direalisasikan, bapa kepada tiga cahaya mata perempuan itu berharap selepas ini dia dapat menerbitkan filem berkisarkan tentang kehidupannya pada masa lalu.
“Saya berharap agar suatu hari nanti kita akan ada Lu Pikir La Nabil The Movie yang akan ditayangkan di seluruh pawagam atau di saluran Astro First, InsyaAllah. Saya juga berharap agar penonton terhibur dengan penceritaannya.
Penceritaan menerusi lima episod pendek yang berdurasi tujuh hingga sebelas minit ini mengisahkan Nabil, seorang kanak-kanak yang penuh dengan angan-angan dan seringkali menimbulkan kekecohan di kampungnya dengan tidak sengaja.
Dan kerana hal itu, dia berdepan dengan pelbagai masalah, tambahan pula dengan kehadiran budak baharu bernama Syasya sehingga menggugat persahabatan dengan kawan-kawan karibnya, Mok serta Fahmi.
Hidupnya serba tidak kena dengan pelbagai masalah yang timbul ketika Ramadan yang mengakibatkan kekecohan berlaku ketika sambutan Hari Raya dikampungnya.
Animasi musim kedua ini menggambarkan suasana sambutan Ramadan dan Raya Nabil sewaktu kecil di kampungnya. Penceritaan animasi ini juga mengetengahkan dialek tempatan iaitu dialek Negeri Sembilan sebagai dialog utama yang menjadikan animasi tersebut lebih menghiburkan.
Siri mini animasi ini juga mengekalkan tempo penceritaan padat dan padu dengan pengisian-pengisian yang boleh dijadikan pengajaran dalam hidup seisi keluarga walaupun berdurasi pendek.
Siri mini animasi Lu Pikir La Nabil, TuuDeh..! musim kedua ditayangkan setiap Khamis bermula 7 April lalu, jam 10.00 malam di saluran Astro Warna HD (107) dan ulangan di saluran Astro Ceria HD (611) pada setiap Ahad, jam 3.00 petang.
Animasi ini juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nabil Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli menjelaskan kembali mengenai kisahnya yang dikatakan ‘terlalu subur’ sebelum ini sehingga mencetuskan sensasi di media sosial sejurus ditanya mengenai perkara itu.
Iqbal, 28, berkata meski isu berkenaan menjadi bahan gurauan, namun baginya ia sesuatu yang serius dan terharu apabila ada pihak sedar akan kepentingan untuk mengetahui status kesihatan tahap kesuburan diri.
“Kalau perasan… walaupun ada kontroversi melibatkan saya yang lucu-lucu atau yang bukan-bukan, sebenarnya banyak yang betul. Mengenai kisah saya yang dikatakan subur itu, saya pergi test jumpa doktor.
“Jadi (kerana isu itu) banyak doktor yang DM saya. Kata mereka tahniah Iqbal awak seorang yang berani kerana bagitahu. Sebab perkara itu penting, periksa tahap kesuburan.
“Bila kita test kesuburan, ia mengambil beberapa langkah dan masa. Benda ni perkara serius dan saya betul-betul suburlah,” katanya kepada MH.
Melakukan pemeriksaan khusus susulan mahu mendirikan rumah tangga sebelum ini, Iqbal bagaimanapun menjelaskan situasi yang dialami ada ketika membuatkannya tertekan.
“Buat (periksa tahap kesuburan) sebab masa tu memang nak kahwin selain untuk pengetahuan kepada diri sendiri. Cuma bila jumpa doktor, dia beritahu saya lain sikit daripada orang lain. Awak terlebih subur dan bila test ia betul.
“Saya tak tahulah… Saya jenis yang suka mengkaji. Tapi betul ia akan stres, nervous dan tak boleh nak tidur setiap malam. Lebih privasi untuk saya bercerita.
“Tapi streslah rupanya benda-benda macam ni. Betullah usia dah makin banyak, dia makin stres,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Iqbal yang kini turut bergelar bapa selepas menjaga seorang anak angkat lelaki, Ahmad Ziyad mengharapkan agar bayi yang dijaga dapat dibesarkan dengan baik.
“Yang penting saya jaga dengan elok dan cuba membesarkannya dengan baik. Saya hanya mengharapkan doa daripada ramai sebab nak besarkan bukan sesuatu yang senang rupanya.
“Ziyad pun sudah nak hampir setahun usianya, cepatkan?,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kecoh di media sosial apabila lagu raya usahawan Datuk Seri Aliff Syukri berjudul Jom Raya menjadi bualan netizen.
Selepas isu pemilihan duet antara Zizi Kirana dan Nur Sajat menjadi bualan, akhirnya Aliff memilh Zizi sebagai rakan duetnya.
Dek terlalu teruja dengan lagu terbarunya itu, Aliff dilihat turut menari depan ibunya, Rozita Ibrahim dan isteri, Datin Seri Nur Shahida.
Aduhai…gelagat usahawan selebriti ini memang tak kering gusi, bersungguh-sungguh dia menari.
“Ada yg dah mula teriangan ingang llagu #jomraya saya tak?? cer komen d di bawah.. susah kalau dpt mak tak reti meghargai bakat seni saya ni @bondarozitaibrahim .. bermula khamis ni siapa yg buat dance,tiktok, perodi lagu saya akan pilih utk dpt duit raya bernilai rm1000 atau iphone.. soo jgn lupa ingat step okey utk join dan tag kawan korang yg suka buat perodi lagu yaa👍🏻👍🏻
“Insyallah khamis ni akan boleh di demgar di smua corong redio dan youtube saya tv terlajaklaris..jgn lupa tauu,” tulisnya.