
Pelakon model, Nadia Brian telah selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya, Muiz Nasruddin dalam sebuah majlis tertutup hari ini.
Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 28, menerima lima dulang hantaran dan berbalas tujuh beserta sebentuk cincin.
Malah, momen indahnya turut dikongsikan menerusi Insta Stories khusus buat pengikutnya di Instagram.
Terdahulu, Nadia dan Mu’izz Nasrddin yang juga merupakan pengurus akaun di sebuah syarikat teknologi maklumat mula berkenalan sejak dua tahun lalu.
Foto: Instagram Nadia Brian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“You’re A Winner In My Eyes…,” – Romantik Berpimpin Tangan Di Red Carpet AJL36, Penampilan Cantik Isteri Yonnyboii Curi Perhatian

Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) telah pun melabuhkan tirainya pada Ahad.
Pada malam yang penuh gilang gemilang itu, lagu Pelukan Angkasa nyanyian band Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Shila Amzah dinobatkan selaku pemenang segali gus membawa pulang hadiah utama RM100,000 beserta trofi.
Pelbagai momen-momen menarik telah dirakamkan sepanjang majlis yang berlangsung di Dewan Merdeka, WTCKL, Kuala Lumpur itu.
Selain persembahan memukau daripada barisan artis ternama tanah air, antara yang turut menarik perhatian netizen termasuklah penampilan terkini isteri kepada penyanyi berbakat besar, Yonnyboii iaitu Nik Nazira.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Nazira yang juga merupakan selebriti media sosial dilihat anggun mengenakan gaun berwarna coklat terang yang direka khas oleh pereka fesyen dari Glamedge Dress And Crown.
Pasangan sama cantik sama padan ini turut dilihat sempat memeriahkan acara karpet merah AJL36.
Malah, telatah romantis pasangan muda ini juga turut dikongsikan di aplikasi Tik Tok TV3.
Melihat di ruangan kapsyen, Nazira menitipkan kata-kata semangat Yonnyboii selain turut menyifatkan suaminya itu akan sentiasa menjadi juara pada matanya.
“All the best my love. You’re a winner in my eyes. Always have, always will be,” tulisnya.
Pada malam semalam, Yonnyboii membawakan lagu Salahku yang juga merupakan lagu ciptaan sepenuhnya dirinya sendiri.
Sekadar informasi, Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin telah mendirikan rumah tangga bersama Nazira pada tanggal 20 November tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Nik Nazira & TV3, TikTok TV3
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terkadang Kita Gairah Nak Cantik Sampai Memudaratkan,”- Ada Sampai Dahi Bonjol, Ini Pesan Azharina Azhar Buat Wanita

Bagi kaum wanita, sudah semestinya amat mementingkan dan menitik berat soal kecantikan.
Baru-baru ini, penyanyi Azharina Azhar telah memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Penyanyi kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu sempat memberi nasihat mengenai soal kecantikan bersama peminatnya.
Azharina menasihatkan agar semua wanita untuk sentiasa berhati-hati dan tidak terlalu ghairah untuk kelihatan cantik sehingga boleh memudaratkan kesihatan.
“Asalamualaikum. Alhamdulilah terima kasih @radiantclinique kerna satu satunya clinic yang dapat membantu dan menyelesaikan masalah kulit Muka nina .. banyak clinic merata nina cuba tapi yang ini so far terbaik buat kulit muka nina ..
“ada yg sampai bengkak bengkak dan benjol dahi di buatnya . Hati hati ya Wanita wanita di luar sana … terkadang kita gairah nak cantik sampai memudaratkan kita sendiri.. biar lambat asal selamat .”tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Azharina Azhar (@azharina_a) on
Lantas, nasihat yang dikongsi oleh penyanyi yang berusia 34 tahun itu mendapat pujian daripada peminat.
Malah, peminat juga bersetuju dengan kata-kata nasihat yang disampaikan oleh juara Bintang RTM 2001 itu.
Terdahulu, Azharina juga telah merangkul gelaran juara untuk program Gegar Vaganza musim ketiga.
View this post on InstagramA post shared by Azharina Azhar (@azharina_a) on
https://www.instagram.com/azharina_a/?hl=en
Foto : Instagram Azharina Azhar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dua Kali Tangguh Tayangan, Filem Thor: Love And Thunder Sah Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia

Golden Screen Cinemas (GSC) menerusi laman sosial Twitter miliknya pada Khamis, mengesahkan filem terbitan Disney, Thor: Love and Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia.
Kemas kini terbaharu itu pastinya mengecewakan peminat filem Marvel yang teruja menantikan tayangannya di sini.
“Pihak Disney sudah mengesahkan filem Marvel Studios’ Thor: Love and Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia.
“Kami hargai kesabaran anda dan memohon maaf di atas segala kesulitan,” tulis GSC.
Sementara itu, pawagam TGV pula memuat naik hantaran yang diselitkan dengan emosi kesedihan di Instagram mereka.
“Sorry gais (minta maaf semua),” yang disertakan dengan emotikon sedih.
Thor : Love and Thunder sepatutnya ditayang di negara ini mulai 7 Julai lalu. Bagaimanapun, tayangannya telah ditunda ke 21 Julai.
Pada 13 Julai, GSC mengumumkan filem berkenaan ditunda lagi ke tarikh yang lain, namun tidak dinyatakan sebabnya.
Filem lakonan Chris Hemsworth itu dikatakan tidak lepas ditayangkan di sini gara-gara terdapat beberapa babak yang memaparkan aksi LGBT.
Selain Chris, filem itu turut dibintangi Christian Bale, Natalie Portman dan Taika Waititi yang turut bertindak selaku pengarah bagi naskhah ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI