Sebentar tadi telah berlangsungnya Showcase Prelude AJL 33 di KL Live, Kuala Lumpur bersiaran secara Live di YouTube TV3Malaysia.
View this post on InstagramA post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia) on
Showcase prelude AJL 33 ini mempersembahkan finalis yang akan bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu 33 pada 3 Februari 2019 nanti.
Finalis yang membuatkan persembahan pada Showcase prelude ini Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Sufian Suhaimi, Ara Johari, Syamel, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Amylea Dan Kaer.
Bukan itu sahaja, Nabila Razali, Ismail Izzani, dan Zaaim Mentor 7 juga turut memeriahkan lagi Showcase ini.
Showcase Prelude AJL 33 ini diadakan bagi khas sebagai menghargai peminat setia AJL dan juga memberi ruang kepada peminat untuk beramah mesra bersama finalis.
Diucapkan semoga berjaya kepada semua finalis AJL 33!
Nantikan debaran AJL 33 yang akan berlangsung di Axiata Arena, Kuala Lumpur 3 Februari depan di TV3.
Foto : Instagram TV3
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dewi Remaja Kena Cantik, Tapi…,” – Didie Alias
Pelakon dan juri akhir program Dewi Remaja 2022, Didie Alias tidak menafikan penampilan menarik menjadi salah satu faktor penting bagi mereka yang memasang impian untuk menyertai pertandingan dwi tahunan itu.
Menurut Didie, kriteria berkenaan sudah lama diguna pakai, malah sejak pencarian edisi pertama lagi.
“Kalau kita tengok finalis dulu pun, mereka kini masih lagi meletup, masih lagi cantik. Kalau ada yang lempar komen ‘face shaming’ kata tak lawa pada peserta terbaharu, mungkin ada yang masih belum kemaskan lagi penampilan.
“Cuma bagi saya, Dewi Remaja kena cantik tapi pada masa sama perlu bijaklah. Maksudnya, biarlah ada pakej yang lengkap. Bukanlah nak kata kena ‘cantik naw naw’, tapi biar sedap mata memandng.
“Kalau ambil yang tiada rupa, kita juga yang kena (kritik). Cantik pun suatu yang subjektif. Kalau boleh netizen pun agak-agaklah dalam berikan komen,” katanya.
Didie yang juga finalis Dewi Remaja 1990 berharap, finalis tahun ini mampu menyerlahkan personaliti masing-masing selepas ini.
“Cuma saya tengok aura mereka belum ada. Tak rasa macam ‘wow’ lagi. Mungkin sebab kebanyakannya pun masih lagi baru, ada yang awal remaja juga.
“Tapi golongan muda sekarang beruntung kerana dengan perkembangan semasa, ia membuatkan mereka lebih senang akses dengan pelbagai kemudahan.
“Misalnya kalau finalis berminat untuk terjun ke dunia seni, macam-macam platform lain yang boleh mereka cuba. Berbeza dengan zaman saya dulu.
“Tinggal lagi, mereka kenalah ada ‘the beauty of Dewi Remaja’ itu sendiri. Tengoklah alumni yang masih aktif dalam industri, dari zaman Tengku Anis, Aleeza Kassim hinggalah sekarang kebanyakan ada persona tersendiri.
Selain Didie, Datuk Aznil Nawawi dan Izara Aishah berada di kerusi juri pada malam kemuncak Dewi Remaja 2022 yang bersiaran secara langsung di saluran Astro Ria malam tadi.
Gadis dari Sabah, Tracie Sinidol diumumkan sebagai juara Dewi Remaja edisi terbaharu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dari Sudut Pandang Positif Saya, Takda Siapa-Siapa Yang Iri Hati Dengan Ostad,”- Remy Ishak Hajat Sambung Kebaikan
Pelakon, Remy Ishak ada memberikan pendapatnya mengenai isu melibatkan pendakwah bebas baru-baru ini.
Menurut Remy, segala yang berlaku pasti ada hikmahnya jika kita lihat dari sudut pandang positif.
jangan sedih2 ostad.. dari sudut pandang positif saya, takde siapa2 yg iri hati dgn ostad. Allah dah utuskan sesuatu utk ostad berehat. Now turn kami pula untuk sambung kebaikan yg ostad selalu kongsi. In shaa Allah.
— Remy Ishak (@remy_ishak) April 25, 2020
“Jangan sedih-sedih ostad.
“Dari sudut pandang positif saya, takde siapa-siapa yang iri hati dengan ostad,” tulisnya.
Tambah pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu lagi, mungkin ini masanya untuk ramai sambungkan kebaikan yang sering dikongsikan pendakwah berkenaan.
“Allah dah utuskan sesuatu untuk ostad berehat.
“Now turn kami pula untuk sambung kebaikan yang ostad selalu kongsi. In shaa Allah,” kongsinya.
Kenyataa tersebut telah dimuat naik Remy menerusi akaun Twitter miliknya.
Remy bagaimanapun tidak menyebut nama mana-mana ustaz yang berkaitan.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju selain turut memberikan pandangan mereka sendiri.
Sumber: Twitter Remy Ishak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gugur Kali Kedua, Almy Nadia Reda & Tenang Hadapi Dugaan, – “Doktor Scan Beritahu Bahawa Tiada Kantung.”
Pelakon, Datin Almy Nadia dikejarkan ke hospital swasta kerana mengalami pendarahan kandungan yang baru mencecah usia enam minggu.
Menurut ibu kepada tiga orang anak itu, dia reda atas nasib sama yang pernah berlaku pada Februari lalu apabila usia kandungannya yang berusia 14 minggu telah ‘pergi’ buat selamanya.
“Sebenarnya saya mengandung 6 minggu 3 hari, tetapi saya mengalami pendarahan.
“Saya tak tahu apa yang saya makan.
“Kemudian, apabila pendarahan berlaku, doctor cucuk di bahagian perut untuk kuatkan rahim.
“Boleh dikatakan banyak juga darah dan ia berlaku ketika malam sahaja sepanjang raya. Ketika siang tiada pendarahan.
“Apabila sampai di hospital, doktor cek dan scan beritahu saya bahawa tiada kantung,” kongsi Almy menerusi IGTVnya.
View this post on InstagramA post shared by ALMY NADIA 🇲🇾 (@almynadiaofficial) on
Bagaimanapun, pelakon yang popular menerusi drama Dunia Baru itu tenang menghadapi dugaan dari Allah.
“Mungkin Allah nak beri saya rezeki yang lebih baik.
“Saya percaya setiap wanita mengandung, rezeki anak lain-lain.
“Saya terima sahaja. Saya tiada masalah,” katanya tenang.
Terdahulu, kandungan Almy pernah mengalami keguguran pada usia 14minggu dan diberi nama Mohamad.
View this post on InstagramA post shared by Dfizzfairuz 🇲🇾 (@fizzfairuzofficial) on
Untuk rekod, Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
Video : Instagram Almy Nadia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI