[GAMBAR] Selepas 3 Tahun Arwah Mr.Os Dijemput Illahi, Anak Gadisnya Iaitu Syafiqa Hayra Kini Tamat Pengajian & Bergelar Doktor

Share

Selepas lebih tiga tahun pelakon dan pelawak senior, Allahyarham Mr.Os meninggalkan kita semua, kini anak gadisnya Syafiqa Hayra melakar momen tersendiri apabila berjaya mendapatkan segulung ijazah kedoktoran.

Berita mengenai kejayaan anak gadis kepada bintang terkenal itu mendapat liputan media media baru-baru ini.

Menurut Syafiqa, dia menyifatkan apa yang berlaku sebelum ini sebagai pembakar semangat buatnya untuk terus maju dalam bidang pengajian yang diambil.

“Kejayaan ini saya dedikasikan kepada arwah ayah kerana banyak menyokong saya untuk menceburi bidang perubatan.

“Ijazah ini hadiah untuk arwah ayah. Alhamdulillah ijazah ini amat besar maknanya kepada saya dan terima kasih kepada arwah ayah serta keluarga yang sering memberi semangat untuk saya meneruskan cita-cita.

“Arwah selalu berpesan supaya saya menjadi seorang doktor yang akan berbakti kepada masyarakat dan berkhidmat kerana Allah,” kongsinya kepada Harian Metro.

Mr Os meninggal pada 8 April 2016 di Hospital Selayang akibat kanser paru-paru.

Ikuti beberapa keping milik Syafiqa saat tamat pengajian.

Foto: Instagram Syafiqa Hayra

Published by
MH