
Instafamous Hafiz Mahamad dan isterinya,Syafiqah Aaina kini sepakat untuk wajah penuh anak mereka, Raisya Arisa di media sosial.
Perkara itu dikongsikan Hafiz apabila dia dilihat ada memuat naik video sedang bermesra dengan cahaya mata pertamanya itu.
View this post on InstagramA post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad) on
Lalu, netizen memuji kecomelan wajah Raisya yang dikataka saling tak tumpah iras bapanya.
Setakat ini,Raisya yang kini berusia dua bulan turut memiliki lebih 100,000 pengikut di Instagram.
Terdahulu, pasangan ini menutup wajah anak mereka dengan emoji berbentuk ‘hati’, menimbulkan rasa tidak sabar netizen untuk melihat wajah penuh bayi perempuan itu.
Hafiz dan Syafiqah mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan dikurniakan cahaya mata sulung,Raisya Arissa pada 24 Jun lalu.
Foto:Instagram Hafiz Mahamad/ Raisya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“S*al Betul, Raya-Raya Buat Kerja Macam Ni,” – Scammer Guna Gambar Promosi Pelaburan Haram, AC Mizal Geram!

Pelakon dan pengacara terkenal, Datuk AC Mizal meluahkan rasa berang terhadap tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang telah menggunakan fotonya tanpa kebenaran bagi mempromosikan sendiket penipuan pelaburan wang ringgit.
Menurut AC atau nama sebenarnya, Mizal Zaini, 50, dia berharap agar semua pihak dapat berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan taktik penipuan tersebut.
“Adui, apa la ni! Pakai gambar saya. Sial betul manusia yang gunakan gambar saya. Harap tuhan laknat kamu.
“Kepada semua jangan tertipu dengan investment skim penipu ini,” tulisnya.
Rasa amarah itu dikongsikan sendiri oleh pengacara program The Mask Singer Malaysia itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Katanya lagi, dia juga tidak akan teragak-agak untuk memanjangkan isu ini ke muka pengadilan.
“Kepada yang menggunakan gambar saya ini saya akan pastikan anda bakal dihadap ke mahkamah.
“Thank you pada semua followers yang dm dan bagitahu saya. Sial betul la. Raya-raya buat kerja macam ni,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meminta AC supaya bersabar dan berharap agar si pelaku bakal mendapat hukuman yang setimpal.
“Selalu lalu dekat Instagram saya Datuk. Tengok cara iklan pun tahu scammers.
“Sabar Datuk. Allah ada. Pasti ada balasan di sana nanti.
“Dah mula la ni nak gunakan muka artis untuk dapatkan duit.
“Dapat ke pak cik-pak cik yang tak tahu apa-apa ni, lepas tu kena tipu nanti dia salahkan Datuk pulak sebab menipu. Bahaya woo.
“Banyak juga jumpa iklan ni nasib baik tak terpedaya,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Dalam perkembangan lain, AC kini dilhat sedang sibuk menguruskan saluran televisyen terbaru miliknya sendiri yang diberi nama Suke TV.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk AC Mizal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Noh Salleh, Mizz Nina Sah Bawa Haluan Masing-Masing, Minta Hormati Privasi Ketika Ini

Pasangan selebriti, Noh Salleh dan Mizz Nina akhirnya mengesahkan khabar angin mengenai perpisahan mereka, pada semalam.
Perkara tersebut dimaklumkan Noh dan Nina menerusi satu kenyataan dalam Bahasa Inggeris yang dimuat naik di Instagram masing-masing sebentar tadi.
“Noh dan saya mempunyai pengumuman penting untuk dibuat.
“Selepas berfikir dan melakukan pertimbangan secara teliti, kami sepakat bersetuju untuk membawa haluan masing-masing.
“Alhamdulillah, kami bersyukur kepada Allah yang mengizinkan kami untuk bersama selama 11 tahun dengan pelbagai cabaran dan turun naik. Kami turut mahu berterima kasih kepada mereka yang selama ini menyokong. Jangan risau kami masih berkawan dan baik di antara satu sama lain.
“Kita boleh merancang tetapi perancangan Allah itu jauh lebih baik.
“Tolong titipkan doa-doa kepada kami terutamanya ketika fasa idah, kami hargai semua untuk menghormati privasi kami,” tulisnya yang turut memohon tidak membuat spekulasi yang kurang tepat bagi mengelakkan fitnah.
Di dalam hantaran sama, hanya doa yang diperlukan mereka ketika ini.
Terdahulu, khabar angin perpisahan mereka diperkatakan ramai selepas mereka didakwa sudah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak semalam.
Malah, seorang pengguna Twitter ada membuat ciapan berkenaan perkara yang dipercayai berkaitan dengan hal tersebut selepas ditanya pengguna lain.
Media sebelum ini melaporkan, Noh, 37, atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh menafikan mengenai desas-desus keretakan rumah tangganya yang bertebaran di media sosial pada 13 Julai lalu.
Kemudian, beberapa hari selepas itu Mizz Nina, 42, atau nama sebenarnya, Shazrina Azman memuat naik hantaran di Instagram yang seolah-olah memberi bayangan dia sedang melalui saat-saat sukar hingga mengundang pelbagai reaksi netizen.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 dan sekitar April lalu, mereka memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ibu Dia Tunjuk Gambar Tu Terus Hamzah Tarik Nak Cium,” – Hamzah Cium Skrin Telefon Terpapar Foto Arwah Bapa, Isteri Fad Bocey Kongsi Cerita

Walaupun masih belum mengerti apabila insan bergelar bapa sudah pergi mengadap Ilahi, namun anak kepada arwah Abam, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey atau lebih mesra disapa Hamzah kerap kali menunjukkan kerinduannya terhadap arwah bapa.
Menurut isteri Fad Bocey, Syaheera, balu Abam, Siti Nurhidayah Mohd Ali bercerita bahawa Hamzah merindui arwah bapanya dan akan mengucup skrin telefon yang tertera wajah arwah Abam.
Terbaru, ketika kunjungan mereka menjengah Nurhidayah dan Hamzah, anak kecil itu sekali lagi menunjukkan perilaku yang sama menggambarkan akan kerinduannya terhadap arwah bapa.
“Haritu ibu cerita hamzah rindu sgt dgn ayah .mcm cari2 ayah dia .mana la menghilang dri pandangan dia .ibu dia tunjuk gambar tu terus hamzah tarik nk cium2 .ktorang pun cuba la buat malam tu ,tengok2 ya Allah anak.
“Sekecil ni kau dah faham erti rindu .bayangkan lah ktorang yang tengok malam tu rasa apa.
“Ibu dgn hamzah jangan risau ,ramai sayangkan anak kecil ni .ramai yang pedulikan anak kecil ni. moga kasih sayang buat hamzah terus berkekalan,” jelasnya.
View this post on InstagramA post shared by Syaheera❤️Fadzlie (@syaheeraarahman) on
Terdahulu, Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari akibat demam panas.
Abam dan Nurhidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.
Foto : Instagram Syaheera
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI