Pelakon dan pengacara, Raja Farah akhirnya mendedahkan nama bayi keduanya, yang dilahirkan pada 7 April lalu. Hampir mencecah 20 hari lahir ke dunia, cahaya mata bongsunya itu diberi nama Ilham Iskandar.
Perkongsian tersebut dikongsinya menerusi Instagram, awal malam tadi.
Serentak dengan pengumuman tersebut, Farah turut mengharapkan agar Ilham menjadi anak yang soleh dan bijaksana.
“Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t. This is to annouce the name of our 2nd son.. Ilham Bin Iskandar..
“Semoga ilham menjadi anak yg Soleh, anak yg Baik Hati, yg bijaksana, menghormati mama & abah, org2 tua serta semua disekeliling kamu..semoga ilham sentiasa dimurahkan rezeki….Semoga ilham sentiasa berjaya didunia & akhirat..Amin,” tulisnya.
Raja Farah bagaimanapun belum mendedahkan wajah anaknya kerana punya alasan sendiri.
“Neway, gambar adik ilham kami hold dulu k? InsyaAllah..genap umurnya 1 bulan, kami akan kongsi kan gambar wajah anakanda tercinta ini..thank you semua diatas doa yg baik-baik,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Raja Farah dan suaminya, Iskandar berkahwin pada 6 September 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata sebelum ini iaitu Imran, 3 tahun.
Foto: Instagram Raja Farah