Beberapa hari lalu, pasangan selebriti, Akim Ahmad dan Stacy ada meraikan ulang tahun anak angkat mereka, Bella Valentina yang kini sudah pun mencecah usia 7 tahun.
Meski sudah pun mempunyai seorang cahaya mata sendiri, namun si cilik yang sinonim dipanggil Bella itu sudah pun sekian lama dijaga Stacy sejak dia mendirikan rumah tangga lagi.
Menerusi salah satu entri di Instagram, penyanyi Cakap Ke Tangan ini turut memberi dedikasi istimewa bersempana ulang tahun kelahiran anaknya itu.
“Happy belated Birthday Bella Deluna Afiq Hakim. Mami Dady and Eshaal loveee u so much!! Sudah masuk 7 tahun ni makin berani mencuba dan kurang sikit sudah tu malu2 walau gigi depan belum tumbuh habis.
“Yang penting yakin dia blg si bey. X rugi U belajar ikut dance di tv selama ni bey. Thank you Uncle @wadiridhzuwan and the geng @freakshow.crew @teamsquadmy sebab dapat bagi beyya rasa Cinggg jadi jenny blackpink semalam.
“Semoga menjadi anak yang solehah,taat kepada mami dady dan semoga sentiasa berada di bawah lindunganNya Aminnn…Terima kasih kepada semua yang terlibat semalam,” tulisnya.
Meski bergelar isteri pada usia yang agak muda, namun pelakon, Mawar Rashid nyata teruja dan mengakui dirinya ada cara tersendiri dalam bergaul dengan ibu mentuanya.
Bijak membawa diri sebagai menantu, Finalis Dewi Remaja 2015 ini juga sedia dikenali sebagai artis yang cukup rapat dengan ibu yang dipanggil mummy.
“Dulu ke mana sahaja Mummy pergi, pasti akan ada saya menemani. Dia seorang yang caring dan cukup lemah lembut selain sanggup berkorban apa saja demi anak. Tetapi lepas kahwin, dah tak boleh macam dulu.
“Pun begitu, hubungan dengan ibu mentua juga rapat kerana sudah ada ‘bonding’ dari awal. Seperti mana saya layan mummy, begitu juga layanan saya pada ibu (mentua). Awal-awal memang sedikit kekok, tapi ibu dan ahli keluarga yang lain banyak beri tunjuk ajar.
“Jadi timbul keserasian antara kami. Lagipun saya memang dilahirkan dalam keluarga besar dan kami sangat rapat. Jadi, apabila berada di rumah mentua, ia mengingatkan saya seolah-olah berada dalam keluarga sendiri.
“Mummy juga selalu ajar bagaimana untuk saya menjadi menantu yang baik pada mentua,” katanya seperti yang dipetik menerusi Keluarga.
Jelasnya lagi, pergaulan bersama keluarga sebelah suami khasnya bersama ibu mentua memberi ruang buatnya untuk belajar perkara baru.
“Seronok sebenarnya kerana saya dapat belajar cara dan budaya hidup orang lain. Maklumlah sebelum ini saya lebih ke arah orang Thailand.
“Tetapi keluarga mentua pula lebih tersusun, disiplin dan waktu ini saya memang belajar banyak benda baru. Ibu ajar bagaimana mahu jadi isteri dan menantu yang baik memandangkan usia saya masih muda.
“Kalau di rumah ibu memang rajin memasak, jadi saya akan bantu mana yang patut. Cuma selepas disahkan mengandung saya alami alahan dan tak boleh memasak. Tetapi ibu sangat memahami dan prihatin.
“Banyak nasihat yang beliau kongsikan,” ulas Mawar yang kini sedang sarat hamil anak kedua.
Sambil memanjat rasa syukur, dia pada masa sama turut berterima kasih kepada suami dan familinya.
“Masih banyak yang perlu saya belajar dalam kehidupan ini terutama sekali status dan tanggung jawab saya sekarang sudah berbeza. Apa pun saya bersyukur dan bahagia dengan apa yang saya tempuhi sekarang.
“Walaupun dulu saya meletakkan sasaran mendirikan rumah tangga di kala usia 28 tahun, tetapi saya tidak menyesal. Sebaliknya saya bertuah kerana mendapat suami yang penyayang dan bertanggung jawab.
“Malah sifat penyayang terhadap ibunya menunjukkan dia boleh menjadi suami yang baik kepada saya dan itu antara sebab kenapa saya setuju menjadi isteri kepada Raf.
“Memang saya akui agak takut dan gementar untuk menggalas tanggung jawab besar ini, tetapi suami dan ahli keluarga lain banyak beri sokongan. Tak timbul soal tak boleh enjoy sebaliknya saya rasa bertuah kerana sejak dulu saya sangat mementingkan keluarga.
“Malah bagi saya keluarga itu membahagiakan saya,” ujar Mawar yang turut mendoakan urusan bersalin anak keduanya nanti juga dipermudahkan.
Imbas kembali, Mawar mendirikan rumah tangga dengan suami, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf pada November 2017.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael Mac tahun lalu.
Mawar juga memiliki dua anak tiri iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 5, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.
Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi baharu, Aliff Iskandar tidak mahu memikirkan soal cinta buat masa ini selepas menemui episod kegagalan dalam perhubungan yang terjalin sebelum ini.
Menurut Aliff, apa yang menjadi keutamaannya sekarang ialah masa depan kerjaya seninya sebagai penyanyi, penulis lagu selain mahu beri fokus sebagai pelajar di Institut Perguruan Ilmu Khas.
“Kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Saya reda apabila hubungan saya berakhir tahun lalu. Ia berpunca daripada salah faham yang tidak boleh diselamatkan lagi.
“Saya reda apabila hubungan cinta selama lima tahun tidak mampu diteruskan. Saya okey dengan perpisahan ini kerana hidup perlu diteruskan.
“Lagipun dia sudah pun mempunyai kekasih hati baharu dan saya enggan memikirkannya lagi. Saya pun dah malas nak fikir soal cinta dan mahu fokus kerjaya terlebih dahulu,” katanya.
Dia bagaimanapun belajar daripada pengalaman seterusnya berharap dipertemukan wanita yang memahami satu hari nanti.
“Saya suka gadis yang boleh memahami dan terima kerjaya yang saya pilih ini. Sebagai manusia, kita mempunyai perasaan cemburu.
“Apatah lagi kerjaya seni banyak spekulasi ataupun perkara yang mendatangkan perasaan cemburu. Oleh itu, saya mahukan gadis yang benar-benar memahami kerjaya saya,” katanya yang akui ada menyelitkan kisahnya di dalam lagu yang dihasilkan.
Dalam pada itu, Aliff turut bersyukur kerana dia semakin diterima dalam seni dan akui masih dalam proses belajar untuk menjadi yang lebih baik.
“Banyak yang belum saya terokai. Sekarang saya mahu fokus membina kerjaya dan dalam masa sama, belum tamat belajar.
“Saya akan menamatkan pengajian dalam tempoh setahun setengah lagi. Jadi, saya mahu tolak perkara yang tidak penting untuk difikirkan,” katanya.
Aliff yang juga artis di bawah naungan Indigital Music akan muncul dengan single terkini berjudul Takdir.
Lagu itu akan menjadi runut bunyi bagi drama Saat Ku Tak Takluk Cinta Ini siaran TV3.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara terkenal, Elly Mazlein menyifatkan kepercayaan merupakan aspek paling penting dan perlu dipertahankan dalam perhubungan suami isteri demi membina keluarga yang bahagia.