Pernah dihentam dan dicaci netizen gara-gara konon sinonim dengan isu ‘perampas dan pemusnah’ kebahagian rumah tangga, pelakon Izreen Azminda dan suami Ude Wahid tetap bersabar dengan tomahan tersebut.
Walaubagaimanapun, baru-baru ini Ude atau nama sebenarnya Muhamad Radzi Abdul Wahid telah berkongsi gambar bersama keluarga tercinta di akaun Instagramnya.
Gambar tersebut melihatkan mereka menikmati hujung minggu bersama di sebuah restoran.
Rata-rata netizen kini mulai memberi pandangan positif menerusi ruang komen gambar tersebut.
Disamping itu, ada juga netizen yang mendoakan kebahagian mereka berdua hingga ke syurga.
Ude dan Izreen berkahwin pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.
Terdahulu, Ude penah berkahwin dengan Intan Liana pada 1 Mac 2013 dan menceraikan bekas isterinya itu dengan talak satu pada 22 Mac. Mereka juga dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 1.