
Syawal dirai dengan penuh kegembiraan dan selepas sebulan berpuasa.
Dan pastinya, amalan saling memaafi sesama keluarga menjadi aktiviti wajib bagi umat Islam yang meraikan.
Pada masa sama, persalinan baju raya yang serba baru turut sama menjadi perhatian, lebih-lebih lagi di kalangan selebriti popular kita.
Jadi jom ‘usha’ ootd figura terkenal ini pada di hari pertama Syawal yang sudah pun separuh hari berlalu.
Bagi kalian, mana satu yang paling meletup?
Datuk Seri Siti Nurhaliza
Akim & Stacy
Zulin Aziz
Fasha Sandha & Aidil Aziz
Hael Husaini
Usop
Norman Hakim & Memey Suhaiza
Puteri Sarah Liyana
Rita Rudaini
Raja Syahiran & Uyaina Arshad
Dini Schatzmann
Intan Najuwa
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Foto: Instagram Selebriti
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Agak Lama Juga Tak Merasa…,” – Datin Alyah Pinta Peminat Mendoakan Yang Terbaik Buat Jutaan Purnama

Datin Alyah atau nama sebenarnya Hasliah Abu Hasan meluahkan rasa syukur apabila Jutaan Purnama berjaya mara ke separuh akhir Muzik-Muzik yang ke-34.
Menjadi antara 30 buah lagu yang bakal berentap bagi bersaing di Anugerah Juara Lagu (AJL) akan datang, bintang itu tidak meletak harapan besar, sebalik bersyukur dan cuba memberikan yang terbaik.
“Alhamdulillah, agak lama juga dah tak merasa benda-benda macam ni. Tapi saya bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk beraksi dengan genarasi baru dan seangkatan.
“Sejujurnya saya tak berani nak cakap apa-apa cuma saya harap saya dapat buat yang terbaik untuk semi final nanti.
“Apa yang akan mendatang semuanya di luar kawalan, jadi saya minta peminat Jutaan Purnama dan peminat Alyah mendoakan saya dapat buat yang terbaik nanti,” kata Alyah kepada MH.
Isteri pengarah muzik, Datuk Ramli Ms itu ditemui pada di sidang media separuh akhir Muzik-Muzik ke-34, pada Rabu.
Di samping itu, penyanyi asal Gelang Patah, Johor ini turut menyifatkan diri sendiri sebagai pencabar sementelah hampir 5 tahun tidak membuat persembahan di pentas AJL.
“Sejujurnya pencabar saya adalah diri-sendiri, bukan penyanyi lain. Saya sendiri agak lama tak buat persembahan di pentas AJL.
“Kalau ada yang anggap ada lagu lain yang boleh berikan cabaran, peminat ada hak untuk membuat penilaian sendiri,” kongsi Alyah.
Sekadar informasi, kali terakhir Alyah beraksi di pentas AJL29 pada 2015 lalu menerusi lagu Sesal Separuh Nyawa.
Terdahulu persembahannya untuk lagi Kisah Hati di AJL26 lalu dinobatkan sebagai Persembahan Terbaik, menewaskan 11 lagu lainnya untuk kategori itu.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Selain Bau Ketiak Pasangan, Bau Baby Antara Bau Paling Best Kan? – Feeya Iskandar

Penyampai radio, Nur Syafiza Iskandar Azizan atau Feeya Iskandar kini sedang menjalani fasa berpantang selepas melahirkan anak ketiganya.
Lalu, bintang radio ini ada berkongsi cerita bersama pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.
Sebagai seorang ibu, Feeya yang baru sahaja bersalin pada 11 Februari lalu mendedahkan dia gemar mencium bau bayinya.
Feeya berkongsi rakaman video l sedang mencium anak ketiga itu yang dirakam menerusi aplikasi TikTok.
“Selain bau ketiak pasangan, bau baby antara bau paling best kan? sape mcm ni jugak? sedap nya bau baby. Baby boss #manjaboost @hauraherbshq,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Link posting
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat turut meluahkan rasa setuju terhadap perkongsian penyampai radio berusia 32 tahun itu.
Untuk rekod, Feeya telah mendirikan rumah tangga bersama Nurashid Abd Wahab pada 6 Mei 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata lelaki.
Foto: Instagram Feeya Iskandar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sakit Awak Tu, Saya Tanggung Pun Saya Sanggup,” – Isteri Nizam Laksamana Mulai Rawatan Kimoterapi, Hidap Kanser Payu Dara

Semalam penyanyi senior, Nizam Laksamana, mendedahkan isterinya yang ketika ini sedang mengidap kanser payu dara telah pun memulakan rawatan kimoterapinya buat pertama kali di Hospital Kuala Lumpur.
Dikesempatan itu juga, Nizam turut berharap agar orang ramai dapat menitipkan doa semoga isterinya itu diberikan kekuatan serta sentiasa berfikiran positif demi melawan penyakit tersebut.
“Hari ini hari pertama untuk cycle pertama proses chemoterapy isteri saya untuk perubatan breast cancer(5 cycle to go). Mohon bantuan kawan-kawan semua. Bantuan berupa DOA.
“Sudilah doakan isteri saya diberi ketabahan, kekuatan seperti tabah dan kuatnya Johan Aziz melawan cancernya & berfikiran positif selama proses perubatan ini dijalankan.
“Semoga doa-doa kawan-kawan semua Allah angkat dan makbolkan, inshaAllah,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Gugurnya Bunga Cinta itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Nizam turut berjanji akan sentiasa ada bersama isterinya itu walau dalam apa jua keadaan sekali pun.
Malah, Nizam yang juga merupakan bekas peserta program Gegar Vaganza musim ke-2 turut menyifatkan isterinya itu telah banyak berkorban bukan sahaja buat dirinya tetapi untuk anak-anak juga.
“InshaAllah..susah senang saya akan ada untuk awak. Saya akan cuba semampu saya untuk menjaga awak. Awak banyak bekorban untuk saya dan anak-anak.
“Gantikan sakit awak tu saya tanggung pun saya sanggup,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menzahirkan rasa simpati selain turut mendoakan semoga segala urusan melibatkan isteri Nizam sewaktu menjalani rawatan akan sentiasa dipermudahkan.
Terhadulu, Nizam dan isterinya, Salwati Zulkifli telah pun mendirikan rumah tangga pada sekitar tahun 1995 dan kini telah pun dikurniakan empat orang cahaya mata.
Sumber: Instagram Nizam Laksamana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI