[GAMBAR] “Siapa Lagi Sini Seperti Saya?,” – 10 Hari Bergelar Isteri, Fasha-Aidil Bulan Madu Lagi!

Share

Pelakon Fasha Sandha yang kini bergelar isteri kepada pelakon Aidil Aziz baru sahaja memuat naik beberapa keping foto menerusi entri terkininya di Instagram.

Pelakon Teratai Kemboja itu berkongsi momen indah dirinya yang kini sedang berbulan madu bersama suami tersayang.

Lebih menarik, sesi percutian itu juga turut disertai oleh ahli keluarganya yang lain memandangkan sebelum ini, keduanya mengisi masa berdua ketika berbulan madu selama beberapa hari.

“Siapa lagi sini seperti saya? Sepatutnya berdua je dengan suami, tiba2 tukar plan, Honeymoon bawak family. Sebab kami berdua mmg sejenis suka ramai2 dan suka masa dengan keluarga, jadi semua honeymoon sama2.

“Tempat ni adalah tempat yang terbaik untuk honeymoon/ jalan2/dan tenangkan minda yang penat,” tulisnya sambil merakamkan penghargaan kepada lokasi percutiannya kali ini.

Terdahulu, Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 30 April lalu di kampung halaman aktres berkenaan di Perlis dengan sekali lafaz.

Foto: Instagram Fasha Sandha

 

Published by
Rafiq Mazlan