
Teka-teki jantina bayi Dr. Puteri Julia Nabilah iaitu anak kepada pelakon dan penerbit Datuk Ziela Jalil sudah terjawab.
Baru sahaja mengadakan majlis baby shower petang tadi, ini sekitar majlis tersebut.
Menerusi video yang dikongsikan sahabat Julia, sebaik sahaja Julia memotong kek, kelihatan warna kek tersebut adalah berwarna merah jambu.
Lantas, ia memberikan simbolik iaitu bayi perempuan.
View this post on InstagramHappy Together #NelydiaSenrose #UqashaSenrose #MyOtherHafezNel
A post shared by AedyNely_souls (@orkidreal_) on
Untuk rekod, Julia dan suami, Dziya Faqhran Mahmod Fauzi diijabkabulkan pada 1 Julai tahun lalu.
Foto/ Video: Sahabat Julia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila Dapat Semua Bukti, Saya Terus Hubungi Syamsul,” – Puteri Sarah Tetap Saman Bekas Kakak Ipar Ira Kazar

Pelakon Puteri Sarah Liyana tetap meneruskan saman terhadap bekas kakak ipar Ira Kazar yang dikenali sebagai Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan.
Menurut Puteri Sarah, dia telah menyatakan perkara tersebut kepada Syamsul Yusof dan bekas suaminya itu menyerahkan kepada dirinya untuk mengambil tindakan yang dirasakan wajar.
“Saya dapat tahu segala info tentang wanita berkenaan yang masih lagi bercakap tentang saya di media sosial pada hari saya baru habis tempoh edah.
“Bila berlaku pada hari itu saya tertanya-tanya kenapa perkara ini tak habis-habis lagi. Saya tak kacau awak, awak pun janganlah kacau saya.
“Bila saya tengok apa yang dia tulis bukan sahaja melibatkan saya tetapi turut membabitkan keluarga saya dan juga Syamsul.
“Bila saya dapat semua bukti itu, saya terus hubungi Syamsul. Saya tanya dia apa nak buat ni? Kita dah tak ada masalah, tetapi orang pula ada masalah dengan kita.
“Kalau saya tak buat sesuatu, perkara ini akan berpanjangan dan akan menjejaskan imej saya.
“Jadi Syamsul kata pada saya, awak buatlah apa yang awak nak buat. Saya okay sahaja”, katanya.
Ibu kepada dua cahaya mata itu juga menambah, dia telah menghubungi bekas bapa dan ibu mentuanya untuk menjelaskan tentang perkara sama.
“Mereka juga kesian dengan saya dan mahu saya menjalani kehidupan dengan tenang. Mungkin ada yang kata saya ni tak habis-habis dengan isu ini, tetapi saya berharap biarlah ini yang terakhir.
“Saya juga sudah penat. Kali ini saya memang buat betul-betul dan tak akan tarik semula. Saya tarik saman terdahulu kerana saya dan Syamsul mencapai kata persetujuan supaya kami boleh hidup dengan tenang dan jalani kehidupan masing-masing.
Tetapi bila semuanya telah selesai, timbul pula isu ini.
“Saya tak balas pun mesej dia. Biarlah pihak peguam saya yang uruskan. Jika kami terus bercakap secara peribadi, takut timbul hal lain pula”, katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Puteri Sarah bakal muncul dengan teater muzikal kanak-kanak, Pak Pandir Dan Labu Ajaib terbitan JN Studios & Entertaiment.
Naskhah yang bakal dipentaskan di Istana Budaya pada 13 hingga 15 Oktober depan itu turut dibintang Janna Nick, Bell Ngasri, Noreen Iman, Aya Amiruddin, Naque Ariffin dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kau Boleh Tutup Semua Peluang Yang Aku Ada, Tapi Kau Tak Akan Mampu Ambil Bakat Yang Aku Punya,” – Datin Alyah

Satu posting di Instagram penyanyi, Datin Alyah mendapat perhatian wargamaya baru-baru ini.
Membuat luahan yang seolah-olah kecewa, penyanyi lagu Meluruh ini berkongsi kapsyen berkaitan rezeki dan bakat yang telah dianugerahkan.
“Kau boleh tutup semua peluang yg aku ada. Tapi kau tak akan mampu ambik bakat yg aku punya.
“Kerna ianya dtg dari maha pencipta. Yang sudah lama kau mengambil tugasnya iaitu Menghukum,” luah penyanyi ini.
Meski tidak memberikan perincian terhadap perkara tersebut dengan spesifik, namun para peminat turut memberikan pandangan sendiri terhadap perkongsian isteri Datuk Ramli MS itu.
Foto: Instagram Datin Alyah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Pelakon Safwan Nazri Keguguran; “Rezeki Kami Untuk Dapat Cahaya Mata Pertama Di Sini Saja.”

Pelakon Safwan Nazri dan isteri, Fathin Nur Amalina reda apabila hasrat untuk menimang cahaya mata pertama tidak kesampaian apabila kandungan isterinya yang sudah memasuki bulan keempat dilaporkan keguguran.
Berkongsikan berita sedih di laman Instagramnya, Safwan berkata ini merupakan ujian yang paling besar buatnya dan isteri serta tabah dengan dugaan itu.
Pasangan itu turut sudah menyediakan nama untuk bayi sulung mereka Muhamad Kaif yang membawa maksud ‘semangat yang kuat’.
“Ini ujian paling besar untuk saya dan isteri saya. Rezeki kami untuk dapat cahaya mata yang pertama sampai di sini sahaja.
“Kita jumpa di syurga nanti ya Kaif! Teruskan doa untuk ibu dan ayah okey! Dia (bayi sulung) dah cukup sifat, dah nak masuk empat bulan, comel, sempurna, tapi Allah lebih sayangkan dia!.
“Awak (isteri) memang hebat dan wanita yang sangat kuat!” tulis Safwan.
Safwan mendapat perkhabaran sedih itu ketika berada di Turki atas tuntutan kerja dan mengagumi ketabahan isterinya yang melalui perkara itu tanpa kehadirannya di sisi.
“Saya dapat tahu benda ni terjadi ketika saya sudah sampai Turki. Isteri saya lalui benda ni seorang-seorang dengan family tanpa suami.
“Ya Allah hebatnya you sayang! I sayang sangat dekat you! Kita lalui benda ni together okay!
“Muhamad Kaif, you will always be our child, Thank you temankan Mummy selama ini, kita jumpa nanti okay,” tulis Safwan lagi.
Safwan yang merupakan bekas finalis Hero Remaja 2017 mendirikan rumah tangga dengan kakitangan kerajaan, Fathin Nur Amalina pada bulan Mac lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Safwan Nazri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI