Selepas kali terakhir muncul dengan single berjudul Raja tahun lalu, Stacy kini kembali dengan single terbaru, Khayal.

Lagu bergenre pop EDM dari bintang berusia 29 tahun ini ini merupakan hasil ciptaan bersama Hang Nadim, Bunga Cantik dan Ziin.

Meskipun Khayal masih berpaksikan muzik pop dansa, namun lagu ini tetap membawakan kelainan dari sudut susunan muzik yang disuntik elemen ‘trap music’ dan alunan melodi ‘EDM synth’ memberikan bunyi unik kepada lagu ini.

Malah, foto promosi yang turut dikongsikan Stacy di media sosialnya juga ‘memancing’ mata ramai.

[GAMBAR] Stacy Is Back! Tampil Dengan Single Baru Pop EDM, Khayal…Meletupnya Foto Promosi!

Lirik Khayal dinukilkan Stacy bersama nama penanya, Bunga Cantik. Lirik yang mengambil inspirasi daripada kisah dirinya sendiri yang gemar berkhayal dengan kisah fantasi di kala waktu dirinya sukar melelapkan mata di waktu malam.

“Lagu ini sebenarnya saya menceritakan tentang betapa sakitnya menghadapi dunia realiti. Bila kita tertekan, marah, kecewa dan sedih, kalau boleh kita nak lari dari segala masalah.

IKLAN

Saya rasa semua orang pun pernah mengalami perkara sama, semua orang pun pernah berkhayal atau mencipta kisah fantasi di benak fikiran masing-masing sebagai ‘escapism’ untuk melupakan sebentar realiti sebenar kehidupan,” katanya.

[GAMBAR] Stacy Is Back! Tampil Dengan Single Baru Pop EDM, Khayal…Meletupnya Foto Promosi!

Terdahulu, isteri kepada penyanyi terkenal Akim Ahmad ini juga sejak kebelakangan ini seringkali menggunakan tanda pagar #SampaiKeBulan dalam hantarannya di sosial media.

“Dalam lirik Khayal ini saya ada menulis tentang ‘biar cinta sampai ke bulan’. Sebenarnya saya tulis khas bait lirik ini untuk menggambarkan betapa besarnya cinta kepada keluarga kecil saya.

IKLAN

“Serta betapa utuhnya ikatan kami sekeluarga yang akan tetap selalu menjalani kehidupan bersama walau susah atau senang,” jelas bintang asal Sabah ini.

Untuk rekod, Khayal merupakan lirik kedua tulisan Stacy selepas mencuri perhatian sebagai penulis lirik menerusi lagu hit Rampas yang dipopularkan kumpulan Akim & The Majistret.

Pertama kali menyampaikan sendiri karya ciptaan dan tulisannya, Stacy menyifatkan lagu berkenaan sebagai karya paling istimewa buat dirinya.

“Saya amat berterima kasih kepada suami saya iaitu Akim @ Hang Nadim kerana selalu memberi dorongan dan sokongan dalam menghasilkan sesebuah lagu dan menjadi mentor untuk saya dalam berkarya.

IKLAN

“Akim sentiasa berkongsi ilmu supaya saya lebih faham tentang cara penghasilan sebuah lagu dan sekaligus menggunakan pengalaman 11 tahun saya dalam karier seni bagi menghasilkan single ini,” ujarnya.

[GAMBAR] Stacy Is Back! Tampil Dengan Single Baru Pop EDM, Khayal…Meletupnya Foto Promosi!

Stacy terlebih dahulu dicungkil ketika mengikuti program realiti Akademi Fantasia musim ke-6 pada tahun 2008.

Sempena pelancaran single terbaru Stacy ini juga, penyanyi ini turut menawarkan peluang buat peminat untuk memenangi sebuah telefon bimbit terbaru Samsung S10 dengan mengstrim lagu Khayal di Spotify.

Peminat hanya perlu merakam video mereka sedang mengstrim lagu Khayal di Spotify dan kongsi video tersebut menerusi Instagram Story mereka dan tag Stacy serta Nova Music. Tarikh tutup peraduan pada 9 Ogos depan.

Khayal akan dilancarkan sepenuhnya di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes bermula esok, 12 Julai 2019.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI