Debaran yang dinantikan sudah terhenti apabila Diana Nasir telah selamat melahirkan anak ketiga, Anggun Darniella di Hospital Thomson Kota Damansara.
Kakak kepada Anzalna Nasir itu telah berkongsi momen indah itu menerusi akaun Instagramnya.
“Assalamualaikum.. Introducing our beautiful healthy lil lady,
Thank you EVERYONE FOR ALL THE DOAS, LOVE & BEST WISHES, we feel extremely blessed. Darleesa & Darleena are just besotted with their new baby sister!,” tulisnya.
Menariknya, Diana masih mengekalkan nama pangkal ‘Anggun’ untuk anak-anaknya, dan memilih nama Anggun Darniella bagi anak yang baru dilahirkan itu.
Susulan itu, netizen telah mengucapkan tahniah diatas kelahiran Darniella itu.
Diana dan suami, Azwan dikurniakan dua anak kembar iaitu Anggun Darleesa dan Anggun Darleena, 2 tahun 10 bulan dan terbaru Anggun Darniella.
Apa-apa pun, MH ucapkan tahniah buat Diana sekelurga dan selamat menjalani hari berpantang!
Foto : Instagram Diana Nasir