Pelakon jelita, Amyra Rosli telah mengadakan majlis ulang tahun kelahirannya yang ke-28 tahun, pada Sabtu.
Perkara itu dikongsikan kelab peminat pelakon Kan Ku Kejar Cintamu iaitu @amyraroslisupporters.
Bintang Nur itu tampil mengenakan midi dress merah jambu turut ditemani suaminya, Amar Baharin dan anak sulung mereka, Aqief Anaqi.
Dalam pada itu, peminat turut bergambar bersama aktres ini yang dikatakan persis pelakon Indonesia, Nia Ramadhani ini.
Amar dan Amyra bernikah pada November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Aqeef Anaqi yang kini berusia dua tahun.
Dalam perkembangan lain, Amyra kini sedang hamil anak keduanya dan dijangka bersalin pada awal tahun hadapan.
Foto: Instagram Amyraroslisupporters