Ibarat sejarah di dalam perfileman filem di negara ini, filem Hantu Kak Limah (HKL) terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold terus mencetuskan sensasi tersediri apabila mencipta rekod dengan kutipan lebih RM20.5 juta hanya dalam tempoh hanya 11 hari tayangan.
Secara teknikalnya, ia menjadikan arahan Mamat Khalid ini sebagai filem yang mencatat kutipan filem tertinggi bagi sesebuah filem tempatan dalam tempoh 11 hari, setakat ini.
Terdahulu, Rekod hampir sama pernah dipegang filem Abang Long Fadil 2 (terbitan Astro Shaw & Skop Productions ) menerima RM19.04 juta selama 28 hari tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Penerbit Eksekutif, Datuk Khairul Anwar Salleh, Gayatri Su-lin dan TP Lim termasuk pengarah, barisan pelakon dan pekerja filem merasa bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia, Brunei, Singapura serta rakan media bersama rakan pemamer yang sentiasa menyokong dan meletakkan filem HKL di kedudukan rating tertinggi menerusi kutipan pecah panggung terbesar sepanjang zaman.
HKL membariskan pelakon-pelakon seperti Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira kini masih rancak ditayangan di 146 pawagam.
Apa pun, jom MH belanja antara momen menarik yang boleh korang saksikan di dalam paling hangat diperkatakan ketika ini!
Sumber: Astro Awani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI