
Pelakon sensasi, Emma Maembong ada berkongsi beberapa keping fotonya bersama anak buah saat berkunjung ke taman tema Universal Studios di Singapura.
Rombongan cuti bintang terbabit turut disertai ahli keluarganya yang lain. Sedia dikenali sebagai adik-adik yang cukup rapat di antara satu sama lain, gelagat Emma bersama anak buahnya turut menjadi perhatian ramai.
“When in doubt choose the kids, there will be plenty of time later to choose work ? @ariannanatasya terlalu happy dpt mask bumblebee , @mayaadoniajournal,” tulisnya di Instagram.
Lalu menerusi ruangan komen, rata-ratanya memuji kecomelan anak buahnya itu.
Jom usha gelagat mereka bertiga!
Foto: Instagram Emma Maembong
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Selamat Datang Ke Dunia Kaum Ibu,” -Bersalin Anak Lelaki, Ramai ‘Kerumun’ Instagram Tasha Shilla Titip Ucapan Tahniah

Tahniah diucapkan buat pelakon, Tasha Shilla yang selamat melahirkan anak pertama, pada Sabtu.
Sambil memanjat rasa syukur, Tasha pada masa sama turut mengucapkan terima kasih buat keluarga yang menjaganya sepanjang proses kehamilan.
“Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah inayahNya dan keizinanNya dapat saya melahirkan anak sulung lelaki kami pada hari Ramadhan ke-12, 1442 AH / hari Sabtu April 24, 2021.
“Terima kasih pada semua yang telah mendoakan kesihatan saya dan keluarga sepanjang masa,” tulisnya.
Malah dia turut menghargai semua pihak yang membantu bagi menyempurnakan proses bersalin bagi lelakinya itu.
“Saya sangat hargai pada semua pihak yang telah membantu menyempurnakan proses bersalin ini terutamanya pihak keluarga, sahabat-sahabat, team medical di hospital.
“Dan yang paling special dalam hidup saya, Suami Atiq Idris, thank you so much berikan saya semangat, sentiasa membahagiakan saya dan menjadi suami yang soleh. I love you so much,” tulisnya lagi.
Berita gembira itu dimaklumkan bintang berkenaan menerusi satu hantaran di Instagram dan turut disusuli dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat.
Terdahulu, Tasha Shilla dan suaminya, Atiq Idris melangsungkan perkahwinan pada 28 Februari 2020.
Pada penghujung tahun lalu, dia dan suami telah sepakat untuk berkongsi berita kehamilannya ketika usia kandungan mencecah 5 bulan.
Foto: Instagram Tasha Shilla
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Shave Rambut Bukan Sebab Heartbroken Tapi..,” Fify Azmi Kini Berambut Pendek, Ala-Ala Boyish!

Instafamous yang juga finalis Dewi Remaja, Fify Azmi telah menjadi buah mulut ramai apabila gambar dan video yang dikongsikan di laman sosial mulai menjadi bualan ramai.
Fify atau nama penuhnya Nur Afiqah Mohamed Azmi juga ada memuat naik gambar terbarunya yang melihatkan dia kini sudah berambut pendek.
“Pagi yok! Bismillah,” tulisnya ringkas.
View this post on InstagramGoodbye fify hai zain ??. Are you giys ready? #upcoming #film
A post shared by fifyazmi (@fifyazmi) on
Menerusi Instagram Storiesnya pula, finalis Dewi remaja 2014/ 2015 ini juga menjelaskan sebab dia berbuat demikian (potong rambut).
Untuk pengetahuan, Fify Azmi telah memenangi kategori Dewi Persahabatan.
Mankala, Mawar Rashid (Dewi Kegemaran), Raysha Rizrose (Juara Dewi Remaja 2014/15) dan Syamim Farid ditempat kedua.
View this post on InstagramHai baby??♀️ where have you been?
A post shared by fifyazmi (@fifyazmi) on
Foto : Instagram Fify Azmi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Nak Kahwin Tapi…,” – Tular Photoshoot Pakai Gaun Putih, Siti Nordiana Rupanya Nak Buat Konsert

Susuluan tular video yang memaparkannya mengenakan gaun putih dalam satu sesi fotografi, penyanyi, Siti Nordiana akhirnya menafikan dirinya bakal mendirikan rumah tangga.
Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, video berkenaan merupakan salah satu rangka promosi bagi konsert solonya yang diberi nama ‘Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun’ di Zepp Kuala Lumpur (KL) pada 11 Mei depan.
“Ya saya nak kahwin tetapi majlisnya akan berlangsung di Zepp KL pada Mei depan.
“Jadi saya nak jemput rakan media dan peminat ke sana meraikan konsert solo 25 tahun saya,” katanya pada sidang akhbar pada majlis pelancaran Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun pada Selasa.
Pada masa sama, penyanyi lagu Paling Comel ini turut memohon maaf sekiranya video berkenaan mencetuskan salah faham banyak pihak.
“Saya memohon maaf jika ada pihak yang salah faham dan menyangka saya akan bernikah selepas tersebar foto berbaju pengantin.
“Konsert ini ibarat perkahwinan bersama peminat yang sudah menanti lama konsert solo saya,” ujarnya.
Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun merupakan anjuran Icon Entertainment dan tiket mula dijual pada Jumaat ini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI