
Pelakon cantik, Sasqia Dahuri sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Asyraff Khan semalam.
Dia berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram serta berkongsi foto-foto majlis pernikahan.
Difahamkan, majlis perkahwinannya telah dilangsungkan di Duchess Place Kuala Lumpur.
Sebelum ini, pasangan tersebut melangsungkan pertunangan pada Januari lalu.
Sasqia atau nama sebenarnya Nurlisasqia Ahmad Dahuri mengenali suaminya ketika menghadiri sebuah acara di Singapura tahun lalu.
Apa-apapun, jom kita lihat foto-foto majlis pernikahan Mereka. Memang meriah!
Foto: 712 Studios
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Menurut Doktor Terdapat Dua Kantung, Tapi…,” – Dapat Tahu Hamil Minggu Lalu, Nadya Syahera Sifatkan Belum Ada Rezeki Nak Timang Anak Kembar

Suami kepada pelakon, Nadya Syahera iaitu Fizul Nawi ada memaklumkan isterinya itu mengalami keguguran anak kembar menerusi Instagram pada Isnin.
Tiada rezeki untuk timang permata hati kembar, Nadya seperti yang dipetik Harian Metro pula menjelaskan dirinya disahkan hamil kembar selepas membuat pemeriksaan pertama minggu lalu.
Bagaimanapun, doktor memaklumkan kandungannya mengalami masalah.
“Pada awalnya saya tak tahu pun sedang hamil tapi naluri hati saya kuat mengatakan saya sedang berbadan dua. Jadi, saya membuat pemeriksaan menggunakan kit ujian kehamilan.
“Menerusi ujian itu saya didapati positif. Kemudian baru saya pergi membuat pemeriksaan di dua klinik. Kedua-dua doktor memaklumkan usia kandungan yang baru berusia enam minggu itu mengalami masalah.
“Menurut doktor terdapat dua kantung tapi hanya satu saja yang masih ada dan kedudukannya tidak normal. Disebabkan tidak sedap hati saya nekad ke Hospital Pakar Wanita dan Kanak-kanak AVISENA, Shah Alam untuk membuat pemeriksaan lanjut.
“Alhamdulillah, sekitar jam 9.30 pagi tadi saya selesai melalui proses Dilatation & Curettage (D&C) iaitu mencuci saki-baki janin yang tertinggal,” katanya.
Menurutnya lagi, meskipun dia dan suami teruja menantikan cahaya mata kembar itu namun mereka reda dengan ujian yang menimpa.
“Kehamilan ini amat tidak disangka, tapi apabila dapat tahu hamil anak kembar, kami berdua begitu teruja dan cemas sebab bukan mudah nak menjaga kandungan.
“Namun, apabila doktor memaklumkan kandungan kembar saya dalam keadaan tidak stabil, saya sudah bersedia dengan segala kemungkinan. Mungkin belum rezeki nak ada ada kembar,” katanya positif.
Terdahulu, bintang drama ini berkahwin pada 25 September 2015.
Hasil perkongsian hidup selama lima tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose, 3, dan Mohamad Dayyan, 2.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“So Far Okay Tak Ada Rasa Sakit Langsung,” – Hamil 5 Bulan, Izreen Azminda Telah Selamat Terima Dos Pertama Vaksin Covid-19

Sebagai rakyat Malayisa yang bertanggungjawab, pelakon Izreen Azminda telah mengambil dos pertama suntikan vaksin Covid-19 meski dirinya kini sedang hamil anak ketiga.
Difahamkan, usia kandungan Izreen sudah mencecah usia lebih 5 bulan.
Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam telah menerima suntikan vaksin tersebut di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, pada Ahad.
Menerusi hantaran di Instagram, Izreen meluahkan rasa syukur kerana proses penerimaan vaksin tersebut berjalan dengan lancar.
“Syukur alhamdulillah kami telah divaksin so far okay takdak rasa sakit lgsg.. tetiba dah settle.. ke kulit kami yg tebai sgt sampai tak rasa jarum,” tulisnya.
Sekadar informasi, Izreen mendirikan rumah tangga bersama pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude pada 8 Ogos 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim yang kini berusia setahun.
Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan Muhammad Riza pada 2012 sebelum berpisah pada 2014.
Menerusi perkahwinan pertamanya itu, Izreen turut dikurniakan seorang anak Muhammad Adrian Umar, yang kini berusia 5 tahun.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Foto: Instagram Izreen Azminda
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Fikry Ibrahim Perbetul Tanggapan, Dikata Muka Macam Tak Rela Kahwin – “Mungkin Pada Ketika Itu Ada Benda Yang Saya Fikir.”

Isi Kandungan
TogglePelakon dan pengacara Fikry Ibrahim memaklumkan dia tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinannya yang berlangsung pada Rabu lalu daripada pengetahuan umum.
Sebaliknya Fikry, atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 31, berkata, dia memilih untuk tidak mengumumkan perkara yang masih belum pasti.
Belum Pasti, Tak Kongsi
“Saya percaya benda yang baik ini selagi tak pasti jangan kongsi. Saya tunggu sampai selesai, alhamdulillah,” katanya.
Fikry menjelaskan perkara itu menerusi sejurus ditanya rakan hos di dalam Melodi, Ain Edruce pada malam Khamis.
Mengulas mengenai dakwaan dia seolah-olah terpaksa berkahwin susulan raut wajahnya dilihat macam tidak rela, Fikry ada jawapannya sendiri. menyangkal tanggapan tersebut.
“Mungkin pada ketika itu ada beberapa benda yang saya fikir. Termasuklah menjadi seorang suami. Tanggungjawab dia besar dan kena adil.
“Saya ada seorang ibu dan seorang isteri sekarang ini. Adil itu bukanlah sama rata. Tetapi adil itu meletakkan hak pada tempatnya,” jelasnya.
Berterima Kasih Pada Isteri
Fikry pada masa sama turut memberikan dedikasi terhadap isterinya, Khalizah yang sudi dan sanggup menjaga ibunya di Kedah ketika dia sedang bekerja ketika ini.
“Dengan ihsannya, dia tengah ibu saya yang tercinta di Kedah. Terima kasih sayang,” titipnya.
Terdahulu, Fikry dan Khalizah pada Rabu selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah masjid di Jitra, Kedah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI