
Kehidupan pelakon, Zizie Izette nyata dilihat begitu gembira selepas dikurniakan sepasang cahaya mata kembar bernama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, Disember lalu.
Namun begitu, tidak sampai setahun kelahiran anak kembar tersebut, Zizi kini dilaporkan kembali hamil.
Kandungan isteri kepada ahli politik, Bung Mokhtar itu kini dikatakan telah menjangkau usia lima bulan.
Menerusi Instagram, baby bump Zizi turut jelas kelihatan dan pastinya, ia menjadi momen paling manis buat pelakon ini.
Selain memiliki anak kembar, pelakon tersebut turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 3 tahun dan Aaric Zyn Izette yang berumur setahun.
Semoga bayi di dalam kandungan Zizi ini bakal menambahkan kebahagiaan dan memupuk rasa cinta yang lebih dalam buat rumah tangga yang dibina, insyaAllah.
Foto: Instagram Zizi Izatte
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Beza Usia 9 Tahun, Hana Ismail Mulanya Ragu-Ragu & Seminggu Buat Solat Istikharah

Selamat diijabkabulkan pada pagi Sabtu, isteri pendakwah selebriti, Dai’ Syed iaitu personaliti tv, Hana Ismail mengakui perbezaan usia yang jauh di antara mereka membuatkan hatinya ragu-ragu ketika di awal perkenalan mereka.
Namun, selepas melakukan solat istikharah, Hana atau nama sebenar, Nurul Hana Ismail, 36, akhirnya menemui jawapan dan usaha mereka untuk membina masjid berjalan lancar dan dipermudahkan pada hari ini.
“Bagi yang mengenali saya, Syed is not really my type, tetapi Alhamdulillah selepas sesi perkenalan kami, kemudian saya buat solat istikharah selama seminggu, dapat jawapan untuk berkahwin dengannya.
“Orang juga tahu mengenai perbezaan umur kami agak jauh iaitu sembilan tahun dan perkara itu turut menjadi antara pertimbangan saya namun Alhamdulillah sampai jodoh kami berdua,” katanya kepada MH.
Hana dan Syed ditemui sebaik selamat disatukan di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur pada pagi Sabtu.
Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Ismail Dahwan.
Sementara itu, Syed atau nama sebenar, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 27, pula berkata dia tertarik dengan kecantikan dan keperibadian Hana sehingga terbuka hati untuk menyunting wanita berkenaan menjadi isterinya yang sah.
“Antara ciri-ciri yang buat saya tertarik dengan Hana ialah budi bahasanya yang sangat tinggi malah dia antara orang yang suka pergi ke majlis-majlis ilmu.
“Bercakap mengenai perbezaan usia, itu tidak menjadi masalah, Rasulullah SAW dan isteri baginda juga mempunyai perbezaan usia, saya jadikan sebagai contoh.
“Pada awal perkenalan, saya tak sangka usianya 36 tahun malah ingat dia sebaya sebab wajahnya cantik, tidak menggambarkan umur sebenar,” kata Syed.
Bercakap mengenai perancangan bulan madu, Syed berkata dia dan isteri akan terbang ke Sabah dahulu dalam masa terdekat sebelum berkunjung ke Mesir bagi membawa Hana bertemu bapanya yang menetap di sana.
“InsyaAllah dalam masa terdekat, kami akan ke Sabah ada program dakwah (alang-alang berbulan madu) dan kalau tiada halangan kami akan mengerjakan umrah serta berkunjung ke Mesir untuk bertemu dengan bapa saya yang tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan kami.
“Saya juga merancang untuk bawa isteri bertemu dengan saudara-mara yang lain di Mesir,” katanya.
Terdahulu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 28 Oktober lalu di kediaman keluarga Hana di Johor Bahru.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Nampak Cliff Ada Perubahan Yang Besar, Ayu & Ashira Pun Lebih Baik,” – Datuk Syafinaz Komen Soal Prestasi, Markah Juri Berbeza

Juri jemputan Gegar Vaganza 7 (GV7) bagi pusingan separuh akhir, Datuk Syafinaz Selamat mengakui dia juga tidak menyangka dengan keputusan malam tadi.
Tiada penyingkiran, kesemua tujuh bintang GV7 mara ke pusingan akhir minggu hadapan.
Bagaimanapun, penyanyi dan guru vokal ini menyifatkan apa yang berlaku kerana perbezaan markah yang diberikan barisan para juri yang menilai.
“Bila di dalam sesebuah pertandingan, kita yang duduk di kerusi juri pun, kita tidak tahu berapa orang sebelah (juri lain) kasi (markah).
“Jadi markah-markah itu ialah markah yang personalkan. Kadang-kadang kita sendiri pun akan cakap oh, markah peserta ini di sini? Padahal mungkin saya letakkan dia di atas, juri lain letak di bawah. Jadi tidak tahu.
“Kita sebagai juri pun kadang-kadang memang terkejut,” katanya ketika ditanya Danial mengenai senario kedudukan peserta pada segmen GV Live+ sejurus tamat saingan.
Syafinaz turut memberikan beberapa nama peserta yang menunjukkan peningkatan berbanding persembahan minggu lalu, meningkut pendapatnya.
“Saya tidak melihat penyertaan mereka daripada awal saingan, akan tetapi saya sudah berada di sini pada minggu lepas dan minggu ini, saya nampak Cliff sebenarnya ada perubahan yang besar.
“Mungkin kerana pilihan lagu yang lebih baik kali ini.
“Saya juga nampak Ayu lebih baik minggu ini, malah Ashira pun lebih baik.
“Memang ada perubahan dan kemajuan daripada peserta,” katanya lagi.
Tidak menolak GV musim ini mengejutkan, Syafinaz turut memberi pendapat mengenai apakah kriteria yang perlu ada dalam diri peserta untuk bergelar juara GV7.
“GV kali ini satu kejutan, yang mana saya merasakan ia sangat baik. Pada saya ia lebih seronok kerana adanya elemen kejutan itu.
“Untuk seorang juara, saya rasa dia perlu menarik minat kita untuk melihat persembahan dari mula sampai akhir,” tambahnya.
Terdahulu, Cliff Umar nyaris tersingkir apabila mendapat markah paling rendah di antara kesemua peserta yang tinggal ialah 55.00 peratus.
Sementara Oja sukses menduduki carta markah yang paling atas dengan mengumpul 68.90 peratus.
Selain Syafinaz, seorang lagi juri yang turut diundang bagi mengadili persembahan di samping dua juri tetapnya iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahmi ialah penyanyi, Jay Jay.
Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Manisnya, Yang Single Jangan Cemburu…,” – Peminat Teruja Aksi Gigitan Manja Suami Emma Maembong

Aksi pelakon Emma Maembong dan suami bermanja dalam laman Instagram membuatkan peminat aktres itu turut gembira dengan ‘kemanisan’ hubungan rumah tangga pasangan tersebut.
Menerusi gambar yang dikongsikan Emma atau nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail, 30, suaminya, Muhammad Shazli Azhar dilihat seakan mengacah mahu menggigit dagu Emma.
Perkongsian itu juga turut mengingatkan netizen terhadap insiden di mana anak Emma, Shariq Gabriel yang sebelum ini pernah mengigit ibu saudaranya, pelakon Chacha Maemobong sewaktu sambutan Aidilfitri lalu sehingga mengaitkannya dengan tabiat bapanya yang juga gemar ‘menggigit’.
“Dah tahu mana anak dia dapat tabiat suka gigit orang. Ikut perangai ayah dia rupanya.
“Patutlah anak suka menggigit orang. Mak ayah perangai macam itu,” komen netizen.
Selain itu, aksi manja pasangan ini turut membuatkan ramai pengikut yang masih single ‘makan hati’ dengan muat naik gambar tersebut.
“Manisnya, yang single jangan cemburu.
“Tolong-tolong telefon saya bersemut.
“Nak kahwinnnn,” usik beberapa netizen.
Emma mendirikan rumah tangga dengan Shazli yang merupakan seorang juruterbang, pada 20 Februari 2020 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Emma Maembong
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI