Bintang asal Singapura, Sufie Rashid beberapa hari lalu ada berkongsi foto pra perkahwinan yang dirakam di Melbourne, Australia.

Sedang menghitung detik diijabkabulkan, Sufie dan tunangnya, Nurulain Md Yusof bakal disatukan sebagai suami isteri pada 21 September ini.

Lalu menjelang hari bersejarah mereka, keduanya ada berkongsi foto tersebut menerusi laman Instagram masing-masing.

“Keretapi dah sampai, tok kadi bila lagi?#SAH,” tulis Sufie sambil memberikan kredit kepada semua pihak yang menjayakan sesi pra perkahwinannya itu.

IKLAN

“Siapa cakap nercinta tu semua wangi? #SAH,” kongsi tunangnya pula.

Berikut merupakan antara foto pra perkahwinan mereka berdua;

IKLAN

IKLAN

Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini mengikat tali pertunangan Disember tahun lalu.

Juara Akademi Fantasia 2015 yang popular dengan lagu Aku Sanggup dan Kisah Dua Muka itu mula berkenalan dengan tunangnya yang juga seorang ushawan pada penghujung 2016.

Foto: Instagram Sufie Rashid, Nurulain

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI