Penyanyi Ani Maiyuni mendedahkan dia mengetahui Allahyarham Adibah Noor, 52, sudah lama menderita penyakit kanser ovari tahap empat.
Mula rapat sejak menyertai program Gegar Vaganza 8 (GV8) pada November tahun lalu, Ani bagaimanapun terpaksa merahsiakan perkara tersebut di atas permintaan arwah sendiri.
“Maaf saya terpaksa rahsiakan sebab Kak Dib (Adibah) meminta saya serta beberapa rakan artis yang tahu untuk rahsiakan (penyakitnya).
“Kami tak boleh uar-uarkan yang dia sedang menanggung kesakitan.
“Sebenarnya arwah start sakit selepas habis GV, sejak lepas shooting GV Raya, dia start demam on and off… lama dia warded.
“Pelik juga kenapa dia tak keluar-keluar, ingatkan dia covid tup-tup bila saya tanya dia secara personal, baru dia beritahu dia ada kanser.
“Lepas pembedahan, dia nak rehat dan tak nak terima tetamu serta sebarang undangan persembahan.
“Yang gambar terbaharu dia dekat Instagram tu adalah job pertama dia selepas dia berehat,” kata Ani.
Terdahulu, Adibah dillaporkan meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Ampang sekitar jam 7.40 petang tadi akibat kanser ovari tahap empat.
Berita duka dan mengejutkan ini disahkan oleh rakan artis, Datin Emylia Rosnaida yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal di laman Facebook miliknya.
Jenazah Allahyarham penyanyi Terlalu Istimewa itu dijangka dibawa pulang ke kediaman bapanya di Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur pada malam ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.