Pelakon dan penerbit Darkwave Pictures, Datuk Rafiena Ezanne berlepas ke tanah suci hari ini bagi menunaikan umrah buat kali pertama. Turut mengiringinya ke sana ialah ahli keluarganya yang lain.
Pada kesempatan itu, Rafiena turut menitipkan sesuatu menerusi Instagram.
“Alhamdulillah syukur pada Allah, tahun yang sama #2018 hantar Mama tunaikan umrah. Kemudian tunaikan haji dan kali ini, kita sekeluarga mama, abah, adik, kids tunaikan umrah bersama-sama.
“Terima kasih Allah kerana permudahkan urusan kami,” tulisnnya beberapa jam lalu.
Pada masa sama, Rafiena turut berkongsi beberapa keping foto.
MH sebelum ini pernah menyiarkan artikel mengenai impiannya untuk menunaikan umrah di tanah suci.
Malah hatinya sudah terdetik untuk menjejakkan kaki ke tanah suci selepas mengalami beberapa mimpi.
Foto: Instagram Rafiena