Aduh macam-macam lah netizen ni, ada yang lucu tapi ada juga yang melampau-lampau sikapnya.

Terbaru, Nora Danish kelihatan hilang sabar dengan sikap netizen yang tidak bertanggungjawab tergamak hina bayinya dengan panggilan yang tidak menyenangkan.

Melalui ruangan Insta Stories baru-baru ini Nora berkongsi dua akaun individu yang sering menggelarkan anaknya dengan gelaran ‘shrek’ dan perkataan kesat.

Kata Nora, dirinya sangat terkilan kerana anak kecilnya itu dikutuk hanya kerana wajahnya.

IKLAN

Bukan itu sahaja, Nora turut menjelaskansebagai seorang yang dikenali ramai tidak semestinya dia tiada perasaan.

Dirinya juga sama seperti orang lain malah mereka lebih beremosi dan sensitif kerana dirinya merupakan seorang anak seni.

Dalam pada itu, Nora turut menyentuh sekirannya dia sendiri pernah melakukan apa-apa kesalahan sila tegurnya, tidak perlulah ‘membawang’ dan meminta mereka di luar sana fikirkan bagaimana sekiranya ia terkena kepada mereka sendiri.

Nora juga telah menggunakan hashtah #thishastostop kerana dirinya sudah penat lalui benda seperti ini walaupun dirinya masih kuat!

Aduh kasihan Nora, memang jarang betul kita tengok Nora respon terhadap benda-benda seperti ini tetapi MH percaya mungkin kerana Nora sudah tidak tahan lebih lagi apabila bayinya yang tiada salah menjadi mangsa keadaan individu yang tidak bertanggungjawab!

Kalau kami pun akan lakukan perkara yang sama. Ibu mana yang suka dan gembira bila anak mereka menjadi bahan ejekan dan buli oleh orang ramai kan?