
Pelakon popular, Fasha Sandha telah meraikan ulang tahun hari jadi anaknya, Raysha Jemyma yang ke-4 tahun semalam.
Momen indah itu turut dikongsikan Fasha di Instagramnya.
Bertemakan warna-warna lembut (putih & merah jambu), Jemyma kelihatan sangat comel dan gembira meraikan saat-sat indah itu.
View this post on InstagramKanak2 riang sungguh. ❤️ #jemymaturns4
A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on
Turut hadir bersama, bekas suami Fasha, Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai.
Lantas, netizen turut memberi ucapan kepada birthday girl dan memuji sikap professional antara Fasha dan Jejai meski mereka sudah bercerai dua tahun lepas.
Foto : Instagram Fasha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ummi Nazeera Jadi Pembaca Berita, Netizen Puji Tak Kekok – “Suri Berhenti Jadi Cikgu Sebab Nak Move On.”

Pelakon, Ummi Nazeera tampil membuat kemunculan istimewa sebagai pembaca berita saluran Astro Awani, tengah hari tadi.
Kemunculan tersebut diadakan bersempena tayangan episod akhir drama yang sedang hangat diperkatakan ketika ini, Andai Tiada Dia malam ini.
Menerusi laporan tersebut, Ummi turut memaklumkan drama tersebut bukan sahaja telah mencetuskan fenomena di Malaysia tetapi juga di Indonesia.
Ummi dilihat tenang dan anggun mengenakan blazer berwarna coklat terang saat menjalankan tugas selaku pembaca berita.
Klip berita tersebut turut dikongsikan di seluruh platform media sosial, Astro Awani.
Netizen Kagum Ummi Nazeera Baca Berita
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan kemunculan tersebut selain turut memuji usaha Ummi yang tidak kelihatan kekok saat membacakan berita.
“Wah, mantap Ummi Nazeera.
“Eh, Suri jadi pembaca berita.
“Lepas Falah dah tiada, Suri berhenti jadi cikgu. Tukar jadi pembaca berita pula sebab nak move on.
“Aku stop scrolling dan tengok video Awani ni. Kenapa cantik sangat pembaca berita. Rupanya Ummi Nazeera.
“Ingatkan pembaca berita Awani tadi. Rupanya Ummi Nazeera. Superb la. Ada bakat jadi pembaca berita,” antara komen-komen netizen.
Selepas bersiaran selama 35 episod, episod terakhir Andai Tiada Dia bakal ditayangkan malam ini di saluran Astro Ria, jam 10 malam.
Selain Ummi, drama ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Hisyam Hamid, Mimi Lana, Alicia Amin dan Zahiril Adzim.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Astro Awani & Ummi Nazeera
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebab Kau Cuma Suka Cari Salah Orang,” – Minta Betulkan Hidup Sendiri Dulu, Suhaimi Saad Sekolahkan Netizen Gara-Gara…

Tular di laman sosial apabila Suhaimi Saad menyatakan pendirian untuk tidak menghantar anak ke sekolah seterusnya menolak vaksin.
Ada di kalangan netizen yang kecewa dengan keputusan bekas anggota kumpulan nasyid In Team ini.
Kata mereka, ibaratnya si bapa telah memperjudikan nasib anak-anak.
Tampil membuat kenyataan menerusi laman Facebook, jelasnya, manusia hanya gemar mencari kesalahan orang lain sehingga lupa menjaga agama dan hidup sendiri.
“KALAU ORANG TAK PERGI SEKOLAH, Korang kecam. Tak sayang anak katanya..kan?
“ORANG TAK PERGI MASJID, Tak solat jamaah di surau, Kau tak kecam pulak ek??
“Sebab apa?
“Sebab..Kau dengan anak anak kau pun tak pergi masjid. Kecuali hari Jumaat dengan sembahyang raya je.kan?
“Orang kalau kaki masjid,dia takde masa nak kecam kecam orang ni. Dia tau tu dosa.
“ORANG TAK MENGAJI, Kau tak kecam kan..?
“Sebab? Kau pun malas mengaji….Bila last kau baca Quran? Cakap!
“Kalau selalu baca Quran, Akhlak pun kena la macam Quran..
“ARTIS DAN PEMAIN BOLA TAK TUTUP AURAT, Kau tak kecam pun.
“Sebab? Kau minat bola dan suka tengok artis..
“Tayang aurat tu dosa tau! Walaupun nampak peha je.
“ORANG TAK PERGI MAJLIS ILMU, Kau tak kecam pun lah.
“Itu hak dia”
“Beramal jangan riyak” katanya..
“Sebab?
“Kau pun tak pergi..Tak minat! Tak suka.Boring la..
“Sebab apa tak minat?
“Sebab hati kau keras Roy..!
“Sebab kau cuma suka cari salah orang. Suka tulis keburukan orang. Suka kecam orang. Suka betulkan hidup dan rumahtangga orang.
“Sampai kau lupa nak jaga agama dan betulkan hidup kau sendiri.
“Kau rasa, Bila hidup kau sama macam orang ramai, Kau dah betul sangat. Dah sempurna. Dah confirm anak anak kau berjaya,berakhlak mulia dan masuk syurga.
“Tak betul jugak tu…
“Bawak bawak la insaf Roy (bukan nama sebenar)
“Masa depan kita yang paling jauh dan penting adalah akhirat. Kat dunia ni sekejap je.. Nak hidup berapa tahun..? 50? 100? Takyah nak kecam sangat lah…
“Masing masing betulkan diri dan keluarga masing masing,dah. Solat kau pun tak betul lagi tu,sebab tu akhlak kau ke laut
“Tapi bro, Hidup ni kena seimbang dunia akhirat..wasatiyah..”
“Oo..wasatiyah..Meh ss nak sekolahkan kau.
“Kau tahu tak,Sapa manusia yang paling seimbang dunia akhirat??
“Nabi la..
“Ada kau ikut nabi? Tak..
“Nabi pergi sekolah tak?
“Taaaaaaak?????
#gurautapibetul
– Manusia Pelik,
Suhaimi Saad
Tulisnya lagi, setiap perkara yang tular dan setiap komen yang ditulis haruslah berhati-hati, maklumlah, setiap perbuatan kita dicatat oleh malaikat.
Lalu, ada sebilangan yang menyokong pendirian Suhaimi dan menyatakan netizen terlalu jumud dengan mengatakan hanya sekolah tempat untuk menimba ilmu.
Seorang netizen meninggalkan komen yang cukup terkesan dihati.
Foto: Facebook Suhaimi Saad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Dah Lama Tak Jumpa Anak,” – Setahun Tahan Rindu, Sajat Dalam Sebak Bakal Jumpa Syaza & Syahmi Di Singapura?

Selepas setahun dan kini menetap di Australia, usahawan sensasi Nur Sajat kini dikhabarkan berada di Singapura atas satu program perniagaan.
Keberadaannya di Kota Singa itu difahamkan memberi ruang kepadanya untuk bertemu dengan anak kembar yang dijaga selepas sekian lama tidak berjumpa.
Menerusi satu video yang dikongsikan yang di laman TikTok, Sajat atau nama sebenar, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 37, melahirkan perasaan sedih sejurus berkongsi mengenai perkembangan Syaza dan Syahmi.
Dalam video berkenaan, Sajat dilihat mengalirkan air mata sambil menahan sebak kerana terlalu merindukan mereka.
“Saya dah lama tak jumpa anak. Beberapa jam lagi saya akan jumpa anak… akhirnya saya akan jumpa anak saya. My true love,” katanya.
Rata-rata netizen meluahkan rasa susulan hal tersebut.
Malah, tidak kurang juga yang menasihati Sajat agar tampil menyerah diri kepada pihak berkuasa agar memudahkan urusan di kemudian hari.
Terdahulu, Sajat menjadi buruan pasukan keselamatan Malaysia selepas namanya didakwa terlibat dalam kes mahkamah membabitkan perniagaan yang diasaskannya.
Lantaran itu, Sajat mendapatkan perlindungan ke Australia selepas ‘lari’ ke Thailand seterusnya menggunakan nama Bella ketika berada bersama rakannya di Bangkok.
Usahawan itu juga dikatakan mempunyai kad UNHCR sebagai jaminan tidak ditahan pihak berkuasa.
Sementara itu, menerusi laman Instagram miliknya, Sajat ada memuat naik gambar salah seorang anak angkatnya dalam keadaan tertidur di Insta story.
Bagaimanapun, tiada sebarang penerangan dibuat penyanyi Makhluk Penggoda itu menerusi hantaran terbabit.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI