Uncategorized

[GAMBAR] “Tiada Apa Yang Paling Gembira, Selain Lihat Anak-Anak Bahagia,” Ucapan Dari Hati Si Ibu, Fasha Sandha Buat Jemyma Sempena Hari Jadi, Undang Emosi

Share

Pelakon popular, Fasha Sandha telah meraikan ulang tahun hari jadi anaknya, Raysha Jemyma yang ke-4 tahun semalam.

Momen indah itu turut dikongsikan Fasha di Instagramnya.

Bertemakan warna-warna lembut (putih & merah jambu), Jemyma kelihatan sangat comel dan gembira meraikan saat-sat indah itu.

Turut hadir bersama, bekas suami Fasha, Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai.

Lantas, netizen turut memberi ucapan kepada birthday girl dan memuji sikap professional antara Fasha dan Jejai meski mereka sudah bercerai dua tahun lepas.

Foto : Instagram Fasha Sandha

Published by
Amynur Akmal