Mimi Fly telah memuat naik keratan akhbar tempatan yang memaparkan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Love Yourself Association (LYSA) dan Gerakan Alpha Legacy Enterprise (GALE) membuat laporan polis berhubung video dimuat naik Datuk Aliff Syukri di Instagram.

Ia semuanya berhubung tindakan usahawan selebriti itu yang bertindak memukul anak perempuannya, Qadeja gara-gara membuka tudung.

Lalu, mereka menegaskan isu memalukan di khalayak umum menjadi satu kebiasaan sehingga menyebabkan berlakunya penderaan emosi.

Malah, penyanyi wanita ini turut berkongsi fakta mengenai penyakit mental yang merupakan sakit kedua paling kritikal selepas sakit jantung.

“Petang tadi sambil meeting bersama AJK NGO “Love Yourself Association”, kami memberikan sedikit penjelasan tentang isu public shaming yang sudah makin lama makin menular dalam negara.

Ads

“Jangan kerana nak merancak social media kita terlupa anak2 kita membesar dengan low self-esteem, stress dan “emotionally abused”.

“Mental health dalam Malaysia dah masuk ranking no 2 paling kritikal selepas sakit jantung. Kalau kita ambil mudah sekarang, masa depan anak2 kita yang hancur.

“Tiada siapa suka dimalukan di social media, diejek di sekolah kerana video diviralkan oleh ibubapa sendiri.

Ads

“Nak berkongsi parenting 101 bukan masalah, tapi penting sgt ke nak feed your ego to show the world how u run your life, until u neglect the longterm effects in your children’s life?,” tulisnya panjang lebar.

View this post on Instagram

Petang tadi sambil meeting bersama AJK NGO “Love Yourself Association”, kami memberikan sedikit penjelasan tentang isu public shaming yang sudah makin lama makin menular dalam negara. Jangan kerana nak merancak social media kita terlupa anak2 kita membesar dengan low self-esteem, stress dan “emotionally abused”. Mental health dalam Malaysia dah masuk ranking no 2 paling kritikal selepas sakit jantung. Kalau kita ambil mudah sekarang, masa depan anak2 kita yang hancur. Tiada siapa suka dimalukan di social media, diejek di sekolah kerana video diviralkan oleh ibubapa sendiri. Nak berkongsi parenting 101 bukan masalah, tapi penting sgt ke nak feed your ego to show the world how u run your life, until u neglect the longterm effects in your children’s life? Terima kasih abg Rudy for sharing our movement. Baca lebih lanjut article eksklusif di @hmetromy #stopemotionalbully #stopemotionalabuse #stoppublicshaming #togetherisbetter

A post shared by Mimi Fly (@mimiflyyy) on

Ads

Di ruangan komen, beberapa selebriti lain turut memberikan komen atas tindakannya.[GAMBAR] “Tiada Siapa Suka Dimalukan Di Social Media,” – Rupanya Mimi Fly, Antara Wakil NGO Buat Laporan Polis Perilaku Aliff Syukri

Walaupun ramai yang menyokong, namun segelintir juga meminta agar penyanyi berkenann tidak mencampuri urusan seorang bapa mendidik anaknya.

[GAMBAR] “Tiada Siapa Suka Dimalukan Di Social Media,” – Rupanya Mimi Fly, Antara Wakil NGO Buat Laporan Polis Perilaku Aliff Syukri [GAMBAR] “Tiada Siapa Suka Dimalukan Di Social Media,” – Rupanya Mimi Fly, Antara Wakil NGO Buat Laporan Polis Perilaku Aliff Syukri [GAMBAR] “Tiada Siapa Suka Dimalukan Di Social Media,” – Rupanya Mimi Fly, Antara Wakil NGO Buat Laporan Polis Perilaku Aliff Syukri

Foto : Instagram Mimi Fly

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI