Pengacara dan bintang kecergasan, Nana Al Haleq mengakui dia sudah pun berpisah dengan bekas suami yang dikenali sebagai Aleq lebih setahun lalu.
Katanya seperti yang dipetik Harian Metro, mereka sudah pun berpisah sejak Februari tahun lalu.
“Selepas hampir setahun setengah kami cuba berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga tapi masih gagal menemui jalan penyelesaian.
“Disebabkan itu, kami mengambil keputusan untuk berpisah selepas sudah tidak ada lagi persefahaman,” kata yang berkongsi hidup bersama lelaki berkenaan lebih lima tahun sebelum membawa haluan masing-masing.
Pada masa sama, Nana turut memberitahu, dia sengaja mendiamkan soal status diri memandangkan ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterimanya. Malah, dia turut meminta orang di sekelilingnya agar tidak menghebohkan mengenai perkara tersebut.
Ads
“Lagipun kalau berita ini keluar ketika itu pasti bekas suami berasa tidak selesa. Namun saya rasa tahun ini adalah masa sesuai untuk menjelaskan kekeliruan yang timbul serta tidak mahu pengikut memandang serong terhadap saya.
“Jujur perceraian ini tiada kena-mengena dengan karier seni saya. Apa yang berlaku hanya tiada persefahaman antara kami,” jelasnya lagi seperti yang dipetik.
Terdahulu, Nana dan Aleq mendirikan rumah tangga pada 12 Disember 2012 dan belum tidak dikurniakan zuriat.
‘Wow’! Itu mungkin ekspresi pertama apabila anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B mendedahkan nilai pakaian yang digayakan, baru-baru ini.
Ketika ditemubual menerusi Instagram rasmi Hot FM beberapa hari lalu, Cik B atau nama sebenanrnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin secara spontan menjawab jujur pertanyaan hos perihal setiap inci harga persalinan yang dikenakan.
Kongsinya, setiap pakaian yang digayakan itu ada yang mencecah sehingga ribuan ringgit!
“Hari ni, dari atas sampai bawah berapa Cik B Spend,” tanya hos.
“Okay kasut Cik B pakai ini bernilai RM4,000 hingga RM6,000, seluar pula RM700 ke RM1,500 lah, baju-T ni macam RM50, yang kat luar ini RM1,800.
“Beg silang (jenama Gucci) RM6,800 kot dan bagpack ni psecual, RM10,000 hingga RM18,000,” dedahnya sambil menunjukkan setiap pakaian yang digayakan.
Bagi kaum hawa, fasa putus haid (menopause) adalah satu fasa yang bakal mengubah kehidupan seorang wanita 360 darjah, selain fasa bergelar seorang ibu.
Ini demikian kerana, fasa ini merupakan fasa yang paling sensitif bagi segelintir individu. Begitu juga dengan apa yang dialami olAeh Ratu Rock tanahair, Norzila Aminuddin yang lebih mesra disapa sebagai Ella.
Meski Berdepan Fasa ‘Pra-Menopaus’ ELLA Kekal Bertenaga Atas Pentas!
Menurut Ella, melalui fasa ini bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, dengan persiapan yang selayaknya wanita mampu menghadapinya. Ella turut menitipkan nasihat agar wanita di Malaysia cakna tentang peri pentingnya menjaga kesihatan hormon.
Ketika ditanya bagaimana permulaan Ella terdetik mahu menjalankan rawatan mengekang masalah hormon yang dihadapinya, ini respon yang diberikan Ella.
“Mula tak berapa nak faham sangat pasal hormon ni. Tau-tau kita dah ada masalah je. Ada satu waktu tu, Ella rasa tak sihat mengadu dekat suami. Rasa badan tak selesa, resah dan tak tenang. Suami cadangkan berjumpa dengan Dr. Linda lakukan rawatan.
“Jujurnya Ella dah cuba macam-macam daripada perubatan moden, perubatan tradisional alami dan sebagainya untuk ikhtiar selesaikan masalah hormon ini. Tapi tak dapat penyelesaianya.
“Masa permulaan Ella dapat tau tekanan darah Ella tinggi, Ella tak mahu bergantung sepenuhnya pada ubat sahaja. Bukan Ella nak kata perubatan moden tidak bagus, tetapi untuk kesan jangka panjang tidak digalakkan,” ujar Ella.
Wanita Jangan Ambil Mudah Masalah Hormon! – ELLA
Setelah bertemu Dr. Linda, Ella berkata beliau mencadangkan agar Ella menjalani rawatan Terapi Hormon Bio Identik (BHRT) untuk menyelesaikan masalah ini.
Tambah Ella lagi, keadaan emosi yang tidak menentu disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, memberi impak buruk kepada kesejahteraan dan kualiti hidup. Jadi adalah lebih baik jika tindakan awal dapat diambil segera.
“Ella setuju bahawa rawatan hormon ini tidak memudaratkan dan mengganggu apa-apa pun selain menyembuhkan dan menyihatkan Alhamdulillah.
“Ada diantara kawan Ella yang baru berusia 40-an dah menopaus disebabkan masalah gangguan hormon ini, jadi bila kita dapat tahu awal mungkin dapat membantu untuk mengekang masalah ini dari menjadi lebih teruk,” ujarnya.
Konsisten ‘Kunci’ Utama, Transformasi Ella Hanya Ambil Masa Tiga Bulan Sahaja
Pakar hormon, Dr. Linda Mat Hassin menjelaskan bahawa Ella melakukan transformasi kesihatan hormon miliknya, hanya dalam tempohmasa tiga bulan sahaja.
“Ella sangat konsisten menjalankan rawatan BHRT dan dalam tempoh tiga bulan, kitai sudah dapat melihat kesan ketara yang positif. Bacaan tekanan darah tinggi Ella daripada 190 mulai normal.
“Berat badan Ella bukan saja kembali seperti semasa berumur 30-an, malahan suami turut puji Ella kelihatan awet muda seperti anak dara dulu.” kata Dr. Linda.
Justeru, inilah sebab mengapa Ella tidak segan berkongsikan pengalaman yang dimilikinya.
Tujuan utama perkongsian ini adalah untuk memberi kesedaran awal kepada para wanita diluar sana agar menitikberatkan perihal kesihatan hormon dan tidak memandang enteng tentang permasalahan ini.
Untuk recap, Ella berkata demikian ketika ditemui pada sebuah majlis pendedahan tentang kesihatan hormon yang dinamakan sebagai “Superwomen Hormone Wellness Recognition Ceremony”.
Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan konsistensi, keterbukaan dan inisiatif Ella dalam menyebarluaskan kepentingan penjagaan hormon dikalangan lelaki dan wanita khususnya mereka yang berada dalam lingkungan umur 35 tahun ke atas.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pelakon jelita, Emma Maembong mendedahkan dirinya mempunyai alasan tersendiri mengapa memilih untuk merahsiakan kisah penceraiannya bersama bekas suami, Muhammad Shazli Azhar.
Menurut Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, dia dan bekas suami mahu mengakhiri hubungan mereka secara baik dan fokus utama ketika ini adalah untuk membesarkan kedua-dua anak mereka dengan penuh kasih sayang.
“Pertama sekali, kami ingin berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan ucapan dan doa yang baik-baik. Malangnya,
jodoh kita buat masa ni sampai di sini sahaja.
“Jika dilkutkan, kami tidak mahu mengumumkan penceraian ini kerana tidak mahu memanjangkan isu.
“Namun bagi mengelakkan sebarang fitnah, kami sama-sama bersetuju untuk memaklumkan penceraian ini,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Takdir Itu Milik Aku menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Emma turut berharap agar orang luar tidak membuat sebarang spekulasi bagi menghormati perasaan pihak keluarga.
“Kami berharap semua pihak tidak memanjangkan berita penceraian ini dan tidak mereka-reka cerita yang tidak benar.
“Memandangkan hubungan kami baik-baik sahaja. Apatah lagi, kesihatan mental anak-anak adalah keutamaan kami sebagai ibu bapa,” ujarnya.
Katanya lagi, setiap perkara yang berlaku ini mempunyai hikmah yang tersendiri.
“Bercerai tidak semestinya perlu bermusuh dan bukanlah penamat segalanya. Ajal, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT.
“Kita hanya mampu merancang tapi Allah sebaik-baik perancang. Sekali lagi, kami berdua memohon diberikan ruang privasi agar kami dapat membesarkan kedua anak-anak lelaki kami dengan baik.
“Terima kasih kerana memahami situasi dan keadaan kami. Mohon doakan yg terbaik buat kami sekeluarga,” akhrinya.
Semalam, Emma mengejutkan ramai pihak selepas mendedahkan dia dan suami telah bercerai secara baik.
Kata Emma, dia juga sudah melalui tempoh idah dan memilih merahsiakan berita penceraian tersebut kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.
Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga dengan Shazli pada 20 Februari 2020.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shariq Gabriel, 4, dan Shakil Aryan Shah yang kini berusia setahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Emma Maembong
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Legenda TV dan filem Hollywood, Richard Chamberlain, disahkan meninggal dunia pada hari Sabtu yang lalu di Hawaii akibat komplikasi selepas diserang strok.Menurut jurucakapnya, Harlan...