Pengacara dan bintang kecergasan, Nana Al Haleq mengakui dia sudah pun berpisah dengan bekas suami yang dikenali sebagai Aleq lebih setahun lalu.
Katanya seperti yang dipetik Harian Metro, mereka sudah pun berpisah sejak Februari tahun lalu.
“Selepas hampir setahun setengah kami cuba berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga tapi masih gagal menemui jalan penyelesaian.
“Disebabkan itu, kami mengambil keputusan untuk berpisah selepas sudah tidak ada lagi persefahaman,” kata yang berkongsi hidup bersama lelaki berkenaan lebih lima tahun sebelum membawa haluan masing-masing.
Pada masa sama, Nana turut memberitahu, dia sengaja mendiamkan soal status diri memandangkan ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterimanya. Malah, dia turut meminta orang di sekelilingnya agar tidak menghebohkan mengenai perkara tersebut.
“Lagipun kalau berita ini keluar ketika itu pasti bekas suami berasa tidak selesa. Namun saya rasa tahun ini adalah masa sesuai untuk menjelaskan kekeliruan yang timbul serta tidak mahu pengikut memandang serong terhadap saya.
“Jujur perceraian ini tiada kena-mengena dengan karier seni saya. Apa yang berlaku hanya tiada persefahaman antara kami,” jelasnya lagi seperti yang dipetik.
Terdahulu, Nana dan Aleq mendirikan rumah tangga pada 12 Disember 2012 dan belum tidak dikurniakan zuriat.
Foto: Instagram Nana Al Haleq