Nampaknya bulan pertama tahun ini menyaksikan barisan selebriti kita berkongsi berita gembira.

Mana tidaknya, masing-masing mengumumkan mereka bakal dikurniakan cahaya mata tahun ini.

Perkongsian yang dilakukan menerusi platfrom media sosial itu nyata menggembirakan para peminat.

Ini dia antara barisan selebriti yang membuat pengumuman pada Januari, bakal menimang rezeki zuriat tahun ini, insyaAllah…

Hanez Suraya mengumumkan berita gembira itu pada 31 Disember lalu. Bagaimanapun, dia mulai memberi kenyataan pada media sehari selepas itu.

Katanya kepada MH, dia mengharapkan rezeki cahaya mata kedua yang bakal ditimang ini menjadi suatu permulaan yang baik buatnya dalam hidup, tahun ini.

Ads

Hanez berkahwin dengan usahawan, Romie Razin Aidilha Abd Jais pada 25 Mac 2015 dan telah dikurniakan cahaya mata Putri Aleesya, tiga tahun.

Izreen Azminda

Sementara pelakon sensasi, Izreen Azminda mengumumkan dia kini sedang sarat hamil tiga bulan, selepas lebih setahun berkahwin dengan pemuzik, Ude Wahid.

Menerusi Instagram, Izreen berkongsi berita gembira itu, seminggu lalu.

Ads

View this post on Instagram

SYUKUR ALHAMDULILLAH ❤

A post shared by MADAM IZREEN AZMINDA (@izreen.azminda) on

Berkongsi mengenai situasi dirinya kini, Izreen mengakui mengalami alahan teruk pada awal kehamilan.

“Kali ini, saya alami teruk berbanding saat mengandungkan anak pertama, Muhammad Adrian Umar, yang sudah pun berusia enam tahun,” kongsinya kepada MH.

Anzalna Nasir

Ads

Terkini, pelakon yang juga finalis Dewi Remaja 2010, Anzalna menjadi selebriti terbaru yang mengumumkan dirinya kini hamil anak pertama.

Anzalna berkongsi berita tersebut di Instagram, awal malam tadi.

Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan dia membuat kejutan di hadapan ahli keluarga, lalu diiringi dengan linangan air mata gembira.

Anzalna dan Muhamad Hanif Mohamad Zaki mendirikan rumah tangga pada 22 Februari 2016.

Foto: Instagram Selebriti

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI