Pasangan sama cantik sama padan, Elfira Loy dan suaminya, Faris Khairol Anuar telah mengadakan majlis resepsi buat sekelian kalinya.
Dilangsungkan di Melaka, pasangan tersebut tampak menawan menerusi persalinan tradisional kontemporari dalam rona biru pastel.
Lalu, majlis tersebut mendapat perhatian netizen apabila para tetamu yang hadir turut berkongsi foto sekitar majlis resepsi yang berlangsung 2 Mac lalu.
Malah, El turut memuat naik sebuah video pendek sekitar sesi makan beradab.
Jom tatap beberapa keping foto yang telah dikongsikan peminat menerusi Instagram @elfiraxfaris
Memang segak, cantik mempelai dan meriah majlis sanding mereka. Moga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke jannah, amin.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu dalam majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.
Foto: #elfiraxfaris & Insta stories Elfira Loy