Baru-baru ini penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau sinonim dengan panggilan Tok Ti telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, Tok Ti telah berkongsi gambar anaknya, Siti Aafiyah memakai tudung kanak-kanak.
“Anak bertuah ibu ni laaaaa… #hijabista #ibuhatihatigigiaafiyahnaktumbuh” tulisnya.
Lantas, perkongsian Tok Ti itu telah menjadi perhatian peminat apabila melihat kecomelan Aafiyah yang sangat comel.
Alahai, geram betul dengan kecomelan Aafiyah bila pakai tudung!
Foto : Instagram Tok Ti
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Selepas 32 Tahun Hidup…,” – Pertama Kali Puasa 6 Dan Makan Dalam Talam, Majlis Ilmu Eratkan Saharul Ridzwan & Isteri
Pelakon, Saharul Ridzwan mengakui dia bersama isteri berasa amat rindu untuk menghadiri majlis ilmu yang dikendalikan oleh penceramah popular, Ustaz Ebit Lew yang diberi nama Seminar Keluarga Sunnah.
Jelas Saharul, seminar tersebut telah banyak mengajarnya untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan mengikut sunnah dan syariat Islam.
Katanya lagi, selain makan di dalam talam, tahun ini juga merupakan kali pertamanya dia melaksanakan ibadah puasa 6.
“Rindu dengan suasana macam ni. Seminar Keluarga Sunnah, dengan ustaz @ebitlew, first time isteri saya yang ajak, bersungguh-sungguh dia nak pergi.
“Time tu saya ikutkan je. Dengar je, rupa-rupanya baru tahun ni belajar-belajar wujudkan sunnah kat rumah. Tahun ni first time makan talam dengan isteri. Tahun ni first time seumur hidup puasa 6,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Sabarlah Duhai Hati itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Saharul turut berharap agar dia dan isteri sentiasa dibukakan pintu hati untuk mendalami ilmu mengenai Islam.
“Allah, selepas 32 tahun hidup. Tahun ni, saya pulak ajak dia. Asbab doa orang yang kita sayang. Semoga Allah buka pintu hati kita @deenaemir. Amin Ya Allah.
“Semoga kita terus mendoakan orang yang kita sayang dan seluruh umat. InShaaAllah,” jelasnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat perubahan positif keluarga tersebut selain turut mendoakan semoga Saharul dan isteri akan kekal bahagia hingga ke jannah.
“Moga yang pertama tu buka jalan untuk yang seterusnya. InsyaAllah Amin.
“Alhamdulillah, semoga menjadi asbab kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
“Semoga Saharul sekeluarga istiqamah dalam kebaikan. Amin ya rabbal alamin.
“Bertuah dapat isteri macam Abang Saharul ni. Memang isteri solehah,” antara reaksi-reaksi netizen yang ditinggalkan di ruangan komen.
Untuk rekod, Saharul dan isteri, Qaabila Deena Emir telah pun melangsungkan majlis perkahwinan pada September 2016
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 3 tahun dan Fateema Azzahra, 8 bulan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hentikan Ugutan Bunuh,” – Adik Britney Spears Minta Peminat Tegar Kakak Berhenti Kirim Mesej Ugutan Terhadap Keluarganya
Sejak rakaman suara Britney Spears tersebar mengenai isu conservatorship yang dilaluinya, selebriti itu menerima sokongan yang cukup kuat daripada para peminat dan juga rakan selebriti. Dalam kekecohan isu ini, perihal bapanya yang dikatakan mengeksploitasi kekayaan Britney untuk kesenangan diri sendiri dan keluarganya menyebabkan ramai pihak tidak berpuas hati.
Dikatakan menerima gaji setiap bulan yang dibayar dari wang milik penyanyi popular itu, mereka sekeluarga menerima pelbagai ugutan dengan kata-kata yang kesat sehinggakan ada yang menginginkan kematian berlaku kepada mereka.
Tampil mempertahankan diri, adik bongsu Britney Spears, Jamie Lynn Spears yang turut terkena tempias kerana dikatakan hanya senyap dan tidak bersuara untuk kakaknya memohon agar ugutan yang diterima dihentikan segera. Dalam satu hantaran di Insta-story baru-baru ini dia berkata, “Hi, saya menghormati hak setiap orang untuk bersuara. Tetapi bolehkah berhenti menghantar ugutan bunuh terutama sekali ugutan yang melibatkan kanak-kanak.”
Setelah lama tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai kes itu, dia akhirnya membuka mulut tentang apa yang terjadi kepada kakaknya. Ibu kepada dua cahayamata ini telah dilaporkan menjadi satu-satunya ahli keluarga Britney yang tidak menerima sebarang gaji yang dibayar dari aset milik diva pop tersebut.
Kongsinya, “Saya rasa kakak saya boleh bercakap untuk dirinya sendiri dan luahkan apa yang dia rasa secara umum. Itu bukanlah hak saya untuk bercakap bagi pihaknya dan itu bukan perkara yang betul untuk dilakukan. Tetapi sekarang melihat keterbukaan dan kenyataan yang jelas dari mulutnya sendiri, saya merasakan yang saya boleh mengikut jejak langkahnya yang saya juga boleh meluahkan apa yang saya rasa.”
Wanita berusia 30 tahun ini sebenarnya sudah bergelar anak seni sejak kecil lagi. Bermula dengan lakonan bersama kakaknya dalam filem Crossroads dan kemudian mendapat slot drama bersiri Zoey 101 di Nickelodeon, popularitinya meningkat sebagai pelakon. Namun segala-galanya terhenti apabila dia disahkan mengandung pada usia 16 tahun dan kontraknya bersama siri tersebut dibatalkan. Kini dia kembali aktif dan dalam perkembangan terbaru, dia sedang membintangi drama bersiri ‘Sweet Magnolias’ yang disiarkan secara eksklusif di Netflix.
Sumber: People, Perez Hilton
Sumber gambar: People, Instagram Jamie Lynn
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lebih Baik Kami Duduk Kat Sini Buat Masa Ini,” – 2 Tahun Beraya Di Australia, Raja Ilya Reda Sambut Raya Di Perantauan
Pelakon, Raja Ilya memaklumkan sudah dua tahun tidak dapat pulang dan beraya di tanah air berikutan penularan wabak Covid-19 yang melanda di seluruh dunia.
Di samping meluahkan rasa hiba, Ilya bagaimanapun berharap semoga dia sekeluarga dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri di Malaysia pada tahun hadapan.
“Tahun ni pun Kami Tak dapat nak balik ke Malaysia ,Ini Raya kedua Ilya di sini .. Tapi apakan daya, Tak leh nk buat apa.
“Anyone could be spreading it without realising kan. Mak ilya pun dah berumur and she is so vulnerable. Kalau tak setiap tahun kami dah ziarah pakcik gak.
“Anyway better Kami stay kat sini buat masa ini dan doa banyak banyak supaya tahun depan kita dapat Jumpa.
“Atleast thanks to technology, Nasib ada Video call so Pagi Raya boleh video call Parent’s, Kakak2 dan kawan2 Kat Kampung,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ilya menasihati kepada orang ramai untuk sentiasa menjaga diri dan berkongsi rezeki antara satu sama lain.
“You guys please stay safe okay , and Jangan lupa video call Atok Nenek kat kampung gak.
“Dan Jangan Lupe share juadah Raya ngan pak guard Kat guardhouse juga k, share some love to them as they been working hard caring for our security.
“With coronavirus lockdown and social distancing norms in place, You can wish your near and dear ones through video calls, on social media or text messages.
“COVID-19 spreads very easily. Because people don’t show symptoms for up to two weeks, anyone could be spreading it without realising. When we all stay home, we slow the spread. This protects people who are most at risk.
“Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin dari Kami. #Raya #hariraya #rayacovid #family #lifestyleoflove #covid19 #staystrong #loveyou,” tulisnya lagi.
Link posting
Terdahulu, Ilya mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Trentt Garrett pada 23 Disember 2018 di Perth, Australia.
Foto: Instagram Raja Ilya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI