Siapa sangka dahulunya dia hanyalah seorang gadis biasa yang terkenal melalui media sosial sebagai Instafamaous. Namun kini, rezekinya pula ke dunia lakonan.
Individu yang dimaksudkan ialah Scha Elinnea atau nama sebenarnya Natasha Mohamad Mubeen yang kini semakin dikenali apabila wajahnya sering menghiasi kaca televisyen.
Scha, 19 mula bergiat aktif dalam dunia lakonan menerusi drama Mr.Grey yang popular satu ketika dulu dengan hanya memegang watak sampingan sahaja. Drama tersebut turut dibarisi pelakon seperti Fendy Bakry dan Eyra Hazali.
Anak kelahiran Kedah ini juga mulai dikenali ramai apabila dia memegang watak sebagai Iyan menerusi drama trending satu ketika dulu iaitu Cik Reen & En. Ngok Ngek arahan Hadith Omar.
Pengarah terkenal, Datuk A.Aida ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya beberapa hari yang lalu.
A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang telah memaklumkan bahawa dia bakal berpisah dengan anak keduanya, Wan Az Evanatassha selepas 17 tahun hidup bersama.
Difahamkan, anak kepada kepada pengarah itu bakal melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Alor Gajah, Melaka.
“Hari ini hari yang penuh dengan rasa hiba buat saya sebagai ibu. Sekejap tenang, sekejap agak resah gelisah yang amat. Sungguh… Sukar untuk digambarkan dengan kata apa dalam dada ini.
“Hari yang ‘menyedihkan’ itu akhirnya tiba juga dan kami akan berpisah bumbung selepas 17 tahun dia lahir dari perut saya. Semua ibu akan melalui episod yang saya rasai hari ini. Anak ke-2,@azevanatassha akan secara rasminya berpindah ke Melaka, menyambung pelajaran di sana.
“Tasha yang saya besarkan dengan airmata bersama kakaknya @az_aleesa dan @rahul_a.aida suatu ketika dahulu, Alhamdulillah menunjukkan kecemerlangan dalam pelajaran.
“Anak Mama yang baik, anak Mama yang cantik. Anak Mama yang tidak pernah sekalipun menyusahkan meskipun suatu ketika kehidupan kami bukanlah terus jadi senang. Ketika saya susah, @azevanatasshadan kakaknya @az_aleesa lah yang memberi kekuatan dan bayangkan, hari ini dia akan pergi meninggalkan saya, demi meneruskan kehidupan.
“Pun saya tetap bersyukur kerana dia bakal meneruskan cita-citanya di dalam negara, dan dia memilih untuk mendengar kemahuan saya untuk tidak menyambung pelajaran ke oversea. Pun, rupa-rupanya rasa perpisahan itu tetap sama. Jauh ke, dekat ke, hati ibu ini tetap sangat sayu. Sangat syahdu…
“Pun saya akur. Anak aku ni sudah 18 tahun tau. Dan Tasha bukan lagi kanak-kanak… Dia sudah berhak memilih yang terbaik untuk masa depannya sendiri. Tak apalah Tasha…Mama redho seredho-redhonya walaupun selepas ini Mama tak boleh tengok Tasha depan mata hari-hari.
“Kena tunggu seminggu atau sebulan nak jengok Tasha. Oh! Anakku Tasha…Mama melepaskan Tasha dengan doa yang tidak pernah sedikit.
“Mama membesarkan Tasha menjadi anak yang baik dan berguna untuk membuat kebaikan kepada insan lain. Teruslah menjadi hamba Allah yang tahu bersyukur dan sentiasa berbaik sangka sesama manusia.
“Doa Mama akan selalu ada buat Tasha, sehinggalah ke hujung nyawa Mama. Teruslah menjadi manusia yang baik anakku..Mama Love you so much!#uitmlendu,” tulisnya.
“Alhamdulillah, tumor itu sudah berjaya dikeluarkan dan setiap tahun saya ‘check up…’
Demikian kata pengacara dan pelakon drama siri Liar, Naz Rahman yang mengakui berat badannya ‘hilang’ lebih 14 kilogram selepas menjalani pembedahan membuang tumor dalam perut susulan gastrointestinal stromal tumor (GIST) lebih empat tahun lalu.
Naz atau nama sebenarnya, Nazrudin Habibur Rahman, 44, berkata ekoran keadaan tersebut, ia mengurangkan 15 peratus saiz perutnya yang sekali gus membuatkan berat badannya susut.
“Saya pernah ada tumor di dalam bahagian perut, dah lebih empat tahun dan keadaan begitu juga. Ramai yang tanya kenapa saya kurus, ‘kau ni hisap dadah ker? atau apa’? Tapi dari dulu sampai sekarang ia adalah sebab perut saya dah kurang 15 peratus.
“Jadi bila tibanya bulan puasa, semakin susut berat badan saya sehinggakan ada produksi bertanya adakah saya sakit. Ya memang saya sakit, tapi insya-Allah masih boleh bekerja.
“Alhamdulillah, tumor itu sudah berjaya dikeluarkan dan setiap tahun saya ‘check up’. Tiap tahun bila doktor cakap saya ‘clear’ (bebas dari tumor), saya bersyukur masih dapat bekerja dan berkarya,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Naz turut berharap semoga apa yang dikongsikan ini menjawab persoalan peminat dan rakan industri mengenai status kesihatannya selama ini.
“Jujur saya cakap, saya hilang 14 kilogram. Bayangkan ini baju yang saya pakai ketika berkahwin, siap ‘fitting’ tapi sekarang tengok bahagian bahu dia (sudah jatuh). Semua susut dan saya tak boleh nak tambah berat badan.
“Jadi, mungkin saya nak ambil kesempatan ini untuk peminat dan rakan industri yang bertanya kenapa kurus. Minta maaf saya tak suka nak uar-uarkan tapi sakit ini memang berpanjangan. Saya akan macam ni sampai bila-bila tapi akan terus ceria, insya-Allah.
“Saya sepatutnya makan lima kali sehari tapi hidangan kecil sahaja. Bayangkanlah bila puasa sekarang ini, sahur makan sikit sahaja. Begitu juga bila berbuka,” katanya lagi.
Naz yang sinonim menerusi program Jalan Jalan Cari Makan sebelum ini juga akui dia perlu terus kuat demi isteri, Sheahnee Iman Lee dan tiga cahaya matanya, Zara Aaliyah, Zakry Aiman dan Zayd Aaqil.
“Ini juga merupakan pembedahan saya yang ke 10. Macam-macam lah dugaan dalam hidup ini, akan tetapi apa yang terjadi adalah ujian daripada Allah. Namun macam mana akan reaksi kita terhadap cubaan (ujian) yang dihadapi.
“Jadi saya memang ada pilihan sama ada nak sedih, down, depress… memang patut, tapi demi anak-anak isteri dan keluarga. Semangan itu yang membuatkan saya untuk ambil keputusan mengapa perlu rasa tertekan.
“Saya masih boleh bekerja, saya masih ada nyawa, boleh merasai nikmat kehidupan dan saya masih nak lihat anak-anak saya membesar, jadi saya ambil keputusan untuk positif. Sebab kalau kita nak fikir negatif pun tiada gunanya. Terus cekal, Insya-Allah,” katanya lagi.
Terdahulu, Naz ditemui pada Majlis Berbuka Puasa & Pelancaran Rahsia Gaya Raya Watson di Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ustaz viral, Mukhlis Rosdi memaklumkan berita gembira apabila isterinya, telah pun hamil.
Usia kandungan isterinya kini baru sahaja mencecah lima minggu.
Menyifatkan berita kehamilan isteri merupakan suatu rezeki yang tidak putus-putus dariNya, instafamous yang lebih sinonim dipanggil Ustaz Rock suatu ketika dahu ini turut mendedahkan, isterinya pernah bermimpi dirinya hamil.
“Alhamdulillah rezeki besar tahun ni. Syukur ya Allah di atas rezeki yang tidak putus2. Haritu dia cakap dia mimpi pregnant.
“Harini pergi check Alhamdulillah betul2 pregnant dah 5 minggu dah katanya doktor tu dia kira dari tarikh akad nikah,” tulisnya.
Pada masa sama, Mukhlis turut meminta peminat supaya mendoakan agar semuanya berjalan dengan lancar.
“Bunting pelamin orang tua cakap. Korang doakan perjalanan ini semuanya selamat ya. In sha Allah. Amin ! I love @nazreenazurahijab,” tulis Mukhlis lagi.
Pelakon Riezman Khuzaimi memaklumkan perkembangan terkini mengenai jenazah abang iparnya, Allahyarham Rennie Abdul Ghani yang meninggal dunia selepas terjatuh di laluan Toren, Gunung Rinjani,...