Anakanda Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim berkenan melawat keluarga Allahyarham Zaibo di Rengit, Batu Pahat, Sabtu lalu.
Tunku Tun Aminah bersama suami, Encik Dennis Muhammad Abdullah turut meluangkan masa melawat pusara Allahyarham Zaibo.
Allahyarham atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid, merupakan pelakon veteran dan pelawak, meninggal dunia pada usia 62 tahun akibat kanser esofagus.
Ads
Terdahulu, keberangkatan tiba Tunku Tun Aminah bersama suami disambut oleh isteri arwah, Siti Hawa Sawal.
Tunku Tun Aminah dan suami meluangkan masa hampir satu jam sebelum berangkat pulang.
Sebelum ini, Tunku Tun Aminah pernah melawat Allahyarham di kediamannya setelah membaca kisah pelakon tersebut di laman media sosial.
Ads
Kelihatan ramai yang memuji puteri raja Johor di atas kemuliaan hatinya melawat Allahyarham.
Ads
Zaibo pernah membintangi sitkom Malaysia Spanar Jaya (1999 hingga 2005) serta filem-filem seperti Magika fantasi 2010 dan Awan Dania The Movie pada tahun 2013.
Arwah juga terkenal kerana wataknya sebagai penjual mi rebus dalam sitkom dari Singapura iaitu Under One Roof pada tahun 1990, yang pertama kali disiarkan pada tahun 1995.
Foto: The Royal Johor Facebook
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon versatil, Datin Seri Umie Aida bersama Yayasan Seni Karya Perihatin Malaysia telah menghulurkan sumbangan dengan memberikan beberapa barang keperluan asas kepada 300 pemandu teksi di sekitar ibu kota.
Menerusi perkongsian di Instagram, Umie meluahkan rasa syukur apabila sumbangan yang diberikan itu berjalan dengan lancar.
“Berat sama dipikul.. ringan sama dijinjing. Alhamdulilah..300 pemandu teksi telah menerima sedikit bantuan beras, tepung , minyak masak & roti prata.
“Pendapatan mereka sehari paling tinggi 20 ringgit. Lets malaysian.. sama2 kita berganding bahu hulurkan bantuan . Account yayasan 21233000012249 (rhb bank),” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 48 tahun ini menitipkan ucapan terima kepada orang ramai yang telah menderma untuk memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
“Dan terima kasih kepada yang telah menderma . Semoga sentiasa dalam lindunganNYA dan rahmatNYA. Aamiin #yayasansenikaryaperihatinmalaysia #kitaadakita,” tulisnya.
Kumpulan duo terbaru, The Truth yang dianggotai oleh Irfan Fariz, 21, dan Naufal Isa, 22, menyifatkan, penubuhan kumpulan tersebut ditubuh atas objektif menyampaikan dakwah murni.
Pada masa sama, duo nasyid ini juga optimis untuk menyampaikan mesej-mesej positif menerusi lagu, terus kepada halwa telinga pendengar.
Menurut Irwan Fariz, seni yang mereka hasilkan ini adalah sebagai alternatif dalam penyampaian dakwah selain menerusi ceramah.
“Selepas kami tamat pengajian, kami tercari-cari juga hala tuju hidup kami. Alhamdulillah bakat yang terpendam ketika itu adalah dengan menyanyi.
“Saya dengan dia (Naufal) memiliki chemistry yang agak kuat pada ketika itu. Jadi timbul idea untuk kami tubuhkan duo ini untuk sampaikan apa yang kami mampu.
“Kami mungkin tak mampu untuk beri ceramah sebab belum bersedia atau masih takut-takut lagi untuk menggunakan medium berkenaan.
“Jadi kami pilih untuk sampaikan mesej positif menerusi nyanyian. Kami pilih nama The Truth pun kerana ingin menyampaikan kebenaran,” katanya kepada MH.
Kumpulan yang ditubuhkan sejak Januari 2019 itu ditemui pada majlis sidang media pengenalan The Truth di Sentap Press, Shah Alam pada Rabu.
Dalam pada itu, The Truth turut mendedahkan, mereka sedar akan cabaran yang bakal mereka tumpuhi untuk bergelar penyanyi nasyid turutamanya untuk bersaing dengan genre-genre lain di media arus perdana.
“Kami percaya rezeki itu datang dari Allah SWT. Sudah jelas, cabaran yang sering dihadapi kebanyakan kumpulan nasyid adalah jemputan persembahan.
“Bagi kami pula, The Truth telah pun bersiap sedia dengan ‘back up plan’ iaitu kami turut jayakan projek dengan melancarkan produk sendiri,” jelasnya.
Sementara itu, pengasas Tarbiah Sentap Record, Ahmad Adnin pula turut diminta mengulas mengenai kisah sensasi yang terpalit melibatkan pendakwah bebas kebelakangan ini.
Pada pendapatnya, sesiapa sahaja yang terlibat dalam dunia seni tidak boleh elak daripada perkara tersebut, lebih-lebih lagi dengan perkembangan media sosial kini.
“Kalau nak diikutkan, bukan hanya mereka yang didakwa pendakwah sahaja yang ada isu. Malah, golongan artis arus perdana juga ada kisahnya yang tersendiri.
“Pada akhirnya bagi saya, bukannya isu masalah pendakwah atau artis arus perdana, akan tetapi ia berpunca daripada kita sendiri yang ada kelemahan dan kita bukanlah sempurna.
Terdahulu, The Truth telah pun mengeluarkan single pertama mereka berjudul Cinta Sementara pada Julai dan kini telah pun meraih hampir 500,000 tontonan di Youtube.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terpilih untuk mara ke peringkat seterusnya ketika menghadiri uji bakat Dewi Remaja 2019 pada Sabtu dan Ahad lalu, Instafamous Aina Shuada bersyukur atas pemilihannya.
Meski belum pun dipilih sebagai finalis, namun keupayaannya untuk mara ke peringkat seterusnya dianggap sebagai tuah.
Difahamkan juga, Aina merupakan teman wanita kepada pemain bola sepak kebangsaan, Syazwan Andik dan keduanya sering memuat naik gambar bersama.