Adik beradik popular, Uqasha bersama dua adiknya, Nelydia dan Raysha Rizrose kini sedang menantikan detik menjejakkan kaki ke tanah suci, hari ini bagi mengerjakan umrah.
Turut mengiringi rombongan berkenaan ialah ahli keluarganya yang lain.
Umrah keluarga besar ini disifatkan paling bermakna apabila buat pertama kalinya, ia turut disertai ketiga-tiga pelakon berkenaan.
Uqasha memberitahu, dia tidak mahu memikirkan soal remeh temeh apabila menunaikan umrah kelak.
Sebaliknya, dia hanya mahu beribadah di samping berdoa di hadapan kaabah, memohon keampunan dariNya.
“Saya tak nak fikir soal lain, apa yang bakal difikirkan orang lain. Lebih gemar untuk saya fokus dengan umrah, di samping berdoa supaya menjadi insan yang lebih baik selepas ini,” katanya kepada MH.
Menerusi Instagram, ketiga-tiganya ada memuat naik beberapa foto sebelum berangkat ke Mekah.
“Kepada rakan Instagram, maafkan segala salah dan silap, doakan perjalanan saya dan keluarga saya ke tanah suci menunaikan umrah berjalan lancar, insyaAllah,” tulis Raysha.
Semoga mendapat umrah yang mabrur dan semoga perjalanan pergi dan pulang kalian dipermudahkan, amin.
Foto: Instagram Nelydia, Raysha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI