Pelakon Ammar Alfian dan isteri, Nelissa Nezam telah selamat mengadakan majlis tahnik untuk bayinya, Kyro Shakur malam tadi.
Malah, penceramah bebas, Datuk Dr Ustazah Fatma El-Zahraa Mohd Ramadan turut sama memberikan manisan ke dalam mulut Kyro.
Perkara itu dikongsikan Nelissa menerusi Insta Storiesnya.
Selain itu, Kyro kini sudah pun memiliki lebih 6,000 pengikut di Instagram miliknya.
Terdahulu, Nelissa dan Ammar yang juga pelakon filem Paskal mendirikan rumah tangga pada Mac 2016.
Pasangan ini dikurniakan seorang bayi lelaki, Kyro Shakur yang dilahirkan pada 31 Julai lalu.
Foto : Instagram Nelissa Nezam/Kyro Shakur
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Khabar Duka Kehilangan Anak Seni Yang Cukup Berbakat Ini…,” – PM
Berita kematian penyanyi dan usahawan, Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia akibat COVID-19 pada Isnin, turut dirasai oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menerusi hantaran di instagram, Muhyiddin menzahirkan ucapan takziah kepada suami Allahyarham Siti Sarah, Shuib Sepahtu seisi keluarya.
“Takziah saya ucapkan kepada Encik Shahmira Muhamad atau Shuib Sepahtu atas pemergian isteri tersayang, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, yang meninggal dunia akibat COVID-19 awal pagi ini.
“Khabar duka kehilangan anak seni yang cukup berbakat ini meninggalkan suami, empat anak termasuk seorang bayi dalam keadaan Allahyarham bertarung nyawa di hospital, amat memilukan.
“Bukan sahaja ahli keluarga dan para peminatnya, bahkan seluruh rakyat Malaysia termasuk saya turut bersedih.
“Semoga ahli keluarga dan sahabat handai Allahyarham tabah menghadapi detik-detik yang mendukacitakan ini.
“Marilah kita berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solehah,” tulisnya.
Muhyiddin pada masa sama turut mendoakan agar seluruh rakyat sentiasa dilindungi Allah setiap masa.
“Semoga Allah SWT terus melindungi dan memberi kekuatan kepada kita semua untuk berjuang memerangi pandemik ini. Insya-Allah.
“Ya Allah, ampunilah, rahmatilah dan redailah mereka yang telah terkorban akibat virus berbahaya ini. Moga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan moga keluarga yang ditinggalkan terus kuat mengharungi hari-hari mendatang. Al-Fatihah,” ujarnya lagi.
Terdahulu, jenazah Siti Sarah selamat dikebumikan selepas Zohor di Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak, kira-kira pukul 1.20 petang tadi.
Ia selepas Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Chanselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), sejak Khamis akibat tahap oksigen yang tidak stabil.
Lalu, Allahyarham terpaksa ditidurkan dan doktor perlu mengeluarkan bayi dalam kandungan yang ketika itu berusia tujuh bulan atau pra-matang.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Rasa Macam Nak Peluk Jer Tubuh Badan Kak Long,”- Amelina Terima Komen Berbaur Lucah Gara-Gara…
Penyanyi dangdut, Amelina telah berkongsi satu video ketika dia sedang membuat rawatan badan menerusi akaun Instagram miliknya.
Lantas, perkongsian Amelina atau nama sebenar Norazlina Amir Sharipuddin telah menerima komen berbaur lucah dari netizen.
“Wowww seksi sangat dan mantop sangat dan gebu sangatlah body Kak Long Amelina nie saya rasa macam nak peluk je tubuh badan Amelina tuuu”tulis individu tersebut.
Namun, penyanyi yang terkenal dengan lagu Memori Daun Pisang itu telah memadam entri tersebut.
Alahai, netizen pun tidak baik untuk memberi komen yang berbaur lucah kepada artis atau sesiapa pun. Barangkali Amelina hanya sekadar mahu berkongsi aktiviti harian bersama peminatnya.
Foto : Instagram Amelina
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
#MHGlobal Tahniah! Pada Usia 53 Tahun, Datuk Shah Rukh Khan Terima Anugerah Kedoktoran
Baru-baru ini bintang Bollywood terkenal, Datuk Shah Rukh Khan telah menerima anugerah kedoktoran oleh University Of Law in London.
Pelakon yang terkenal dengan filem Kabhi Khushi Kabhie Gham itu telah berkongsi berita gembira itu menerusi di akaun Twitter miliknya.
“Thank u for the honour @universityoflaw & my best wishes to the graduating students. It will encourage our team at @MeerFoundation to strive ‘selfishly’ to share more.”tulisnya.
Thank u for the honour @universityoflaw & my best wishes to the graduating students. It will encourage our team at @MeerFoundation to strive ‘selfishly’ to share more. pic.twitter.com/IBI1I6UlFY
— Shah Rukh Khan (@iamsrk) April 4, 2019
Di samping itu, Shah Rukh Khan telah titipkan ucapan terima kasih kepada pihak universiti yang telah memberi penganugerahan tersebut kepada dirinya.
Dalam pada itu, peminat kepada bintang Bollywood yang berusia 53 tahun telah mengucapkan tahniah kepada Shah Rukh Khan.
MH juga ingin mengucapkan ucapan tahniah kepada Shah Rukh Khan kerana telah menerima anugerah kedoktoran tersebut.
Foto : Twitter Shah Rukh Khan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI