Gosip cinta di antara ahli kumpulan BTS, V dan anggota kumpulan Blackpink, Jennie makin bertiup kencang selepas tersebar gambar terbaharu menunjukkan kedua-duanya menghabiskan masa bercuti bersama di Pulau Jeju, Korea Selatan baru-baru ini.
Menerusi gambar yang tersebar, V atau nama sebenar, Kim Taehyung, 27, dilihat mengucup mesra dahi penyanyi wanita berusia 26 tahun itu.
Dalam beberapa siri gambar itu, V dan Jennie dilihat mengunjungi tokong tarikan pelancong serta melawat zoo mini di kawasan tersebut.
Kebanyakan peminat kedua-dua selebriti popular itu percaya koleksi gambar kali ini adalah asli dan bukan diedit oleh mana-mana pihak.
Malah, kedua-dua agensi pengurusan mereka iaitu Big Hit Music dan YG Entertainment masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi sama ada menafikan atau mengiakan perkara tersebut.
Kebiasaannya, mengikut ‘pop culture’ di Korea, syarikat pengurusan akan segera mengeluarkan kenyataan rasmi sekiranya keluar mana-mana gosip atau berita tidak benar mengenai artis mereka.
Sebelum ini juga pernah tersebar gambar ‘mirror selfie’ kedua-duanya dipercayai diambil di hadapan lif kediaman V di Seoul.
Mengikut rekod, Jennie sebelum ini pernah menjalinkan hubungan istimewa dengan Kai daripada kumpulan EXO dan G-Dragon daripada Big Bang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cukuplah Sepasang jubah, Memadai Sehelai Baju Kurung,” – Liza Abdullah Sederhana, Beraya Dengan Cucu Sulung!
Pelakon Liza Abdullah mengakui Syawal yang disambut tahun ini lebih bermakna dengan kehadiran cucu sulungnya, Nadine Alya meski memilih untuk menyambutnya secara sederhana di Kuala Lumpur.
Pemenang kategori Watak Antagonis Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) Ke-34 ini berkata, keutamaan dalam apa jua perkara termasuk sambutan raya lebih kepada anak.
“Saya tidak kisah perihal berganti baju sendiri. Yang penting baju raya anak. Untuk saya sendiri cukuplah sepasang jubah atau memadai sediakan sehelai baju kurung.
“Tahun ini memang saya teruja lain macam sebab bertambah meriah dengan kehadiran cucu,” katanya.
Liza ditemui di majlis Seikhlas Hati dan ST Rosyam Mart, baru-baru ini.
Berkongsi mengenai juadah lebaran, bintang drama 7 Hari Mencintaiku ini beruntung kerana bekas suami terlibat dalam katering.
“Baik ketika raya mahupun hari biasa, saya memang jarang memasak. Macam sebelum ini, rezeki Allah berikan bekas suami bekerja dalam katering.
“Sekarang lagi mudah kerana boleh order secara dalam talian. Secara tak langsung ini boleh membantu kawan lain yang berniaga.
“Cuma saya tahu, kalau diri ini memasak mesti hasilnya sedap. Bukanlah nak cakap besar. Saya juga seorang yang mengikut sukatan untuk memasak sejak dahulu lagi. Saya jenis tak pandai untuk agak-agak seperti orang lain,” katanya.
Liza pada masa sama, turut menyatakan rasa syukur apabika rezeki lakonannya terus murah meski sudah empat dekad bergelar pelakon.
“Dengan bakat kurniaan Tuhan ini, saya beroleh rezeki. Tidak pernah terfikir mengenai anugerah. Saya ikhlas dan bekerja keras demi kelangsungan hidup dan membesarkan anak.
“Saya percaya kalau ikhlas dan buat yang terbaik, orang akan cari kita. Biar nama kita meniti di bibir orang. Akhirnya, hasil kerja kita yang berbicara, bukan populariti yang datang dan pergi.
“Saya berpegang kepada prinsip tak perlu kongsi apa-apa pun secara terbuka termasuk di media sosial. Termasuklah kalau rasa dikhianati, kena tipu dan sebagainya,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] “Kami Rai Aidilfitri Dengan Menziarahi Makam Rasulullah, Masjid Di Madinah Dan Kemudian…,” – Lisa Surihani
Pelakon, Lisa Surihani yang kini berada di tanah suci bagi mengerjakan umrah dan menyambut kedatangan 1 Syawal di sana ada menitipkan ucapan istimewa buat para peminatnya.
Mengharapkan agar umrah yang dikerjakan mabrur di samping keluarga tersayang, Lisa turut mendoakan agar umat Islam turut berpeluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci.
“Assalamualaikum wbt, kami sekeluarga ingin mengucapkan Salam Aidilfitri , Maaf Zahir dan Batin.
“Buat pertama kali, kami meraikan Aidilfitri dgn menziarahi makam Rasulullah saw dan masjid2 di Madinah dan kemudian menziarah dan menjalankan umrah di Makkah in shaa Allah Amin.
“Semoga dipermudahkan perjalanan , urusan, dan dalam mengerjakan ibadah. Moga kami semua diberikan kesihatan untuk melaksanakan ibadah. Moga kami semua dikurniakan umrah yang mabrur.
View this post on InstagramA post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on
“Dengan rendah diri, saya sangat bersyukur, kali pertama saya ke sini adalah bersama suami, ibu dan juga anak-anak. Tiada kata-kata yang cukup utk menggambarkan perasaan ini.
“Saya doakan moga anda semua dijemput ke sini oleh-Nya. Amin,” tulisnya menerusi salah satu posting di Instagram.
View this post on InstagramA post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on
Foto: Instagram Lisa Surihani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bercucuran Air Mata Puteri Sarah, Merayu Pada Syamsul; “Saya Juga Ada Keinginan Nak Bahagia, Rasa Kasih Sayang. Jadi Lepaskan Saya.”
Pelakon Puteri Sarah menerusi perkongsian video terkininya di Instagram dilihat mengalirkan air mata sambil menyatakan isi hati susulan sudah tidak tahan berdepan dengan masalah rumah tangganya yang berpanjangan.
Puteri Sarah atau nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin akui mahu memulakan hidup baharu sekaligus gus berharap agar suami, pengarah Syamsul Yusof dapat melepaskannya dengan cara baik.
Bercucuran Air Mata Puteri Sarah, Merayu Pada Syamsul; “Saya Juga Ada Keinginan Nak Bahagia, Rasa Kasih Sayang. Jadi Lepaskan Saya.”
“Sarah dah penat bergaduh dan berlawan dengan lelaki narsistik macam ni. Semua doakan Sarah supaya saya dilepaskan dan diceraikan dengan cara yang baik.
“Kepada Mohd Shamsul, kalau awak nak ambil semua harta-harta awak, awak ambil. Saya tak nak. Saya ada kaki dan tangan, saya boleh bekerja tapi hak anak-anak jangan diabaikan.
“Saya sudah terlalu penat, dah berapa tahun tak dilayan sebagai isteri, tak mendapat kasih sayang. Saya juga ada keinginan nak bahagia, merasa kasih sayang.
“Jadi lepaskan saya dan bagi saya move on untuk cari kehidupan saya macam yang awak cakap sebelum ini saya berhak cari kebahagiaan saya sendiri. Jadi lepaskan saya.
“Saya dah penat berlawan dengan awak. Jadi, awak nak menang, awak menanglah Mohd Shamsul. Nanti jawab di akhirat,” katanya.
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun menerima lebih sejuta tontonan di Instagram disusuli dengan berbelas ribu komen ditinggalkan peminat dan rakan artis.
Sementara itu menerusi hantaran berbeza, Sarah turut menjelaskan dia memadam posting terdahulu bukan kerana takut, tapi penat berdepan dengan isu krisis rumah tangganya.
Malah dia juga mahu perkahwinannya yang dianggap toksik bersama suaminya itu berakhir dengan segera.
Imbas kembali, Puteri Sarah dan syamsul bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI