Baru-baru ini, pelakon dan pelawak, Zizan Razak ada memuat naik entri terbaru di Instagram miliknya.
Gambar yang diambil oleh pembantu Zizan itu memaparkan pelakon tersebut tertidur keletihan di tengah-tengah set pengambaran Abang Long Fadil 3 sambil lengkap dengan vest kalis peluru.
Dalam pada itu, entri tersebut turut disertakan dengan luahan hati yang mungkin telah lama disimpan oleh pelawak tersebut.
“Assalamualaikum. Gambar ini diambil oleh assistant saya dan saya baru perasan tadi ade dalam gallery saya. Sejujurnya ini gambar waktu berkerja dan saya pun tak perasan saya boleh tertido ketika shooting.
“Mungkin terlalu penat fizikal. Tetapi mental saya tidak pernah mengalah untuk terus berjuang dan berkarya.
“Dan gambar ini juga membuatkan saya terfikir tentang masyarakat yang tidak bertanggungjawab membocorkan filem kita yang tidak menghargai penat lelah kami sebagai anak seni dalam berkarya.
“Jadi bermula harini belajarlah untuk ada perasaan bertanggungjawab dan belas kasihan,” tulisnya.
Sementara itu, Zizan turut mengakui kesibukan kerja adalah punca mengapa dia mempunyai kurang masa untuk dirinya sendiri terutamanya dalam mencari pasangan.
“Dan gambar ini juga membuatkan saya tersedar juga kenapa saya tiada masa untuk diri saya apatah lagi untuk berpasangan.
“Mungkin soalan “bila nak kahwin??” Terjawab buat mereka yang sentiasa bertanya.
“Jadi dibulan yang mulia ni sama samalah kita berdoa demi kebaikan kita bersama dan demi masa depan yang baik buat semua. I love all of you. Love u so much. Love u more,” jelasnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis tersentuh dengan perkongsian Zizan itu.
Malah, mereka turut meminta supaya pelakon Abang Long Fadil itu meluangkan masa untuk berehat.
Terdahulu, Zizan kini sedang sibuk menjayakan pengambaran filem Abang Long Fadil yang kini memasuki edisi yang ke-3.
Sumber/Foto: Instagram Zizan Razak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Hollywood kehilangan satu lagi bintang lagenda apabila pelakon terkenal Val Kilmer dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 65 tahun.
Menerusi laporan eksklusif oleh The New York Times, pemergian aktor yang dikenali menerusi filem Top Gun dan Batman Forever (1995) itu disahkan oleh anak perempuannya, Mercedes Kilmer.
Menurut Mercedes, ayahnya menghembuskan nafas terakhir akibat radang paru-paru pada hari Selasa, 1 April (Waktu Amerika Syarikat). Untuk rekod, Val Kilmer pernah didiagnosis menghidap kanser tekak pada tahun 2014, namun dilaporkan berjaya melalui proses pemulihan.
Kilmer, yang sebelum ini agak menyepi dari dunia seni, pernah membuat kemunculan awam yang jarang sekali berlaku pada acara anjuran TwainMania Foundation sekitar Jun 2019.
Kemunculannya itu mendapat perhatian ramai, apatah lagi ditemani oleh anak lelakinya yang ketika itu berusia 23 tahun, Jack Kilmer.
Penampilan terakhir Val Kilmer menerusi filem Top Gun.
Val Kilmer sempat membuat penampilan istimewa dalam filem sekuel yang dinantikan ramai, Top Gun: Maverick, bergandingan semula dengan sahabat baiknya Tom Cruise. Filem tersebut yang disiarkan pada 2022 mendapat sambutan hangat.
Dalam sebuah temubual pada tahun 2018, Tom Cruise menyifatkan peluang bekerjasama semula dengan Kilmer sebagai satu pengalaman yang sangat “istimewa”. Momen mereka dalam filem tersebut dikatakan sangat menyentuh hati para penonton.
Setelah bertahun-tahun menjadi buah mulut ramai mengenai tahap kesihatannya, Kilmer akhirnya membuka cerita tentang perjuangannya menentang kanser tekak dalam sebuah temubual bersama The Hollywood Reporter pada Disember 2017.
Dek penyakit tersebut beliau menjalani pelbagai prosedur, termasuklah prosedur pada trakea yang menyebabkan suaranya menjadi serak dan kesukaran untuk bernafas.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kakak kepada selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa iaitu Noor Nabila mengakui dia berasa sebak dan terharu saat adiknya itu diijab kabulkan pada pagi, Sabtu.
Menurut Nabila,37, dia juga gembira melihat Neelofa akhirnya menemui kebahagiaan yang dicari selama ini bersama suami tercinta, Haris Ismail atau sinonim disapa Pencetus Ummah (PU) Riz.
“Melihat adik saya yang sudah bertahun-tahun saya jaga, jadi housemate… akhirnya dia rasa kebahagiaan yang dia cari selama ini.
“Saya rasa sangat sebak dan terharu kerana akhirnya Neelofa boleh bahagia macam orang lain dan kawan-kawan dia serta adik-beradik yang lain,” kata Nabila selepas selesai majlis akad nikah selesai.
Neelofa, 32, sah bergelar isteri kepada Haris Ismail dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.43 pagi, Sabtu di Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Majlis yang diadakan mengikut SOP dan bertemakan rona putih itu dihadiri ahli keluarga, rakan terdekat pasangan mempelai.
Antara rakan selebriti rapat yang turut hadir meraikan majlis akad nikah pasangan berkenaan seperti Awal Ashaari, Scha Alyahya, Hanna Delisha, Izara Aishah, Shalma Aina dan Datuk Rizalman.
Dalam pada itu, Nabila yang juga baru mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 19 Mac lalu turut memberi pesanan kepada pasangan pengantin tersebut.
Nabila berharap Neelofa dan PU Riz akan menempuh alam perkahwinan dengan penuh kesabaran serta sentiasa ada untuk satu sama lain.
“Selamat pengantin baru. Sebagai kakak, saya nak ucapkan… banyak-banyak bersabar… kena tempuhi alam perkahwinan dengan penuh kesabaran. Tapi apa sahaja masalah yang anda berdua akan hadapi, jangan putus asa.
“Paling penting, kena sentiasa ada untuk satu sama lain… susah dan senang,” ujarnya lagi.
Pelakon terkenal Korea Selatan, Kim Bo Ra disahkan telah bercerai dengan suaminya yang juga pengarah filem, Jo Ba Reun, kurang daripada setahun selepas mendirikan...