Penyanyi remaja, Ismail Izzani mengakui ada cuba untuk menghubungi rakan artisnya, Haqiem Rusli berhubung sekeping foto viral yang menyaksikan seorang lelaki baring sekatil dengan seorang wanita yang dikatakan mirip kepada penyanyi berkenaan baru-baru ini.
Katanya, dia sendiri terkejut dan tidak sangka gambar sedemikian boleh wujud dan mulai tular menerusi Twitter.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Bidadari itu percaya individu tersebut bukanlah Haqiem seperti yang disangka sesetengah pihak.
“Berkenaan dengan tersebut, saya melihat ramai yang cuba mencari kesalahan, lebih-lebih lagi selebriti. Bukan saya seorang yang pernah lalui, tetapi ramai lagi.
“Malah saya sendiri pun akan ada banyak perkara yang perlu lalui selepas ini. Harapnya rakan-rakan dalam industri yang sama lain lebih berhati-hati insyaAllah dan saya mendoakan yang terbaik buat mereka,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai isu gambar tular berkaitan Haqiem Rusli lagi, Ismail menjelaskan agak jarang menghubungi Haqiem.
“Saya tidak tahu kesahihannya dan saya sendiri jarang untuk hubungi dia. Jadi saya tak boleh nak cakap sama ada ia betul atau pun tidak.
“Sebab saya sebagai orang tengah atau netizen sendiri bila dapat tahu benda tu saya terkejut dan harap bukan dia.
“Saya pun dapat gambar tu menerusi Twitter dan kemudian sudah tentu saya terkejut sebab saya sendiri tak sangkalah akan ada gambar sedemikian. Saya hanya harap itu bukan dia,” jelasnya.
Namun selepas foto tersebut mulai viral, penyanyi muda terbabit ada cuba untuk menghubungi Haqiem.
“Saya sendiri cuba untuk hubungi Haqiem bagi mendapatkan kepastian tapi dia mungkin perlukan masa sendiri kot. Tapi bagi saya itu bukan dia kot, insyaAllah,” kongsinya lagi.
Dalam perkembangan lain, Ismail kini sedang sibuk menyiapkan projek album sulungnya yang dijangka akan berada di pasaran pertengahan tahun ini.
“Lima buah single terdahulu turut akan dimasukkan di dalam album berkenaan dan selebihnya merupakan lagu baru.
“InsyaAllah ikutkan perancangan album sulung saya itu nanti akan mempunyai 10 atau 12 buah lagu,” akhiri Ismail yang turut tersenarai sebagai Top 20 bagi kategori Artis Baru MeleTop di Anugerah MeleTop Era 2019.
Balu kepada Allahyarham pelawak, Abam Bocey iaitu Nor Hidayah Mohd Ali meminta doa yang baik-baik buatnya dan anak sejurus prosiding di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.
Hidayah pada masa sama turut meluahkan rasa leganya.
“Doakan yang baik-baik untuk saya dan anak saya. Saya dah rasa lega dah,” kata wanita berusia 33 tahun ini ketika diminta mengulas mengenai kemenangannya berhubung kes saman fitnah terhadap adik iparnya, Syed Ali Puteh yang difailkan dua tahun lepas.
Memetik Gempak, peguam yang mewakili Nor Hidayah, Mohamed Ibrahim Mohamad berkata, kemenangan itu sekali gus telah membersihkan nama serta reputasi keluarga Hidayah.
“Alhamdulillah mahkamah hari ini memberikan keputusan yang mana ia berpihak kepada anak guam kami.
“Tuntutan keluarga arwah Abam dan Ali terhadap anak guam saya, Nor Hidayah telah ditolak dengan kos.
“Manakala, tuntutan kami terhadap Ali telah dibenarkan dengan kos juga, ganti rugi RM60,000 telah dipersetujui oleh mahkamah untuk dibayar kepada Hidayah.
“Kami percaya keputusan ini telah membersihkan kata-kata negatif yang dilemparkan kepada anak guam kami dan berharap selepas ini tiada lagi.
“Sebelum ini ada kenyataan dibuat seolah-olah ada pihak dianiaya oleh anak guam kami tapi hari ini mahkamah telah menjelaskan bahawa tiada berlaku sebarang penganiayaan, sebaliknya yang dianiaya adalah anak guam kami,” katanya.
Kontroversi mula tercetus apabila Nor Hidayah memfailkan saman terhadapnya sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.
Saman yang dibuat Nor Hidayah itu antaranya mendakwa Ali mengambil harta Abam Bocey dan harta anak yatim.
Antara tuduhan lain yang difailkan terhadapnya dan keluarga adalah tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.
Pada 27 Ogos 2020, Ali memfailkan saman terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan disahkan meninggal dunia pada 10 Februari 2020.
Nor Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam pada 8 Disember 2017.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia tiga tahun.
Sementara itu, Hidayah menerusi Instagram arwah suami turut berkongsikan perasaan berhubung hal berkaitan.
“Alhamdulillah syukur pada Allah, kes saman hakim putuskan kemenangan kepadaku. Syukur pada Allah.
“Terima kasih kepada peguam kami, mak, abah, anakku hamzah, adik-beradik famili & rakyat Malaysia yang mendoakan kami sekeluarga. Amin,” tulisnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kejayaan konsert ulang tahun ke-30 OAG yang berlangsung pada 25 Disember lalu menjadi detik terakhir perjalanan karier buat pemain drum mereka, Qi Razali yang nekad mengambil keputusan untuk berundur daripada kumpulan itu.
Menerusi akaun Twitter miliknya, Qi atau nama sebenar, Qushairi Mohammed Razali Wong, 46, berkata dia berbuat demikian adalah demi kebaikannya sendiri.
“Okay, enough OAG, Qi is me again.
“Saya dah berfikir masak-masak dan buat keputusan.Itu (konsert ulang tahun ke-30 OAG) adalah persembahan terakhir saya untuk OAG.
“Pilihan jalan hidup yang mendorong aku buat keputusan ini.Band tu tetap akan terus wujud, jangan risau.Kekuatan band itu bukan pada drummer.So boleh sahaja ganti mana-mana pun.
“Pilihan aku adalah untuk kebaikan aku.Kalau kalian support kerjaya aku, sokonglah langkah aku kali ini,” tulis Qi.
Qi yang juga merupakan seorang pelakon dan pengacara turut memuat naik status mengatakan 2023 adalah tahun untuk dirinya menjadi seorang yang lebih ‘mementingkan diri sendiri’ dan enggan bercampur dengan individu yang berperangai toksik.
“Jangan tanya kenapa aku buat keputusan ni.Aku ada hak.Ini hidup aku.Aku pilih jalan hidup aku.Lu stay lu punya lorong okay?
“Adakah sebab aku ni terlalu lembut sampai orang pijak aku?Tahun ni takde lagi ok?Kalau aku kerek atau nampak macam aku pentingkan diri sendiri, ya, aku pentingkan diri aku tahun ni.Bye bye toxic people.Shoo… shoo.. go away,” tulisnya lagi.
Selain Qi, OAG yang popular dengan lagu Slumber dan 60’s TV ini turut dianggotai vokalis, Radhi, Nizam (gitaris), Nazrin (bassist), Izmir (keyboardist) dan Ammal Bellamy selaku gitaris dan vokalis sampingan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...