[GAMBAR] Wow Belaka! Ini Fesyen Yang Digayakan Selebriti Saat Meraikan AME2019, Siapa Paling Letop?

Share

Anugerah Meletop 2019 (AME2019) telah pun yang telah melabuhkan tirainya semalam menyaksikan Siti Nordiana dan Khai Bahar masing-masing mengungguli kategori Artis Top Top MeleTop Wanita dan Lelaki.

Namun selain senarai pemenang yang menjadi perhatian, fesyen dan penampilan selebriti yang hadir meraikan majlis anugerah tahunan itu turut mencuri tumpuan.

Jadi, jom ‘stalk’ antara gaya serta fesyen menarik yang dikenakan selebriti lokal kita menerusi anugerah tahunan tersebut yang telah dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil.

Bertemakan Glam, AME 2019 bersiaran secara langsung pada jam 9.00 malam semalam dan disiarkan di saluran Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Ria HD (123) dan Maya HD (134).

Foto: Instagram Selebriti

Published by
Rafiq Mazlan