
Super model terkenal dunia, Bella Hadid telah pun mengikuti Neelofa di Instagram, awal malam tadi.
Sebelum ini, kedua-duanya bertemu di dalam sebuah majlis eksklusif yang diadakan di ibu kota untuk sebuah jenama jam tangan.
Selain Neelofa, turut sama berpeluang untuk mengisi masa bersama adik kepada model, Gigi Hadid itu ialah Scha Alyahya dan beberapa jemputan kenamaan lain.
Pertemuan di antara Neelofa dan Bella turut diperkatakan ramai, apatah lagi apabila aksi antara model terlaris dunia tahun ini itu mencuba hidangan nasi lemak kini juga mulai viral di media sosial.
Malah, difahamkan Neelofa merupakan satu-satunya selebriti tempatan yang diikuti Bella di Instagram sejurus pertemuan keduanya. Hebat bukan?
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nah, Ini Senarai Pemenang Era Digital Music Awards 2018 (EDMA2018)!

Sebentar tadi telah berlangsungnya ERA Digital Music Awards 2018 (EDMA2018) yang bersiaran langsung menerusi laman Facebook ERA.
Tidak lengkap sebuah acara atau anugerah kalau tiada pengacara, oleh itu Nabil Ahmad telah menjadi pengacara EDMA 2018.Kelakar habis!
Bukan itu sahaja, EDMA 2018 juga turut dimeriahkan bersama dengan persembahan oleh artis yang hebat-hebat seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Alif Satar, Ara Johari, Haqiem Rusli dan ramai lagi.
Senarai pemenang EDMA 2018 yang diumumkan malam ini dinilai sepenuhnya dari pengundian peminat-peminat ERA yang bermula 31 Disember 2018 sehingga 23 Januari 2019 melalui laman web edma.era.je.
EDMA 2018 menyaksikam saingan sengit antara penyanyi yang berpengalaman dan penyanyi-penyanyi baru yang sedang mencipta nama termasuk yang terkenal di media sosial.
Sebanyak 7 kategori yang dipertandingkan untuk EDMA 2018 dan kesemua pemenang telah diketahui. Berikut adalah senarai pemenang untuk EDMA 2018.
1.Lagu Paling Viral
Haqiem Rusli – Selamat Tinggal Sayang
2.Muzik Video Paling Lit
Zizan Razak – Kau Takkan Tahu
3.Penyanyi Kolaborasi Terbaik
Haqiem Rusli & Aman Ra – Jatuh Bangun
4.Penyanyi Paling Lit Di Media Sosial
Khai Bahar
5.Temubual Terbaik Carta ERA 40
Haqiem Rusli
6.Penyanyi Pilihan Deeja
Ariff Bahran
7.Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 40
Alif Satar-Sesungguhnya
Setiap pemenang EDMA 2018 menerima sebuah trofi sebagai tanda kejayaan mereka,yang disumbangkan oleh jenama ERA dan penaja,Deeja Cosmetic.
Pihak MH mengucapkan tahniah kepada semua pemenang EDMA 2018 dan semoga kita berjumpa lagi ditahun hadapan!
Foto : Instagram ERA
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Antara ‘Bebelannya’, Dia Selalu Pesan Kepada Saya, Jangan Makan Perut Banyak Sangat…,” – Dhanial

Anak kepada pelakon Allahyarham Ridzuan Hashim, Muhammad Dhanial, 29, akan merindui bebelan arwah bapa buat selama-lamanya.
Menurut Dhanial, ayahnya disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung juga selalu mengingatkannya agar tidak terlalu kerap makanan berasaskan perut.
“Antara ‘bebelannya’, dia selalu pesan kepada saya supaya jangan makan perut banyak sangat memandangkan dalam keluarga memang mewarisi sakit jantung,” katanya.
Ketika ditanya mengenai rancangan pernikahannya yang sepatutnya turut dihadiri oleh arwah bapa, Dhanial tidak dapat menahan sebak sambil akui persiapan sudah pun giat dilakukan.
“Semuanya dah disiapkan (tiket penerbangan ke Tawau dan pakaian).
“Dia sempat berjumpa tunang saya, cuma tak sempat berjumpa keluarganya yang menetap di Tawau,” katanya lagi.
Berkongsi mengenai hari-hari terakhir bersama, Dhanial memaklumkan bapanya ingin lakukan aktiviti sendiri, berbeza kerana sebelum ini, Ridzuan memerlukan bantuan sokongan untuk bergerak.
“Sebelum ini, dia memang akan minta bantuan saya kalau nak bangun atau buat apa-apa. Tapi, minggu terakhir ini, dia nak buat semuanya sendiri.
“Pagi tadi misalnya, dia macam susah nak bangun. Selalunya, dia yang bangun paling awal. Jadi, bila saya kejut dia sekitar jam 7 pagi dan dia belum bangun, saya siapkan sarapan.
“Lebih kurang jam 11 pagi, kami bersarapan bersama dan ketika itulah dia terjatuh dan tak sedarkan diri,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan berita pemergian pelakon yang turut aktif bergelar model itu selepas disahkan oleh bekas isterinya yang juga pelakon, Didie Alias.
Selain Dhanial, perkahwinan Ridzuan dan Didie dikurniakan empat cahaya mata lain sebelum berpisah pada tahun 2002.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semuanya Bermula Apabila Babah Mengadu Demam Dan…,” – Hamdan Senario Ditidurkan, Anak ‘Update’ Keadaan Terkini

Anggota kumpulan Senario, Hamdan Ramli terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru sekitar jam 6.00 petang, pada Ahad akibat jangkitan kuman dalam darah.
Bagaimanapun, anaknya iaitu Muhamad Syazreen Haqem, 24, tidak meyangka apabila bapanya perlu diidurkan susulan dia tidak pernah mengalami penyakit kronik sebelum ini.
Lapor Harian Metro, Syazreen yang juga anak ketiga pelawak itu berkata, bapanya juga hanya tersenyum apabila doktor memaklumkan dia akan ditidurkan.
“Doktor juga meminta saya ajar babah (panggilan untuk bapa) mengucap dua kalimah syahadah,” katanya.
Tambah Syazreen, sebelum itu bapanya ada mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan oksigen.
“Kami berada di Johor Bahru kerana babah terbabit dengan program bersama kumpulan Senario yang sepatutnya berlangsung malam ini.
“Semuanya bermula apabila babah mengadu demam dan mengalami cirit-birit sejak semalam dan kami sangkakan dia mengalami keracunan makanan.
“Namun, selepas dibawa ke hospital, babah mengalami sesak nafas dan doktor beritahu ada jangkitan kuman dalam darahnya hingga terpaksa ditidurkan,” katanya.
Mengulas keadaan bapanya, kata Haqem, dia juga membuat panggilan video bersama ahli keluarga dan anggota Senario untuk memaklumkan keadaan bapanya sebelum ditidurkan.
Dia dan keluarga bagaimanapun lega apabila doktor beritahu keadaan bapanya stabil ketika ini.
“Kami juga tidak tahu berapa lama babah akan ditahan di ICU dan ditidurkan.
“Justeru, kami sekeluarga memohon orang ramai termasuk rakan artis yang mengenali babah untuk sama-sama mendoakannya sembuh dengan segera,” katanya lagi.
Terdahulu, Hamdan berada di Johor Bahru sejak semalam kerana terbabit dengan program bersama kumpulan Senario iaitu Wonderful Night with Senariounion, malam ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI