
Cuba bayangkan kalau wajah selebriti lelaki kesayangan anda berubah wajah menjadi wanita.
Kisahnya, terdapat satu aplikasi yang boleh menukar wajah seseorang menjadi jantina berlainan.
Susulan itu, beberapa wajah selebriti lelaki popular tanah air seperti Zul Ariffin, Zizan Razak, Shaheizy Sam dan ramai lagi bertukar wajah mereka.
Paling lucu adalah foto terakhir yang menyaksikam usahawan kosmetik, Nur Sajat berubah menjadi lelaki.
Di ruangan komen, kelihatan ramai yang terhibur dengan foto-foto tersebut.
Alahai, ada sahaja apps yang pelik-pelik kan. Apa-apapun, MH pasti ramai yang terhibur dengan foto-foto tersebut.
Ends
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Yang Sedang Bercinta, Kahwinlah Time PKP Ni. Jimat & You Tak Lonely,” – Kaka Azraf

Penyanyi, Kaka Azraf menyifatkan banyak kelebihannya sekiranya setiap pasangan memilih untuk berkahwin ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Selain menjimatkan, Kaka turut mendedahkan perkahwinan sukurang-kurangnya dapat menghilangkan rasa sunyi terutamanya ketika menempuh detik sukar ini.
“Bak kata kak @iramohdamin, seronoknya PKP dengan pasangan. Yup, true. Selain sakit hati dengan partner kita, seronok jugak buat benda-benda bodo bersama HAHA . Masa ni lah dapat luang masa yang banyak dengan pasangan kita.
“I sarankan kepada mereka yang sedang bercinta, kahwin lah time PKP ni. Jimat and you tak lonely.
“Slide untuk tengok activity bodo kami. #wrestling wehh! HAHAHAHA
Sorry sayang, i had to post this @helloadamazriff,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dimuat naik oleh penyanyi lagu, Gila itu menerusi entri terkini di laman Instagram miliknya.
Malah, Kaka turut dilihat berkongsi beberapa video memaparkan telatah lucunya bersama suami.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut terhibur melihat perkongsian pasangan suami isteri tersebut.
Terdahulu, Kaka telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Adam Azriff pada tanggal 14 Disember 2018.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah pun dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada Oktober tahun lalu.
Sumber: Instagram Kaka Azraf
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Beli Alat Ujian Kehamilan Beberapa Hari Sebelum Buat Persembahan Di Lagu Cinta Kita 2,” – Sarah Cerita Reaksi Shuib

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin mendedahkan suaminya yang juga pelawak dan penyampai radio, Shuib teruja apabila melihatkan perubahan fizikal dirinya yang seolah-olah sedang hamil.
Malah, Shuib turut meminta Sarah untuk melakukan ujian kehamilan sendiri di rumah.
“Dia gembira dan terus beli alat ujian kehamilan beberapa hari sebelum saya buat persembahan di program Lagu Cinta Kita 2. Saya faham dia teruja.
“Kemudian bila tengok hasilnya, dia terus cakap saya hamil. Tapi rupanya tidak sebab yang muncul hanya satu garis.
“Saya tidak letak harapan (hamil lagi), tapi saya tidak menolak kalau Dia bagi rezeki zuriat,” katanya.
Ditanya mengenai perubahan berat badannya hingga menimbulkan spekulasi di kalangan peminat, penyanyi lagu Manis ini menjelaskan ia berpunca kesan perubahan hormon serta pengambilan ubat-ubatan yang diambil sejak dua tahun lalu.
“Saya mengalami perubahan hormon yang agak ketara sekali gus alami peningkatan berat badan secara mendadak. Jujurnya, situasi ini berlaku lebih dua tahun lalu iaitu ketika saya berdepan masalah anxiety.
“Sejak itu, saya mula sedar berat badan meningkat lebih 20 kilogram. Spekulasi ramai yang mengatakan saya hamil adalah tidak betul. Apa pun, terima kasih kepada peminat yang peka dengan perubahan fizikal saya.
“Saya juga tidak tahu untuk beri reaksi bagaimana apabila ada yang sangka saya mengandung.
“Walau bagaimanapun, saya sayangi diri ini dalam apa sahaja rupa bentuknya,” katanya yang sedang proses untuk kembali mendapatkan berat badan ideal.
Sarah ditemui pada sidang media single terbarunya, Terakhir Buat Teman yang turut menampilkan Hazama.
Melodi indah yang diciptakan Allahyarham Lok U atau nama sebenarnya Faizal Uzir pada awalnya adalah untuk mengenang kedua orang sahabatnya yang pergi mengadap Ilahi terlebih dahulu.
Single tersebut dicipta oleh Lok U bersama Aji sebagai tanda mengenang Allahyarham Kelly yang terlebih dahulu pergi meninggalkan mereka.
Tidak sempat lagu tersebut disiapkan, Aji meninggal dunia dan Lok U ketik itu cuba menyiapkan lagu tersebut, namun beliau juga pergi mengadap Illahi pada 22 Januari 2020.
Seterusnya, Indigital Music proses pembikinan diteruskan Genervie bersama Emi gitarist sementara lirik oleh Rudy Imran.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Muka Dia Tak Senyum Sebab…,” – Aidil Aziz Dedah Puncanya!

Pelakon Aidil Aziz ada berkongsi foto terkini bersama isteri, aktres Fasha Sandha menerusi posting terkininya di Instagram.
Hadir temani isteri tercinta ke program Maharaja Lawak Mega (MLM) musim terbaru, pelakon itu turut memaklumkan si isteri yang tidak senyum dalam foto yang dirakam kerana rasa gementar.
View this post on InstagramA post shared by Aidil Aziz. (@itsaidilaziz) on
“My wife jadi juri untuk Hot Seat Maharaja Lawak Mega 2019. Muka dia tak senyum sebab dia nervous.
“Harap persembahan best dan kelakar malam ni. Good luck kepada semua peserta,” tulisnya.
Lalu menerusi ruangan komen, para peminat turut memberikan pelbagai reaksi.
Sementara itu, ibu kepada dia cahaya mata turut berkongsi foto sama, memberi kredit kepada semua pihak yang terlibat dalam menata riasnya hari ini.
Jelas Fasha, untuk minggu ini dia diundang sebagai juri jemputan program tahunan itu di samping Datuk David Teo dan Sabri Yunus.
Maharaja Lawak Mega 2019 bakal membuka tirainya setiap hari Jumaat mulai 1 November 2019, jam 9.00 malam selama 11 minggu berturut-turut dan bersiaran secara langsung di Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124) dan distrim melalui platform Astro GO dan On Demand untuk pilihan lebih fleksibel.
Antara barisan peserta yang akan menjayakan MLM 2019 terdiri daripada dua peserta solo dari Indonesia, Rahmet dan Popon, serta sembilan peserta berkumpulan.
MLM kali ini membawakan satu episod istimewa, ‘Maharaja Lawak Mega 2019 – Kerusi Panas’ atau ‘Hot Seat’ yang akan bersiaran seminggu lebih awal hari ini, langsung di saluran Astro Warna dan Warna HD yang mana akan menyaksikan 12 peserta lawak berentap untuk meraih kedudukan di pentas utama MLM 2019.
Foto: Instagram Fasha Sandha, Aidil Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI