Di zaman media sosial ini, kuasa viral dapat menjadikan seseorang itu terkenal dalam sekelip mata tidak kira sama ada perkara tersebut baik atau tidak.
Baru-baru ini, seorang gadis telah tular di media sosial selepas dikatakan memiliki raut wajah persis gabungan selebriti terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Mira Filzah.
Pemilik nama Qasrina Karim, yang juga seorang model muslimah itu mula mendapat perhatian apabila fotonya menggayakan tudung untuk sebuah jenama mula viral di laman Twitter.
Pelakon, Nazim Othman tampil menjelaskan mengenai khabar angin yang mengatakan dirinya kini sedang menjalinkan hubungan cinta bersama selebriti terkenal, Janna Nick.
Jelas Nazim, hubungannya bersama Janna memang akrap namun, tidak lebih sebagai seorang sahabat.
“Kami tiada apa-apa hubungan istimewa. Hubungan kami sentiasa baik dan selesa sesama sendiri. Dalam dunia ini, memang ada segelintir individu yang kita memang boleh rapat begitu sahaja.
“Ada sesetengah orang, kita kena jumpa berkali-kali dahulu, baru ada keserasian. Saya dan Janna sentiasa jujur dengan diri sendiri dan kami selalu berkongsi rasa serta nasihat.
“Hubungan tersebut berlaku secara semulajadi tanpa sebarang apa-apa paksaan,” katanya kepada MH.
Nazim berkata sedemikian ketika ditemui media di majlis pertunjukan fesyen, Rizman Ruzaini Fall Winter 2023 dan Raya 2023 baru-baru ini.
Dalam pada itu, pelakon drama Ratu Ten Pin ini berharap agar persahabatannya bersama Janna akan kekal sampai bila-bila.
“Tiada istilah ‘friendzone’ di sini kerana tiada sebarang percubaan pun untuk membawa hubungan ini ke peringkat seterusnya.
“Jodohkan kami sebagai sahabat yang baik. Saya sangat menghargai Janna dan dia juga memahami saya. Saya sifatkan dia sebagai seorang yang baik, kuat dan tabah.
“Saya hormati dan kagumi setiap kualiti yang ada pada Janna. Mungkin kualiti-kualiti yang ada pada saya juga boleh dia ikuti dan hargai,” kongsinya lagi.
Ketika ditanya adakah dia sudah bersedia untuk memulakan perhubungan yang baru, Nazim akur dengan segala ketentuan Illahi.
“Ketika ini, saya masih lagi single. Saya sudah mencapai tahap di mana kini saya tidak lagi mencari (pasangan), berharap dan menanti.
“Namun, andai kata ada sesuatu perhubungan yang berlaku disebabkan kuasa Allah dan Dia mahu menghantarkan kepada saya seseorang, saya terima dengan hati yang terbuka,” ujarnya lagi.
Jelas Nazim lagi, dia juga sudah banyak banyak belajar tentang soal kehidupan daripada kisah rumah tangganya yang terdahulu.
“Saya dah semakin matang dan lebih tenang. Saya dah tak macam dulu lagi yang terkejar-kejar banyak perkara ketika masih muda.
“Saya banyak fikir perkara-perkara yang tak patut diperbesarkan. Perkara-perkara seperti ini yang membuatkan hubungan saya yang terdahulu gagal. Hal tersebut pun sudah berlaku.
“Saya juga doakan yang terbaik untuk dia (bekas pasangan). Dari pihak saya pula, saya banyak belajar. Kalau tanya orang-orang di sekeliling pun, mereka tahu saya dah lain. Lain dari segi yang baik.
“Cara saya menguruskan sesebuah isu pun tidak sama dengan dahulu,” akhirinya.
Baru-baru ini, kecoh di laman sosial apabila Janna dan Nazim dikatakan sedang menjalin hubungan cinta selepas aktres tersebut memuat naik gambar mereka keluar bersama di laman Instagram.
Sekadar informasi, Nazim berkahwin dengan pelakon Bella Dally pada 10 September 2016, namun bercerai pada 17 Mei 2018.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerima ‘lamaran’ dari golongan lelaki menerusi mesej untuk menjadi menantu, penyanyi Nourul Depp mengakui dia rasa keliru sama ada lamaran tersebut diluahkan kepadanya atau anak, Ayu Nazirah.
Akan tetapi, lamaran yang diterima ditolak mentah-mentah anak gadisnya yang berusia 21 tahun itu.
Malah, lamaran tersebut membuatkan penyanyi Kerana Terluka ini terhibur.
“Kami tak larat nak gelak. Ni nak meminang kami ka, nak meminang anak kami ? Hahahaha.
“Kami tau lah kami nampak dua beradik (acewah mak dia perasan muda) hai awak. Saya takutlah awak hahahaa .
“Jangan main main chek oi. Sat lagi bapak dia pendekar johor tu naik angin sat lagi kami tak tau.
“Tu belum lagi pendekar perancis keluaq. Hahaha.
“Tapi manis lah adik ni. Tak tau dia minat mak ayu ka, atau ayu ahhahaha. Mai lah jaid anak angkat. Toksah jadi menantu. Ayu bagi jawapan kata fail sebab panggil mak dia “awak” hahahahha.”
Jelas bintang ini lagi, dia berharap agar pemuda ini tidak berputus asa biarpun lamaran ditolak
“La ni no senang sungguh. Zaman cyber. Nak mengorat kat twitter kat ig kat fb. Nak mintak anak dara orang pun mesaage direct mak anak dara hahahaha comey hang ni adik oi. Qeja programmer. Not bad! .
“Jangan kecewa tengok jawapan @ayu_ace ya. frust dia sat lagi. Jangan terjun bangunan na . Anak kami biasa ja na. .
Peminat teater pastinya berasa sedikit kecewa apabila teater muzikal berskala besar, Muzikal Puteri Gunung Ledang terpaksa dibatalkan penganjurannya.
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pihak penerbit, Enfiniti Sdn Bhd, dengan berat hati mereka terpaksa mengambil keputusan tersebut selepas meneliti beberapa aspek.
“Sebagai sebuah syarikat yang sentiasa komited dalam seni persembahan, kami percaya bahawa ‘the show must go on’.
“Namun begitu, dalam masa yang sama, kami tidak mampu menolak ada masanya keadaan sebaliknya akan berlaku.
“Setelah meneliti kesemua pilihan yang ada, kami dengan berat hati memaklumkan bahawa Muzikal Puteri Gunung Ledang yang sudah lama dirancang terpaksa dibatalkan,” kata kenyataan media tersebut.
Dalam pada itu, pihak Enfiniti yang amat menghargai sokongan para peminat akan memulangkan semula wang pembelian tiket secara berperingkat kepada mereka yang telah membelinya.
“Kepada semua pemegang tiket, kami amat menghargai sokongan dan timbang rasa anda. Berikutan pembatalan ini, kami akan mengembalikan bayaran pembelian tiket secara berperingkat bermula 1 Julai 2022 hingga 31 Disember 2022.
“Dalam jangka masa 14 hari, anda akan menerima emel daripada kami berhubung butiran dan tindakan lanjut mengenai pemulangan bayaran secara online.
“Bayaran pemulangan akan dilakukan secara sistematik bersama agensi tiket, justeru, kami mohon anda untuk bersabar sepanjang proses ini berlangsung,” katanya.
Sebelum ini, Muzikal Puteri Gunung Ledang sepatutnya dipentaskan di Istana Budaya dari 3 Julai hingga 3 Ogos 2020 namun ia ditangguhkan akibat penularan pandemik Covid-19.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
RPM Beri Amaran: Henti Jual Rakaman Haram Konsert Wings!
Pengarah Urusan Rumah Produksi Merah (RPM), Datuk Eddy Amir Salim, memberi amaran keras kepada pihak tidak...