Di zaman media sosial ini, kuasa viral dapat menjadikan seseorang itu terkenal dalam sekelip mata tidak kira sama ada perkara tersebut baik atau tidak.
Baru-baru ini, seorang gadis telah tular di media sosial selepas dikatakan memiliki raut wajah persis gabungan selebriti terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Mira Filzah.
Pemilik nama Qasrina Karim, yang juga seorang model muslimah itu mula mendapat perhatian apabila fotonya menggayakan tudung untuk sebuah jenama mula viral di laman Twitter.
Qasrina, 22, merupakan seorang penuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris.
Wah, memang cantik betul Qasrina ni! Pandang berkali-kali pun wajah Mira dan Tokti tetap juga akan kelihatan. Agak-agaknya dah berpunya ke belum ye?
Foto: Instagram Qasrina Karim