[GAMBAR] Wow! Penampilan Terbaru Datin Seri Nina Juren, Kini Berambut ‘Blond’

Share

Bagai tak dimakan usia, pelakon senior, Datin Seri Nina Juren tampak anggun menerusi penampilan terbaru.

Popular dengan drama Dia Semanis Honey, pemilik penuh nama Haznina Juren Haniff ini kini tampil dengan gaya rambut yang diwarnakan perang putih keemasan.

Menerusi gambar yang dikongsikan di Instagram, Nina, 48, yang berkunjung ke rumah pelakon, Nelydia Senrose sempat merakam foto bersama.

Malah, antara selebriti yang turut hadir sama seperti Bella Dally, Adeline Tsen dan Syamim Farid.

Sekali gus, foto yang dikongsi mencuri perhatian ramai.

Menerusi ruangan komen, rakan selebriti turut memberikan komen.

Foto : Instagram Nina Juren

Published by
MH