
Penyampai radio Sinar yang juga pelawak senior, Salih Yaacob telah pun menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 57, semalam.
Menariknya, foto yang dikongsi akaun Instagram stesen radio Sinar, majlis ulang tahun itu tambah berseri apabila ia turut diraikan tiga orang isterinya!
Lalu, foto tersebut mendapat perhatian yang rata-ratanya kagum dengan keharmonian rumah tangga selebriti berkenaan.
Pada masa sama selain diberikan dedikasi ucapan hari jadi, ada juga peminat secara bergurau minta diturunkan ilmu mencari jodoh.
Foto: Instagram Sinar.my
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Sudah Menerima Dua Dos Vaksin Jenis Sinovac,” – Selepas 2 Tahun Bersuara, Ellie Suriaty Ikut Cakap Suami

Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty Omar mendedahkan dia sudah lengkap dua dos vaksinasi jenis Sinovac pada Oktober dan November tahun lalu.
Menurut Ellie, keputusan untuk melengkapkan dua dos vaksinasi adalah kerana menghormati permintaan suaminya, pelakon Azri Iskandar.
“Saya bukan seorang antivaksin. Saya ambil vaksin lain seperti BCG, polio dan sebagainya. Mengenai vaksin Covid-19, saya cuma suarakan pendapat saya. Tak salah untuk saya suarakan pendapat.
“Saya sudah menerima dua dos vaksin jenis Sinovac. Saya ambil vaksin kerana suami. Azri sudah bagi saya masa selama dua tahun untuk saya bersuara mengenai vaksin dan wabak ini serta menyokong saya.
“Jadi apabila suami memberikan arahan, saya mengikutinya kerana saya respek suami saya. Memang ‘berperang’ kejap, tapi dia suami saya, saya kena ikut cakap dia atas rasa hormat. Anak saya juga sudah mendapatkan vaksin.
“Sebab utama saya adalah kerana suami. Apa-apa yang terjadi, dia akan tanggung. Kedua, dia juga tahu saya sayangkan industri seni. Dia tahu saya sedih jika saya tak dapat bekerja dalam dunia seni, jadi saya menurut kata suami,” katanya.
Pengarah filem Penanggal ini ditemui di majlis pelancaran filem Telaga Suriram arahan Osman Ali di The Majapahit, Mont Kiara sebentar tadi.
Ellie dilantik sebagai jurulatih lakonan untuk karya yang dibintangi oleh Farid Kamil, Maya Karin, Nabila Huda dan Scha Alyahya itu.
“Ini adalah kerjasama kelima dengan Osman. Sebelum ini, saya pernah jadi ‘acting coach’ untuk filem Ombak Rindu, Pilot Cafe, Kau Yang Satu dan Langsuir.
“Saya baru sahaja balik dari Sarawak menjadi ‘acting coach’ untuk teater Puteri Santubong. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan kini saya memberikan fokus untuk filen Telaga Suriram.
“Saya teruja kerana ramai pelakon filem ini merupakan pelakon yang pernah memenangi anugerah terbaik,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doa Perkahwinan Kedua Harmoni Selamanya, Ini Cara Nora Danish Dan Suami, Nedim Ikat Bahagia

Kebelakangan ini, isu cerai dalam kalangan selebriti menjadi isu yang cukup hangat diperkatakan.
Satu demi satu pasangan mengambil keputusan untuk berpisah seterusnya mencari haluan masing-masing.
Bercakap mengenai perkara itu, pelakon dan usahawan Nora Danish turut meluahkan rasa sedih atas apa yang terjadi.
“Jujurnya, saya amat sedih apabila dengar isu-isu perceraian ini, tak kiralah rakan selebriti atau mereka yang di luar sana.
“Mereka yang berkahwin sebenarnya mahukan perkahwinan kekal sampai akhir hayat, tak ada seorang pun yang mahukan perpisahan.
“Tapi mungkin ada sebab tertentu, mereka terpaksa cari jalan terakhir iaitu bercerai,” kata Nora kepada MH.
Tambah pelakon filem Suamiku Jatuh Dari Langit ini lagi, dia akui setiap rumah tangga pasti akan berlaku salah faham antara suami dan si isteri.
“Tipulah kalau dalam perkahwinan tak ada pergaduhan. Itu sangat mustahil. Mungkin ada yang berbeza pendapat dan sebagainya.
“Setiap rumah tangga ada turun naiknya dan itu merupakan lumrah di alam perkahwinan.
“Kita manusia biasa, mesti ada gaduh-gaduh sikit tapi janganlah sampai berpanjangan.
“Asalkan, kita boleh buang ego dan fikir kesannya apa jadi kalau perkara ini (gaduh) berpanjangan,” kongsi Nora lagi.
Nora ketika ditemui bersempena pelancaran program realiti, Muzikal Lawak Superstar turut berkongsi caranya mengekalkan hubungan dengan suami, Nedim Nazri.
“Saya dan Nedim cuba kekalkan hubungan agar sentiasa menjadi yang terbaik dengan cara berkomunikasi sebab ia adalah perkara paling penting dalam hubungan rumah tangga.
“Kalau ada buat salah, bincang elok-elok tanya apa sebabnya, bukan saling menyalahkan antara satu sama lain,” jelas Nora.
Ulasnya lagi, menerusi perkahwinan kedua kali ini, Nora mendoakan yang terbaik buat diri dan pasangannya.
“Kami (Nora dan Nedim) masing-masing pernah lalui proses penceraian. Jadi, kami berdoa agar perkahwinan kali ini lebih serius dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan masing-masing.
“Kami juga mahu berikan yang terbaik buat keluarga kami dan untuk Neyney juga,” jelas Nora yang mendirikan rumah tangga bersama Nedim pada 30 Mac dua tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Nora menggalas tugas sebagai juri tetap bersama-sama Datuk Awie dan Altimet menerusi program Muzikal Lawak Superstar pada Jumaat ini.
Malah, program tersebut melibatkan 14 peserta yang membariskan pelawak, pelakon dan penyanyi di atas satu pentas yang akan bersiaran secara langsung di Astro Warna (132) dan Warna HD (124).
Foto : Instagram Nora Danish
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Da’i Syed Reda Kurang Dapat Tawaran Kerja, Tumpang Rezeki Isteri & Anak – “Terima Kasih Sudi Panggil Saya.”

Isi Kandungan
TogglePelakon dan pendakwah bebas, Da’i Syed memanjatkan rasa syukur selepas diberikan kepercayaan untuk berlakon di dalam filem seram terbaharu terbitan MIG yang berjudul, Dajal.
Menurut Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail, selepas terpalit isu di mahkamah tahun lalu, dia sudah jarang menerima tawaran dalam bidang seni.
Buka Rezeki Tahun 2025
“Alhamdulillah filem ini adalah pembuka rezeki buat saya bagi tahun 2025. Sejujurnya, saya memang tiada tawaran kerja sebelum ini. Jadi, saya ingin ucapkan terima kasih buat MIG dan pengarah kerana sudi memanggil saya.
“Mungkin ini juga rezeki anak dan isteri saya. Saya hanya menumpang rezeki mereka,” katanya kepada MH.
Da’i Syed berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Dajal yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion pada Rabu.
Katanya lagi, dia kini lebih memberikan fokus dalam bidang bisnes bersama isterinya yang juga pengacara, Hana Ismail.
“Walaupun tiada tawaran dalam bidang seni, saya masih ada perniagaan yang menjual batu permata daripada Mesir. Saya dan isteri sedang giat jalankan bisnes tersebut.
“Walaupun Allah tidak memberikan rezeki di cabang ini, dia akan bagi di cabang lain. Namun, tangan saya masih terbuka untuk menerima rezeki dalam bidang seni.
“Saya masuk dalam industri ini dari tahun 2016 untuk sampaikan dakwah dalam nyanyian atau lakonan,” katanya lagi.
Apa Yang Berlaku Ada Hikmah
Pada masa sama, pendakwah berusia 30 tahun ini juga menyangkal dakwaan namanya digam berikutan kes mahkamah yang masih berjalan ketika ini.
“Kalau orang takut, takkan MIG nak ambil saya. Saya pun tidak pasti. Kena tanya kepada pengarah atau produser. Apapun, saya akan sentiasa bersikap profesional.
“Apa sahaja tawaran yang diberikan, saya pasti akan buat yang terbaik,” katanya.
Malah, Da’i Syed menyifatkan segala yang berlaku ini mempunyai hikmah yang tersendiri dan dia kini boleh meluangkan masa dengan anaknya, Sharifah Fatma Nour Jamalullail
“Masa itu adalah emas. Walaupun sesaat, saya nak menghabiskan waktu saya untuk melihat anak saya membesar di depan mata.
“Walaupun saya tidak menerima tawaran-tawaran lain, tapi saya dapat tawaran daripada Allah untuk melihat anak saya membesar.
“Sejak 17 hari saya meninggalkan anak saya, kini usianya sudah hampir enam bulan. Tak lama lagi sudah boleh makan pula,” akhirinya.
Pada Ogos lalu, Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Seksyen, Shah Alam kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.
Bagaimanapun, Hakim Datuk Aslam Zainuddin membenarkan permohonan peguam Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Da’i Syed yang sudah meringkuk selama 21 hari di Penjara Kajang, dibebaskan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI