Ketika menyaksikan malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) di Putrajaya tempoh hari yang menyaksikan filem One Two Jaga diangkat sebagai filem terbaik tahun ini, mata kami turut tertumpu dengan rakan selebriti yang hadir.
Selain persalinan mereka yang menjadi perhatian ramai, tak kurang ada ‘mata-mata’ yang perasaan ada di antara selebriti yang hadir berteman bersama seseorang.
Misalnya, pelakon cantik Puteri Aishah yang turut menjadi senarai akhir bagi kategori Pelakon Wanita Harapan menerusi filem epik, Pulang.
Ads
Kisahnya, pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi Pencarian Dewi Remaja 2015 itu hadir berpimpinan tangan saat melangkah menuju ke tempat duduk di dalam dewan.
Ads
Malah, sejurus majlis tamat bintang muda berkenaan turut dilihat keluar bersama-sama dengan lelaki kacak yang lengkap mengenakan sut serba hitam itu. Nah, ini antara foto kandid yang sempat dirakam.
Ads
Ehem… siapa gerangan lelaki kacak tu Puteri? Tak salah pun kan kalau ada apa-apa pun memandangkan Puteri pun masih lagi solo. Tak gitu?
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pelawak, Shahrol Shiro ada berkongsi sepotong video memaparkan dirinya ketika sedang membantu mangsa banjir di Kluang, Johor baru-baru ini.
Menurut Shahrol, segala ujian yang berlaku ketika ini pasti ada hikmahnya malah dia turut mendoakan semoga semua keluarga yang terlibat memperoleh rahmat daripada yang maha Esa.
Malah, perkara itu turut dikongsikan bintang ini menerusi satu entri di IG TV miliknya.
“Semoga semua keluarga yang terlibat dalam dugaan banjir di daerah Kluang ini tabah menghadapi dan mendapat rahmat darinya,” tulisnya.
Dalam pada itu, Shahrol turut menitipkan ucapan terima kasih buat para petugas keselamataan yang bertungkus lumus membantu mangsa banjir yang terjejas.
“Tahniah dan terima kasih diucapkan buat Pemuda dan bahagian umno Kluang, NGO, Anggota Polis dan Bomba Kluang, JPAM, Pejabat Daerah Kluang, MPK serta yang terlibat secara langsung atau tidak dalam membantu mangsa yang terlibat.
“Semoga kita memperoleh rahmat darinya,” katanya lagi.
Video berdurasidua minit itu memaparkan Shahrol bersama petugas keselamatan yang lain meredah banjir bagi memindahkan mangsa banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang telah disediakan.
Kisah tersebut dikongsikan anak jati Kluang itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Melihat diruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan perkongsian itu selain turut mendoakan semoga keadaan di Kluang kembali pulih seperti sedia kala.
Sumber: Instagram Shahrol Shiro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kerinduan 2,800 peminat setia penyanyi popular Indonesia, Afgan terubat dengan berlangsungnya Konsert Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur 2022 di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada malam Sabtu.
Sudah beberapa kali menjayakan persembahan di Malaysia yang sudah dianggap seperti rumah keduanya, Afgan atau nama sebenarnya, Afgansyah Reza, 33, berkata kedatangan kali ini cukup membawa makna lebih-lebih lagi selepas dua tahun ‘terkurung’ akibat pandemik Covid-19.
“Saya suka sangat boleh dapat buat konsert di sini lagi… Tak bosan kalian dengan lagu-lagu cinta ya.
“Jom kita lepak-lepak sahaja malam ini,” kata Afgan sebaik muncul tepat jam 8.45 malam, disambut dengan sorakan peminat yang terhibur dengan aksi spontan penyanyi itu yang cuba bercakap seperti gaya orang Malaysia.
Sebanyak 23 buah lagu dipersembahkan dalam konsert berdurasi lebih dua jam itu, antaranya lagu ‘wajib nyanyi’ iaitu Jodoh Pasti Bertemu, Terima Kasih Cinta, Bukan Cinta Biasa, Pendam dan Sudah.
Kehangatan konsert diteruskan dengan aksi groovy Afgan yang semakin bijak dan ‘nakal’ mengusik peminat agar turut-turut sama-sama berdendang dengannya lebih-lebih lagi ketika lagu ‘fast beat’ dimainkan.
Penonton mula bangkit dari tempat duduk dan berdansa mengikut rentak lagu Panahan Asmara serta Sinaran sebagai tribute kepada rakan baik Afgan, Datuk Sheila Majid yang turut hadir bersama-sama suaminya, pemuzik Datuk Acis.
Selain seleksi lagu-lagu hits, Afgan turut mempersembahkan buat pertama kali lagu terbaharu, Pulih yang disifatkan sebagai karya ‘healing’ daripadanya.
“Lagu Pulih ini saya bikin ketika kita semua dalam tempoh berkurung dan saya sangat berbangga dapat bertahan dengan segala halangan dan dugaan dalam hidup.
“14 tahun perjalanan yang bukan mudah bagi saya. Saya tidak dapat menggambarkan perasaan itu dengan sebaiknya.
“Saya sangat bersyukur mempunyai peminat seperti kalian yang sangat menghargai muzik yang saya bawakan. Ia sangat bererti buat saya, i love you guys!” ucap Afgan.
Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur 2022 dibawakan penganjur, Renjana Idea Sdn Bhd.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Renjana Idea
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, bukan satu perkara yang mudah untuk dilalui bagi insan bergelar ibu yang pernah kehilangan anak untuk selamanya.
Baru-baru ini, penyanyi senior Azian Mazwan Sapuwan ada berkongsi cerita bersama peminat selepas terjumpa foto wajah arwah anak lelakinya, Mohd Aqil Zulkarnain di dalam dompetnya.
Mengakui masih berasa sedih, penyanyi yang terkenal dengan lagu Cinta Embunan Pagi ini memaklumkan sentiasa berasa rindu terhadap arwah anaknya.
“Nak cari benda lain..yg jumpa gambar dia.. automatik hati ni berkata..”A…….baliklaa….”
“Kdg² rasa dia pergi, yang akan balik..Bnyk hari dahni, hati ni rasa lain sikitlah..rasa hati seorang ibu..
“Al-Fatihah Allahyarham Mohammad Aqil Zulkarnain…rinduu,” tulisnya.