[GAMBAR] “You Akan Faham Kenapa I Chose This Trip On Your Birthday,” – Nabila Huda Dedah Rasa Bangga Pada Anak

Share

Pelakon versatil, Nabila Huda yang kini berkunjung ke beberapa buah negara Asean seperti Cambodia, ada menitipkan dedikasi buat anak tunggalnya, Keisha.

Tidak dinafikan, setiap kali mengikuti rombongan atau bercuti di luar negara, anak perempuannya itu pasti akan turut serta,selain melakukan pelbagai aktiviti bersama si ibu.

“Power lah keisha! Just wanna let you know , Mummy tengok gambar ni, terharu gilaaa..I’m so proud of you ! Dari kecik sampai besar , awak Layan kan je mummy awak ni kan.

“Masalahnya mummy bawak lah awak Pergi mana pun, awak ikut Je tanpa merungut . It doesn’t matter jauh mana, tinggi mana, adventure gila sampai masuk gua ,water rafting , tidur khemah ,hiking , naik mountain , Pergi tengah laut, buat benda gila yang random and unplanned , No complain at all from you,” tulis Abil.

Malah, herion filem Munafik ini juga mengakui mereka mendapat keseronokan bersama menerusi aktiviti yang dilakukan.

“Both of us had so much fun ! Kite ketawa all out with our stupid jokes, kite masak sama-sama, dancing in the rain , kite gaduh, kite cuddle ,we shared a lot of stories, terlalu banyak sangat unforgettable memories kash ! Tapi trip kali ni terlalu istimewa.

“One day you akan faham Kenapa I chose this trip on your birthday..Yang penting skali, you made it ! Level up ! More to come baby..let me fly you all around my world,” kongsinya panjang lebar.

Sementara itu, menerusi posting di Instagram Abil juga, turut dikongsikan ialah sekitar sesi membersihkan rambut anak-anak desa Cambodia yang dilawatinya.

Foto: Instagram Nabila Huda

Published by
Rafiq Mazlan