Selepas menghadiri Milan Fashion Week bulan lalu, terbaru Neelofa ada memuat naik beberapa keping foto bersama sedutan video kala dia mengenakan persalinan mewah, Gucci koleksi terkini.
Difahamkan, foto-foto tersebut dirakam November lalu di Shanghai, China. Jom tatap beberapa foto yang telah dikongsikan Neelofa.
Lalu, rata-rata netizen memuji gaya posing dan penampilan Neelofa yang disifatkan cantik dan ada juga yang meminta Neelofa untuk berfesyen tema lain pula.
Ads
Terdahulu, hos program MeleTOP itu ada berkongsi beberapa foto menarik menunjukkan Minggu Fesyen Milan, lengkap menyarung helaian mewah antarabangsa seperti jenama Fendi, Salvatore Ferragamo, Prada dan banyak lagi, khas bagi menghadiri pertunjukan fesyen setiap jenama.
Foto: Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penerbit filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan iaitu Studio Kembara Sdn Bhd telah membuat laporan polis berhubung penyebaran filem tersebut yang berleluasa di laman sosial sejak akhir-akhir terutama sekali menerusi platform TikTok dan Instagram.
Laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis Bandar Baru Bangi pada Khamis dalam usaha menghentikan penularan klip-klip daripada sedutan filem tersebut.
Menurut pegawai undang-undang syarikat tersebut yang dikenali sebagai Hassan, perbuatan seumpama itu adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
“Rakaman yang dibuat oleh sesetengah pihak ini merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana menyebarkan klip rakaman filem itu di media sosial.
“Ada akta khas untuk mencegah perkara ini daripada berlaku secara berleluasa dan ia adalah kesalahan berat jika merakam filem di dalam panggung wayang.
“Kita akan berjumpa dengan pegawai penyiasat dan mungkin akan buat tindakan lanjut,” katanya.
Sebelum ini, pengarah filem Mat Kilau iaitu Syamsul Yusof juga pernah memberi amaran keras kepada pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan rakaman filem itu dan akan mengambil tindakan undang-undang.
“Tidak berbaloi keghairahan anda menonton Mat Kilau berakhir dengan tangisan di penjara.
“Jangan sesekali rakam dan sebarkan.
“Tindakan undang-undang tegas akan diambil dan jangan sampai anda jadi mangsa ke penjara,” tulis Syamsul di laman Instagramnya.
Terdahulu, filem epik Melayu yang menelan belanja RM8 juta ini telah berjaya mencipta sejarah perfileman tempatan apabila berjaya mencatatkan kutipan sebanyak RM23 juta dalam tempoh seminggu tayangan.
Mat Kilau dibintangi ramai barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Datuk Jalaluddin Hassan, Johan Asari, Yayan Ruhian, Wan Hanafi Su, Zarina Zainoordin, Ellie Suriaty, Mubarak Majid dan Farah Ahmad.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon cantik, Raja Ilya, 33, mengesahkan dirinya sudah sah bergelar isteri kepada lelaki warga Australia dikenali sebagai TWG atau Trent, 37, pada 23 Disember lalu.
Kongsi Ilya, majlis pernikahan itu diadakan di kediaman saudara suaminya di Perth, Australia dan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
“Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Majlis ini dilakukan secara tertutup dan dihadiri keluarga serta kenalan terapat sahaja.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan saya berharap kenalan dan peminat doakan jodoh kami kekal selamanya,” katanya.
Ilya turut menambah, beliau masih sibuk dengan jadual penggambaran drama Syurgaku Tak Sempurna 2 yang akan disambung di Perth bulan depan.
Katanya, jika ada rezeki beliau tidak menolak untuk mengatur sebuah majlis resepsi di Malaysia bergantung kepada kelapangan suaminya yang juga seorang ahli perniagaan.
Tahniah dari MH buat Ilya dan suami!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon senior, Sheila Hassan ada menitipkan sesuatu buat rakan pelakon yang baru saja pergi dijemput Illahi, Wafa Abdul Kadir.
Sheila atau lebih sinonim dengan nama komersialnya, Sheila Mambo menulis di Instagram dia meminta maaf kepada arwah kerana hanya dapat mengirimkan doa.
“AsSalamualaikum.. Maaf aku wafa, aku hanya dpt iringkan doa buat kau, dlm masa yg terdekat luruh jiwa aku dgn beberapa berita kehilangan org yg dekat dlm kehidupan aku.
“Kau org baik, bertahun kau tabah hadapi ujian dan aku yakin Allah sdh menghapuskan dosa2 lampau kau asbab kesakitan yg kau tanggung, kerana itu janji Nya. Sakit penghapus dosa. Allah kaseh kau.
Sheila turut berdoa agar roh arwah di tempatkan di kalangan mereka yang beriman.
“Semoga jannah menanti tanpa dihisab. Semoga kau ditempatkan bersama para solehah. Inna lillahi wa inna ilaihi rojiuun,” tulisnya.
Terdahulu, Allahyarham Wafa yang sinonim menerusi filem Azizah The Legend meninggal dunia setelah lebih lima tahun menderita penyakit kanser peritoneal, awal pagi Sabtu.
Allahyarham yang berusia 52 tahun menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor pada pukul 1.10 pagi.
Penyanyi terkenal kumpulan One Direction, Liam Payne, dilaporkan meninggalkan harta bernilai £24.3 juta (RM138 juta) selepas pemergiannya yang mengejutkan pada Oktober tahun lalu.Namun, dia...