Selepas menghadiri Milan Fashion Week bulan lalu, terbaru Neelofa ada memuat naik beberapa keping foto bersama sedutan video kala dia mengenakan persalinan mewah, Gucci koleksi terkini.
Difahamkan, foto-foto tersebut dirakam November lalu di Shanghai, China. Jom tatap beberapa foto yang telah dikongsikan Neelofa.
Lalu, rata-rata netizen memuji gaya posing dan penampilan Neelofa yang disifatkan cantik dan ada juga yang meminta Neelofa untuk berfesyen tema lain pula.
IKLAN
Terdahulu, hos program MeleTOP itu ada berkongsi beberapa foto menarik menunjukkan Minggu Fesyen Milan, lengkap menyarung helaian mewah antarabangsa seperti jenama Fendi, Salvatore Ferragamo, Prada dan banyak lagi, khas bagi menghadiri pertunjukan fesyen setiap jenama.
Foto: Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon senior, Zarina Zainuddin berkongsi keadaan anaknya yang menghidap autisme, Muhammad Razil Azrai atau sinonim disapa Azil yang kelihatan cedera dengan lelehan darah keluar daripada hidung.
Menurut penjelasan, Azil dikatakan mahu keluar ke kedai selepas pulang ke rumah.
“Ya Allah anakku azil ibu tak boleh keluar sehari sampai 3 kali ke kedai nak. Melihat kau hari hari berdarah tak sanggup ibu tengok.
“Ibu cuba gembirakan hati ibu yang luluh ini melihat kau begini hari2 semuga Allah melindingimu selalu nak,” luahnya.
Walau bagaimanapun, ada netizen yang mencadangkan agar pelakon itu meminta kebenaran bertulis daripadapihak berkuasa memandangkan telah keluar kerajaan telah memberi pelepasan khusus buat anak-anak istimewa.
Terdahulu, Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kelonggaran diberikan kepada golongan autism dan OKU untuk mendapatkan terapi seperti dinasihatkan pakar namun tidak dibenarkan secara berkumpulan.
Foto : Instagram Zarina Zainuddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebagai jaminan masa depan, penyanyi rap terkenal MK K-Clique kini muncul dengan jenama pakaian ‘street wear’ yang dikenali sebagai Threeotwo (302).
Diilhamkan oleh dirinya sendiri bersama bantuan ‘skuad’ kreatifnya, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin, 25, menyimpan hasrat semoga jenama yang baru diusahakan ini menjadi satu ‘branding’ yang besar di peringkat serantau.
“Perkataan ‘threeotwo’ itu membawa maksud hukuman gantung sampai mati. Perkataan ini juga menjadi tanda dagang saya kerana sering saya sebutkan dalam lagu rap yang dihasilkan.
“Kiranya dalam rap, saya seperti seorang yang menjatuhkan hukum. Memandangkan perkataan tersebut sinonim dengan saya malah peminat pun sudah sedia maklum, jadi saya gunakan ia untuk jenama bisnes sulung saya ini. Lebih mudah untuk diingati,” katanya kepada MH.
Ditanya sejauhmana keterujaannya di dalam mengusahakan jenama pakaian tersendiri ini, bintang asal Tawau, Sabah ini mengakui dia ingin berkongsi citarasa di dalam fesyen dan gaya hariannya bersama peminat.
“Sebelum ini mungkin ada yang kenali saya menerusi lagu sahaja. Jadi kini masanya tepat untuk saya kongsikan perihal gaya kegemaran pula.
“Malah saya sendiri tidak sangka bila kebanyakannya teruja dan tidak sabar untuk menantikannya sebaik saya memberitahu akan mengeluarkan pakaian atas jenama sendiri.
“Jangan risau kerana harganya mampu milik dan sesuai. Saya faham peminat saya terdiri daripada pelbagai golongan. Mereka yang berminat boleh mendapatkan menerusi www.threeotwo.com atau menerus instagram.
Selain berkongsikan perkembangan terbarunya itu, MK turut ditanya mengenai penglibatan bersama jemaah tabligh baru-baru ini sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi ramai.
Tegasnya, pembabitan bersama golongan itu bukanlah untuk berhijrah secara drastik seperti yang disangkakan. Sebaliknya dia memilih untuk ‘keluar’ untuk cari ilmu dunia akhirat.
“Saya sertainya untuk mencari keseimbangan. Ia juga sebagai antara cara saya untuk insafi diri selain mahu menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelum ini.
“Kata orang, kalau nak berubah, kita sendiri perlulah usaha dan inilah cara yang saya lakukan. Alhamdulillah, setakat ini semua baik-baik saja,” katanya.
Dia pada masa sama turut menjawab persoalan mengenai kecaman yang diterima kerana masih berani untuk tayang badan di media sosial.
“Saya manusia biasa, tidaklah sempurna dan apa yang terpapar menerusi IG itu merupakan karektor diri. Bahkan, saya pun masih mencari rezeki termasuk di media sosial.
“Cuma kalau nak kaitkan ia dengan aktiviti keagamaan yang saya sertai tempoh hari, ia macam tak adil.
“Saya nak tegaskan di sini, saya tidaklah berubah serta-merta, cuma sedang cuba jadi Muslim yang lebih baik selain nak cari bekalan akhirat. Nak puaskan hati semua memang saya tidak mampu,” katanya lagi.
Foto: MK K-Clique
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pernah menggunakan pengaruh artis seperti Hafidz Roshdi, Nafiez Zaidi, Rizu Forteen dan Jabir Meftah, kisah dua beradik, Zarif Azrie Zahari bersama Zarul Shafiz Zahari mengusahakan perniagaan baju Melayu pasang siap ‘slim fit’, Mjestic cukup memberi inspirasi
Mengusahakannya perniagaan itu sejak hujung tahun 2017, bermula dari rumah ketika menghuni di apartmen hingga memiliki butik fizikal di Setia Alam, Shah Alam menjadi bukti mereka komited dalam bisnes yang dilakukan.
Zarif, 31, abang sulung memikul mandat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) jenama itu berkata langkah diatur bagai dirahmati Tuhan.
“Saya dan adik hanya memiliki latar belakang dalam bidang perniagaan semata-mata. Cuma masa zaman belajar dulu, kami suka menjual baju kasual lelaki. Minat berniaga itu ada.
“Cuma kes kami hingga tercetus nak ceburi perniagaan ini sebab masing- masing susah nak cari saiz baju sesuai yang ‘ngam’ dengan badan. Kalau nak beli di pasaran, mesti menggelebeh.
“Lalu mulalah inisiatif menempah sendiri baju ikut saiz sendiri. Bila pakai ‘ngam’, tak sangka kawan pun nak ikut tempah juga. Nampak ada permintaan di situ, jadi kami tak menoleh ke belakang lagi,” kata Zarif yang mempunyai tiga adik lagi di bawahnya selain Zarul.
Zarif menjelaskan ada sebab juga dia dan adiknya menggunakan motif haiwan peliharaan kucing sebagai cap dagang atau logo utama.
“Di apartmen yang disewa dulu, masa mula-mula berjinak berniaga… ada 11 ekor kucing. Sampai baju Melayu yang disimpan stok di rumah pun menjadi mangsa kencing haiwan itu.
“Kami percaya aturan cantik ini bagai ada hikmah serta asbab tersendiri kerana suka membela kucing. Dalam Islam sendiri menganjurkan untuk kita berbuat demikian kerana ada kelebihannya termasuk dimurahkan rezeki,” kata Zarif.
Kata Zarif, tahun ini, sebanyak 30,000 baju Melayu ‘slim fit’ dihasilkan menjelang Syawal dan setakat ini, lebih 15,000 helaian terjual.
“Fokus niaga kami 60 peratus untuk belian dalam talian termasuk di platform media sosial dan Shopee. Selebihnya secara fizikal.
“Sekarang pun kami rancak adakan promosi dari 20 sehingga 70 peratus untuk rangkaian produk terpilih. Kami pun hadkan tarikh penghantaran pos sampai 24 April ini kerana nak pastikan tempoh penerimaan itu sampai ke alamat sebelum kita beraya.
“Jadi selepas tarikh itu, kita akan fokus kepada jualansecara online dan di butik fizikal. Tahun ini kami sasarkan keuntunganjualan maksimum sebanyak RM12 juta. Dapat RM8 juta itu pun kira alhamdulillah,” kata Zarif.
Sementara itu, Zarul, 29, yang bertindak sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) pula optimis seleksi 35 warna baju Melayu ‘slim fit’ mereka ada tarikan tersendiri.
“Potongan baju ini dari saiz XS hingga 3XL untuk lelaki dari usia 18 hingga 37 tahun. Ada zip di sisi dan lengan kerana bersifat mesra wuduk. Tak ketinggalan ada semi ‘padding’ di bahu supaya nampak terletak dan ‘signature’menawan kerongsang bunga di poket.
“Paling utama, harga dijual serendah RM169 hingga RM189 dengan pemberian tambahan enam aksesori percuma. Insya-Allah lepas raya kami akan keluarkan baju nikah moden dan tradisional selain abaya bagi memenuhi permintaan pelanggan lelaki dan wanita,” katanya.
Sementara itu, pihaknya juga menawarkan peluang kepada ejen atau dropship di luar sana yang ingin menjana pendapatan bersama. Pengambilan ejen dibuka sepanjang tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Anna Jobling tidak menafikan wanita yang didakwa kekasih gelap kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine ialah kenalannya.
Menurut Anna atau nama sebenarnya Anna...